Oleh kerana semangat nak membuat kuih abuk-abuk semakin merupa-ruap jadi seawal pagi lagi aku dah merayap ke rumah jiran untuk mengambil daun pisang. Nasib baiklah jiran-jiran taman perumahan tempat aku tinggal ni rajin bercucuk tanam kalau tidak jangan haraplah nak jumpa daun pisang di awal-awal pagi begini. Berdasarkan dari congakan aku yang tak bertauliah hampir 80% rumah dikawasan taman ni ada menanam pelbagai tanaman dapur seperti pokok pisang , limau purut, serai , kunyit ,daun pandan dan lain-lain.
Berbalik pada tajuk cerita ; pertama sekali sebelum kita hendak membuat kuih abuk-abuk kita kena la sediakan dulu daun pisang yang telah siap dilayur.ni bagi mengelakkan daun pisang mudah koyak.
Cara membungkus kuih abuk-abuk bergantung kepada kreativiti korang.Oleh kerana tangan aku ni tak cukup gegirl maka aku terpaksalah membungkus kuih abuk abuk seperti membungkus kuih koci.(Aiman tak kisah janji kuih abuk -abuk aiman sedap)
Simpang perenangkan: {
1)Entah berapa gram sagu biji ni pun aku tak tahu. Aku main rembat je dari esbok.Dari tilikan aku beratnya dalam anggaran 200 grams. Basuh sagu biji tadi dan letakkan di dalam tapis.
2)kelapa parut (putih sahaja)dari sebiji kelapa digaul dengan sedikit garam
Ikut citarasa masing-masing samada nak mengunakan gula merah atau gula melaka.Gula melaka dipecah-pecahkan .
cara-cara membuatnya
1)Gaul hingga sekata bahan 1 dan 2
2)ambil daun pisang , letakkan sesudu besar sagu (sagu yang dah digaul kelapa dan sedikit garam)
3)Letakkan 4 ketulan kecil gula melaka
4)Tutup gula melaka tadi dengan 1/2 sudu besar sagu kemudian balut bungkusan kuih abuk-abuk seperti membalut bungkusan kuih koci
5)Kukus sehingga masak selama 15 minit - 20 minit
Walaupun wajah mu tak melambangkan kuih abuk-abuk sagu yang dibuat oleh tukang buat kuih profesional tak pe......... janji rasamu sedap .
Pada rakan ku sekelian ,Jangan khuatir , kuih abuk-abuk ni tak berapa manis .
Sekian saje cerita aku dan kuih feveret
Dari pengemar kuih tradisional melayu
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .