30 June 2024 Throwback(Ahad)
Makcik search lauk kampung dekat Tik Tok, jumpa tik tok Dapor Che Lah. Makcik forward dekat cik yuyi. Makcik cakap dengan cik yuyi teringin nak makan tengahari lauk2 kampung.Jemu, hari bekerja asyik makan dekat kedai tomyam. Dekat area makcik tinggal, boleh kira dengan jari kedai makan jual lauk kampung. Kedai tomyam seafood bersepah.
Demi makcik yang teringin nak makan lauk kampung dihujung minggu,kenalah cik yuyi kejutkan anak2 dia bangun awal. Sebelum keluar rumah,semua orang wajib isi perut dulu mana tau kot2 jalan jam ke, tak lah kelaparan. Santai2 sudah.
Masa sampai Dapor Che Lah, hujan renyai. Orang boleh tahan ramai almaklumlah waktu makan tengahari. Jenuh jugak mencari meja kosong.
Belah bawah penuh, makcik suruh Daus naik dulu tingkat atas, cari meja kosong. Kami follow dari belakang. Syukur Alhamdulillah, dekat atas ada meja kosong
Talapia bakar datang bersama ulam ulaman, air asam cabai picit, kicap cili sedap, boleh repeat.
Minuman ais kosong, barli ais, belah kiri sekali, makcik lupa air apa. Huk huk huk
Kami order set talam siput sedut masak lemak, dalam talam ada siput sedut masak lemak, 1 jenis kerabu, kerabu jantung pisang, ayam kampung goreng, , ikan masin goreng, telur masin.
Makcik cakap dengan cik yuyi, dia dengan Daus kurang makan jantung pisang,telur masin, ikan masin, lepas ni kalau makan dekat sini, jangan order set talam, order menu yang dorang suka.
Daus tambah order ayam goreng kunyit, terbaek
Siput sedut masak lemak sedap, cukup rasa
order tambahan untuk siantu, sup daging, pedas sikit, siantu tak makan pedas, pedas sikit pun , dia tak tahan.
Ayam kampung goreng dia sedap.Tu yang kena kokak dulu sebelum makcik ambik gambar.
Dapor Che Lah boleh repeat, Restoran 2 tingkat sudut tepi, ruang makan luas, bersih, ruang parking luas,menu lauk2 kampung sedap cuma perkhidmatan agak lambat pada hujung minggu. Masa untuk makanan dihidangkan sedikit lambat jadi Dapor Che Lah haruslah menambah baikan bahagian hidang menghidang. Pengalaman makcik sendiri, ikan talapia bakar dihidang selepas kami selesai makan. Apa2 pun Dapor Che Lah, makcik sekeluarga akan repeat. Insyaallah
Restoran Dapor Che Lah
87, Jalan Lawan Pedang 13/27
Seksyen 13
40100 Shah Alam
Selangor
No comments:
Post a Comment