Friday 22 February 2013

resepi bihun goreng hasil tangan jejari gebus bvlgarigirl; ko mampu


Nak juge terselit perkataan bvlgari dalam resepi aku kali ni.Kalau dengan mengcreate fake blog   orang tu boleh mengaut keuntungan selama lebih kurang 8 tahun why not  aku lakukan perkara yang sama .Tapi tak delah sampai nak mengcreate fake blog  aku cuma nak  mengambil sedikit keuntungan dari nama Bvlgarigirl , Ms.Arianna Melissa atau Kevin atau Clara  yang masih kurasa  kehangatannya sehingga ke saat ini. Ms.Limah Melissa and Ms.Ratu Arianna you watch out,don't simply -simply guna nama  bvlgarigirl.huk huk huk*Terima BI aku seadanya*Seriously sampai sekarang aku masih terbuai-buai dengan bait -bait kata di dalam  nobel bvlgarigirl sebuah novel khayalan hasil penulisan momololipop  san chiew poke poke(tetiba je nama sedara kak limah masuk dalam ini cerita ), rasa nak ku siku saje kau ni. Pernah satu ketika dulu oleh kerana aku addict sangat dengan sibvlgarigirl ni aku boleh terjebak dengan krim safi tutup kaler hijau yang pada masa tu dia mengunakan krim tu.haktuiiiiiiiiii  kalau aku tahu itu momilolipop jangan harap aku nak beli.haktuiii sekali lagi.

Jom kita...........................


 Abaikan yuyi yang berminat sangat nak menjulingkan matanya(momytolito betullah budak ni)
nugget makan dengan sudu, ko mampu(abaikan rumah aku yang macam harem)
Nugget ayam cheddar cheese Marina ; kalau tak de anak-anak yang nak makan memang jangan haraplah aku nak pergi beli dan mengorengnya
 
Telur goreng mata kerbau buat makan bersama bihun goreng


Bihun goreng udang kering buat makan seisi keluarga 


Simple je bahan-bahan  untuk membuat bihun goreng ni(untuk sebungkus bihun)



1) dua paket udang kering(sebungkus RM1) cuci berseh kemudian kisar kering
2) 5 tangkai cili kering direndam dalam  air panas
3) 6 biji bawang merah ditumbuk
Kisar bahan no 2 & 3
4)50 sen taugeh
5)sedikit sayur sawi
6) sedikit garam
7) secubit kecil serbuk perasa dan garam sebagai penambah rasa
8)1 1/2 sudu besar kicap pekat
9)2 sudu besar gula

cara menyediakannya

1)Tumis bahan kisar sampai pecah minyak dan naik bau-guna api sederhana
2)Tumis udang kering kisar sampai naik bau-guna api sederhana 
3)masukkan garam dan gula-kacau sekejap
4)masukkan sawi-kacau sekejap kemudian masukkan bihun yang dah direndam bersama dengan kicap pekat-kacau kaup balik
5)Masukan air kacau  balik   dan kaup balik sampai bihun lembut
6)Bubuhkan secubit kecil  serbuk perasa, kacau  sekejap kemudian bolehlah diangkat.
7)Masukkan taugeh, goreng rebah bangun saje










Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )