Monday, 8 September 2014

Masakan siam sedap di Siam Coffee & Dining Subang Parade

6 September 2014,sabtu..... Hari ni adik ada kelas mengaji jadi sebelum menghantar adik ke tempat mengaji aku perlu menyediakan sarapan pagi serta membereskan semua kerja rumah. Aku bukan jenis yang pengemas tapi yang pasti  aku tak suka meninggalkan rumah dalam keadaan bersepah . Pagi tu  aku buat sarapan nasi goreng je.  Sementara menunggu adik bersiap dan bersarapan aku menyiapkan apa yang patut . Siap semua, pukul 7.15 pagi gerak ke Kota Kemuning  menuju ke tempat adik mengaji .Dah jadi rutin , lepak rumah yuyi sementara menunggu adik habis kelas mengaji.Bosan !!takda takde buat apa-apa kat rumah yuyi  aku cadang nak masak   sempoi sempoi  rebus,kerang dengan pencicah kicap cili , goreng sayur dengan sardin cili macam 3 minggu lepas tu .Yuyi pulak tak kasi aku masak, katanya ,petang tu dia nak bawak  gula-gula hacks jalan jalan kononya dah lama dia  tak bawak gula-gula  hacks jalan - jalan .Nak muntah aku dengar.


Potongan rambut sebegini buat gula -gula hacks tak berapa nak comel kan? . Tak sabar tunggu rambut dia panjang.

Abang tengok menu, dia pun nak tengok menu
Semua kena minum Jasmine tea
Ayam goreng pandan

Thai style deep fried fish with sour, entah berapa kali aku rasa sos yang dicurah atas ikan tu  tapi masih tak dapat tangkap rasanya  : )
Beef green curry
Stir fried baby kailan with salted fish

Banana Tempura with ice cream
Pelik, pisang goreng biasa ni otomatik boleh jadi luar biasa bila ditukar nama ke banana tempura kemudian dimakan bersama dengan  ice cream dan sedikit coklat cair : )


Sebelum balik singgah sekejap uncle lim's cafe beli karipap dengan mushroom mee.

Karipap  uncle lim's special selain  sedap  didalamnya  ada telur rebus
Pertama kali makan roti bakar uncle lim's , adik terus suka .


Kayo uncle lim's kalau sorang  tapau 10 ketui ,kalau 10 orang???,.nampak keji kan bila kita   duk sibuk  mengira pendapatan orang lain.
Sekali pandang gula-gula hacks,dua tiga kali pandang macam cucu uncle lim's
























Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang