Thursday, 7 March 2024

Dolly dim sum , pestime makan terus suka

 24  Feb 2024 Sabtu -  Petang tu masing2 penat terutama cik yuyi penat melayan  sikakak ngan siadik  mandi pool, jadi  tak larat nak keluar dari Aloft gi  cari makan. Lepas mandi pool terus naik bilik.  Cik yuyi  tidurkan siadik.  Dari kat pool  mata  siadik mcm  tak boleh bukak dah, senyum pun dah kureng lebih kepada muka lesu. Tak sampai beberapa minit  dia  menyusu pastu terus lelap . Siakak tak nak tido. Dia lukis apa ntah kat buku . Siakak suka melukis. Cik yuyi ada  masukkan dia kelas art

Lepas siadik bangun tido, kitaorg gi  jalan2 cari makan kat nu sentral. Aloft ada connecting ke Nu  Sentral dan KL Sentral .Tak sampai 2 minit berjalan, sampai Nu  Sentral .cik yuyi ajak makan kat Dolly Dim Sum. Makcik terus onzz. Tak pernah lagi makcik makan kat sini. 





Dolly Dim sum Nu Sentral  Shopping Mall




Ramai jugak org makan kat sini


Tukang order cum tukang bayar




Crispy shrimp cheong fun  sedap sangat




Cik yuyi makan Cantonese style yin -yang noodles(egg gravy served dengan udang, sotong, fish ball dan wawa kobis






Royal golden fried rice, ekceli   served ngan  udang, cik yuyi suruh dorang tukar kepada ayam.





Siganature egg custard bun  dalam ada flowing salted egg yolk caramel. serius sedap.Pestime makan terus suka sampai tak cukup seketul





Makcik ngan Daus makan Wok fried beef kway teow.  served dengan premium  Australian ribeye tersembunyi  di bawah kway teoy ya.....




Prawn cheong fun tuk  baby  girl no 2.  Tengok pun terliur



Szechuan dumpling (prawn dumpling drizzled in a spicy tangy sauce) 





Dolly Dim Sum
Nu Sentral Shopping Mall
LG43,201
Jalan Tun Sambanthan
50470 Kuala Lumpur

Friday, 1 March 2024

Kedai Kopi Malaya, roti canai dia sedap

 

16 Feb 2024 Jumaat  Lepas makan  di The Curve kat SINI , makcik  ngan Daus  memulakan  perjalanan dari  The curve  gi   stesen MRT Mutiara Damansara .  Perjalanan memakan masa  10 -15 minit. Tak sampai 2 minit menunggu, MRT sampai.  Makcik bercadang nak ke MRT kajang , dari MRT Kajang makcik  nak  ambik grab gi  satay Hakimi . Tekak rasa nak repeat makan satay Hakimi. Pestime makan satay Hakimi minggu lepas kat umah cik yuyi. lepas makan terus jatuh cinta ngan lelemak satay ayam &   satay daging  hakimi  . perghhh sedap, lelemaknya garing. 

Dalam MRT  makcik  periksa  peta laluan ke Kajang. Selepas membuat pemeriksaan,  makcik gibab. Makcik kenotlah , kena melalui   23 MRT stesen   untuk sampai ke   stesen MRT Kajang . Cancel gi  Kajang, sampai  MRT  TRX Tun Razak exchange kitaorg turun. Satay Hakimi makan dlm mimpi .Sedih

Pertama kali jejak.kaki kat Tun Razak exchange(TRX),wow. Jenuh cuci mata, sampai lupa ambik gambar. .Besau betul  TRX tak larat nak jalan, tengok pun dah penat.  Saper peminat barang berjenama bolehlah cuci mata.Makcik mampu tengok je. 

Berjalan sakan sampai perut lapau. Jenuh mencari  tempat makan yg  sesuai selera dan suasana hati. Sehinggalah makcik  bertemu dengan Kedai Kopi Malaya yg lokasinya betul2 kat depan escalator untuk naik ke stesen MRT  TRX




Sampai kedai Kopi Malaya, kat kul 5.30 petang.Lega rasa dapat duduk.Punyalah lenguh kaki makcik .  Memang tak ahh nak gi lagi. 





Masyarakat majmuk di Malaysia.tiber



Masa Daus ambik gambar, kedai ni memang tengah takde org. Makcik suka vibes kedai ni, suasananya  mengingatkan kita pada era 50an







Boleh buat port healing , insyaallah repeat 


Next time gi, nak cuba menu lain




Makcik order roti  canai . Tak nampak dorang tebar roti canai tiber sampai roti canai panas, garing dan sedap. Daus ikut makcik , order roti canai.Cuma beza makcik order kuah dhal, daus order kari ayam





Sama plak ngan  pinggan makcik kat rumah.. Makcik order  roti canai ngan kuah dhal. Sumpah kuah dhal dia sedap




Kari ayam je pun, tapi serius sedap. Daus makan  ayam  sampai  tinggal tulang.ha ha ha



Penat nau, dari the Curve, sampai TRX, sakan berjalan 





Kedai Kopi Malaya
Stesen Tun Razak Exchange (MRT station)
Unpaid Area K020-1B
Upper Concourse Level
Jalan Tun Razak
Mukim 55100 Kuala Lump