Friday 26 February 2016

Kuah dhal cik ina do do cheng sedap makan dengan roti paratha jenama kawan


Salam Jumaat, semangat berblog kambek.


Kalau dihitung-hitung, masuk hari ni dah 3 kali cik ina kongsi resepi kuah dhal dalam blog cik ina.  Biasalah manusia ni...suka sangat menghitung. Menghitung gaji bos, menghitung jumlah beg tangan jenama hermes birkin milik Rosmah, menghitung berapa banyak kereta jiran sebelah rumah ada, menghitung sedekah amal jariah yang diberi, menghitung dosa dan pahala orang lain. Banyak lagilah, kalau nak disenaraikan semua alamatnya sampai esok pun tak habis. Jangan menghitung sangat, terutama menghitung dosa dan pahala orang lain. Peringatan untuk diri sendiri ; daripada sibuk menghitung dosa dan pahala orang lain lebih baik gunakan waktu mencari pahala untuk diri sendiri. Cuma satu je cik ina nak pesan, walau sibuk macam mana sekalipun kita mencari pahala , cuba cari masa untuk memasak makanan kesukaan keluarga kita. Pahala jugak tu. Last but not least, jangan lupa juga  mengundi  cik ina sebagai ustazah pilihan hangpa.


Kembali pada tajuk entri cik ina  kali ni ; saper suka makan roti paratha atau ? Angkat tangan. Cik ina taklah suka sangat tapi bolehlah kalau terdesak. Zaman sekarang ni dah mudah, rasa teringin nak makan roti canai/roti paratha tapi malas makan kat luar, malas nak buat sendiri, korang beli je yang segera. Cik ina syorkan korang beli jenama kawan tapi sorry kuah dhal dan sambal tak disediakan ya.Cik ina dah tepek resepi kuah dhal ni, pandai -pandai koranglah.


Roti paratha jenama kawan sentiasa menjadi pilihan cik ina

Resepi kuah dhal sempoi
Bahan-bahan
1 cawan Kacang dhal[rendam semalaman agar cepat empuk ketika dimasak]
1/2 biji bawang holand[potong dadu]
Sebiji terung bulat[potong dadu]
1/2 inci halia*
3 ulas bawang putih*
1 tangkai daun kari
1/2 sudu kecil rempah campur
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk kari
Sedikit minyak untuk menumis
800ml air
Garam secukupnya
Cara memasak
Kisar bahan bertanda bintang. Panaskan minyak,tumis hingga pecah minyak.ketepikan.
Rebus kacang dhal bersama sedikit garam hingga separuh empuk.Masukkan terung kemudian rebus lagi sampai empuk.
Bubuh serbuk kunyit  dan kari. Kacau sekata. Tutup api dan ketepikan.
Dalam kuali panaskan minyak, tumis bawang dadu ,rempah campur dan daun kari hingga naik bau dan sedikit garing. Masukkan bahan tumis(bawang putih dan halia kisar),goreng sekejap.
Padamkan api, angkat dan tuangkan ke dalam kuah dhal.
Sedia untuk dihidang bersama roti canai/paratha



 Kuah dhal sempoi, nak makan dengan roti paratha je kot tak payahlah nak buat lebih-lebih.



Kebetulan ada baki sambal nasi lemak semalam,maka lengkaplah hidangan roti canai.Cuma satu je kurang , takde kuah kari.Ekceli cik ina suka makan roti canai dengan kuah kari ikan , dah  takde layan je kuah dhal.











Sekian terima kasih. Sebelum cik ina mengundur diri, terimalah serangkap pantun daripada cik ina

Kalau ada sumur diladang,
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi.










Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )