Tuesday, 14 April 2015

gemukss & satay willy is ohsemmmm


Salam Isnin,


Tekak cik senah teringin sangat nak makan satay willy lepas tengok gambar satay willy dalam Instagram   Sue.   Kalau cik senah cakap korang janji jangan gelakkan cik senah ye.First time cik senah tahu pasal satay willy dalam insta   Sue tulah. Hahaha,gelak ketawakan diri sendiri.

Mengikut perancangan dua minggu lepas nak pergi kajang,makan satay willy tapi  atas faktor kesibukan tertangguh sampai minggu ni. Petang minggu  yuyi ajak  kami  pergi Kajang makan satay willy. Gedebak gedebuk  3.30 petang baru nak bertolak dari rumah . Sampai Subang hujan turun dengan lebatnya ,petir sambung menyambung, air mula  memenuhi jalanraya.Cik senah dalam kereta kecut perut. Perjalanan ke Kajang  tidak dapat diteruskan. yuyi  menukar arah perjalanan menuju ke Subang Parade.

kami singgah makan dekat uncle lim's cafe. Sesekali jadi orang Subang Jaya, ada gayakan.

Sebelum  balik yuyi ajak singgah seksyen 7, tapau satay willy,ekceli cik senah tak tahu pun dekat Shah Alam ada  satay willy . Saje cik senah  gogel gogel satay willy Shah Alam,ada pulak keluar . Syukur Alhamdulillah kalau  dah rezeki tak ke mana kan.

Budak tengah diet,lantak pi  cik senah maintain dengan tagline "gemuks is ohsemm"
Sempatlah adik habiskan segelas jus durian belanda dan segelas air sirap sementara menunggu nombor giliran kami  sampai.
Di sini mengunakan sistem nombor giliran. Nombor giliran kami no.80.

Di mana ada satay di situlah ada otak-otak.Di mana ada otak -otak di situlah ada satay. Berbelanjalah  mengunakan otak.


Satay ayam 20 cucuk, satay kambing 20 cucuk, macam tak cukup je untuk  3 orang makan . Hurmmm ,biasalah tu barang sedap, kalau ikut nafsu memang tak cukup ,cuba guna akal,InsyaAllah cukup.



Satay Willy
Jalan Ramal 1
Taman Ramal Indah
43000 Kajang
Selangor


Satay Willy
No.23, Jalan Kristal L7/L
Seksyen 7
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .