3 Feb 2024-4 Feb 2024(throwback) Sabtu & Ahad.
Bulan Aug/Sept ni, makcik sibuk dengan pelbagai urusan. Salah satunya, urusan pindah rumah. Sejujurnya, berpindah diusia sebegini sangat memenatkan fizikal dan mental. Tapi nak buat macam mana? pindah tetap kena pindah jadi terus pandang ke depan tak nak banyak fikir. Go go chaiyok makcik. Ha ha ha
Cerita throwback comeback. Date throwback makcik highlightkan di atas. Sebenarnya makcik dah lama teringin nak menginap di Alila Bangsar tapi setiap kali tengok Agoda, full, kalau ada pun bilik yang boleh dikatakan mahal lah jugak. Mahal ni subjektif. Kadang tu bukan mahal tapi tak mampu atau tak perlu. He he he
Salah satu hotel kegemaran makcik. Reka bentuk yang cantik dengan gaya moden minimalis, bilik-bilik hotel semua berada di tingkat tinggi, dan lokasinya sangat strategik di Bangsar. Kakitangan hotel mesra dan peramah. Yang penting boleh ke pusat membeli-belah dengan cepat menggunakan public transport.
Dari rumah ke LRT Subang, makcik naik Grab. Sampai LRT Subang, makcik ambil LRT menuju ke LRT Bangsar Bank Rakyat. Dari situ makcik berjalan kaki ke Alila Bangsar. Jauhnya 2 -3 minit jarak berjalan kaki dari LRT Bangsa ke Alila.
Masa ni LRT tak berapa sesak, ada 2 3 tempat duduk kosong
Syukur Alhamdulillah, masih sudi menemani makcik kemana-mana .he he he
Melangkah masuk LRT, semerbak bau aroma kopi
Owh lupa sebelum pergi Alila, kami pergi Aquaria KLCC. Makcik beli tiket dekat Agoda.Selepas menghabiskan masa lebih kurang 2 jam di Aquaria, makcik ajak Daus makan dekat cafe dalam KLCC, lupa nama cafe tu.
Kalau tak silap makcik, kami order nasi tomato ayam masak merah.
Tiber nak makan roti canai . Sedap jugak roti canai dengan kuah dal dia.
Selesai makan, makcik ambil grab pergi Alila Bangsar
Lokasi Alila Bangsar, sangat mudah diakses, berdekatan dengan bandar Kuala Lumpur dan terletak di kawasan KL Sentral yg popular dengan tempat menarik seperti Taman burung KL, Mid Valley Megamall, Muzium Seni Islam . Alila Bangsar di hubungkan terus dengan Stesen LRT Bangsar, ia juga terletak 1.2 batu dari NU Sentral dan stesen kereta api KL Sentral.
Permandangan Alila dari laluan pejalan kaki LRT Bangsar Bank Rakyat.
Permandangan dari bilik kami
Bilik kat sini terletak di tingkat tinggi (tingkat 35-40) dengan pemandangan yang indah ke sekitar Bangsar. Dihiasi dengan suasana elegan dan berkelas dengan campuran logam kuningan, batu, dan kayu.
Satu-satunya kelemahan adalah lif, bingung dibuatnya, lobi terletak di tingkat 41 dan bilik-bilik di bawahnya. Kita perlu menukar dua kali lif untuk sampai ke bilik. Ok je janji permandangan cantik
Permandangan dari bilik makcik tingkat 35
Di tengah2 lobi tingkat 41
Laluan pejalan kaki
Lokasi sangat mudah; boleh berjalan kaki terus dari Bangsar LRT Bank Rakyat ke Hotel melalui laluan beratap.
Bilik-biliknya sgt sunyi dan selesa
Makcik suka reka bentuk bilik di Alila, sangat moden.
King bed studio, 1 king bed dan 1 sofa bed
Alila guna botol kaca yang boleh diisi semula di bilik-biliknya, bukan botol plastik
Bilik mandi dan tandas berasingan
Bilik mandi sangat luas dengan sinki dua bahagian di bilik mandi.
Pool bersih, senyap, permandangan cantik.
Tepi pool di sediakan tempat rehat boleh baring2 sambil menikmati permandangan dari tempat tinggi gitu
Pemandangan yang menarik dari tingkat 40/41. Boleh melihat seluruh bandaraya KL dari dek kolam renang di tingkat 40. Suasana yang tenang dan menenangkan!
Gym dan hotel berpisah tiada. He he he
Beria2 Daus
Mesin kopi serta makanan ringan disediakan di setiap tingkat hotel
Heaven sangat, kalau dekat rumah ada mesin kopi layan diri, macam ni
Lepas check out dari Alila Bangsar, makcik naik lrt Bangsar pergi LRT KL Sentral. Daus cakap dia nak cuba naik beam scooter dekat KL Sentral
Daus dah daftar dalam app sewa beam scooter, tapi bila sampai lokasi beam, ada masalah dengan beam Hurmm tak tahu lah, samada beam bermasalah atau Daus tak tahu cara betul guna beam scooter. Kasihan Daus, tak dapat naik .Takde rezeki, lain kali pergi KL, naik ya
Alila Bangsar
58, Jalan Ang Seng
Brickfield
50470 Kuala Lumpur
Wilayah Perseketuan
No comments:
Post a Comment