18 Aug 2024(Ahad) Throwback Selepas menghabiskan masa seharian di rumah makcik, cik yuyi ajak makcik dengan Daus pergi I City Central. Cik yuyi tanya makcik nak makan mana. Makcik cakap ikut dekat mana anak2 dia suka makan. Dia cakap TGi lah, apa lagi. Makcik ok je. Sampai I City Central dekat pukul 6, kami terus pergi TGI.
TGI Fridays I City Central,Daus rindu zaman kanak2 kot lah. Ha ha ha
Cik yuyi ngan sipecot yg tengah lalok. Masa dalam kereta dia tidur. Tak puas tidur letew.
Baca menu macam baca buku sekolah
Setiap kali makan kat sini, mesti dapat meja yg sama. Rezeki
Kebanyakan pekerja2 dekat TGI I city Central ni mesra alam
Sipecot makan makanan peberet dia, spagetthi kid marinara
Siantu makan menu sama macam sipecot
Air oren dapat free. Makcik bawak air mineral water besar dari rumah, jadi cik yuyi tak order air.
Quesadilla sedap makan masa panas2. Makcik cakap dengan cik yuyi, tak payah order, takut tak habis. Dia nak order jugak. Syukur Alhamdulillah, habis.
Daus repeat cajun shrimp pasta
Cik yuyi makan chili garlic shrimp pasta. Makcik rasa sikit, boleh tahan dia punya pedas. He he he
Makcik suka dia punya Fish N chips, chipsnya makcik bagi dipocet dengan siantu
Daus nak makan brownies ngan sekerim, hurmm Daus ko kenyang letew lepas makan lalok
No comments:
Post a Comment