Assalamu'alaikum...Setelah beberapa kali makcik tunda untuk update cerita kahwin anak pompuan makcik di sini, dan akhirnya hari ni..... makcik update
Bertemu anak pompuan di rumah makcik pada 13 February 2022, dia bagitau yg dia nak mendirikan rumahtangga.Makcik ok je, dia pun dah 31 tahun .Masa dia datang, dia bawak sekali bakal suami. Dia bawak brownies secret recipe, tu yg pertama dan terakhir. Hari tu .kami berborak panjang. Cite hal dulu2.
Hidup dengan pelbagai pilihan
Memilih tanpa memberi pandangan
Kamu tinggalkan tanpa sebarang tujuan
Rasa keliru dan sedih mula menjelma
Adakah salah beliau ataupun kamu yang tidak dapat menerima? Entahlah....
Makcik pendekkan cerita, majlis nikah sanding anak makcik berlangsung di Homestay Rumah Liza Pedas. Negeri Sembilan , Nikah sanding pada 14 May 2022 Hari Sabtu. Segala urusan majlis nikah sanding semua anak makcik uruskan.
Anak makcik ni banyak ikut muka ayah dia
selepas selesai upacara akad nikah, pengantin lelaki menyerahkan wang mas kahwin
majlis akad nikah, anak makcik dikelilingi bakal mak mertua, sepupu , mak saudara dan bapa saudara
Adik lelaki jadi wali akak. Masuk ni , dah 2 kali ni jadi wali akak. kali pertama , jadi wali akak sulung nikah 18 Sept 2015
Syukur Alhamdulillah , selamat atas ikatan perkahwinan, semoga perkahwinan kamu sentiasa dilimpahi rahmat, kasih sayang, kebaikan dan kebahagian
Semoga diberi keberkatan perkahwinan ini dan kekal hingga ke jannah
Hampir 26 tahun tak jumpa, berjumpa semula dengan mereka dalam majlis perkahwinan anak makcik
wali nak jadi bongsu selama2nya.
Wali
Tunggang langgang gambar makcik
Hampir 26 tahun tak jumpa, berjumpa semula dengan mereka dalam majlis perkahwinan anak makcik
Okey lah cukup setakat ni, makcik sudahi dengan pantun 4 kerat
Kalau ada sumur diladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
No comments:
Post a Comment