Monday, 3 August 2015

Koleksi juadah kegemaran keluarga, ikan pari part 1

Salam syawal,


Pejam celik pejam celik , hari ni dah 18 syawal dik nun. Hapa cite raya cik ina ? Fasha sandha pun dah update cite raya , cik ina bila nak update ? Amboi makcik nak dicompare dengan fasha sandha je. Relaxlah baru 18 syawal, raya kan sebulan. Bagi laluan pada sambal ikan pari cik ina dulu ya. InsyaAllah ,bila free cik ina update cerita raya cik ina.

Ikan pari   cik ina beli dekat pasar Port Klang , sekilo RM20++nak jugak plus plus harga tutup mata lah kan... janji fresh.  Besar jugak ikan pari tu bila  dah dipotong  dapat  12 ketul. Keluarga cik ina kecik, cukup untuk   2 kali masak.

Resepi sayur campur cara cik ina
Bahan-bahan
1)3  ulas bawang putih [dikupas kulit dan dicincang]
2)1/2 biji bawang holland[dihiris nipis]▪
3)6  batang jagung muda[dibelah 3 dan dipotong secara memanjang]
4)5  tangkai sawi hongkong[dicuci berseh dan disiang)
5)Suku  kobis cina[dihiris halus]
6)secubit kecil garam
7)1 sudu besar sos tiram
8)sedikit air
Cara memasak
1)Panaskan sesudu besar minyak masak bersama beberapa titis minyak bijan  dalam kuali .Tumiskan bawang putih cincang dan bawang holand hingga naik bau dan agak garing.
2)Setelah bahan yang ditumis naik bau, masukkan jagung.Tabur garam. Goreng  jagung hingga separuh empuk
3)Masukkan sawi hongkong dan kobis .Masak hingga sayur empuk
4)Masukkan sos tiram, Kacau sekata
5)Sebelum angkat masukkan sedikit air.

Ikan pari sambal  yang ciput  bila dah dihias dengan hirisan daun bawang, nampak meriahkan.hehehe
Resepi ikan pari sambal 
Bahan-bahan
1) Ikan pari dipotong pada size sederhana.Cuci berseh ikan dengan air asam jawa kemudian gaul dengan garam dan kunyit.
2)10 tangkai cili kering[cili dipotong dan direndam dengan  air panas]
3)6 ulas bawang merah                                                                    
Kisar halus   kedua-dua bahan
4) Sedikit air asam jawa
5)garam, serbuk perasa dan  gula secukupnya
Cara memasak
1) Goreng ikan pari  sampai garing.Ketepikan
2)Panaskan minyak,tumis cili kisar sampai garing dan pecah minyak
3)Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.Biar sedikit pekat
4)Masukkan ikan pari yang digoreng  ke dalam sambal.Kacau hingga rata
5)Tutup api dan hidangkan



Juadah simple tapi sedap kan.Naik lif tekan sendiri.

















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, 9 July 2015

Koleksi biskut raya kegemaran keluarga, Samperit bunga dahlia



Salam Ramadhan,


Rindu serinduya dengan blog sendiri.  Tak update blog 2 minggu macam 2 tahun . Semakin dekat nak Raya semakin banyak pulak kerja cik ina. Mana nak  buat persiapan raya ,nak  baiki tingkap pintu rumah yang dimakan anai-anai ,semua kerja datang serentak .Penat jangan cakap ,hanya Allah saje yang tahu. Bukan cik ina nak merungut cuma nak mengadu manja pada sahabat blogger yang dikasihi.hehehe. Syukur Alhamdulillah selesai sudah semuanya. InsyaAllah ada rezeki touch up lagi sikit.

Macam mana dengan persiapan raya sahabat semua? Baju raya, biskut raya, duit raya semua dah siap ?persiapan raya cik ina ala kadar je sama macam tahun-tahun sebelumnya .


Macam comel je, akak bertungkus lumus buat samperit, adik kat sebelah syok makan samperit.

Malam tadi punya cerita., selepas berbuka dan menyelesaikan  kerja apa yang patut cik yuyi dengan dibantu oleh cik ina menyambung  projek samperit bunga dahlia  cik yuyi yang tertangguh kerana ovennya  tak berapa nak berfungsi. Mak jugak. Pasal semperit, cik yuyi sanggup bersengkang mata .Penat dia tolak tepi. Cadangnya nak buat 4 balang je biskut samperit  tapi entah macam mana boleh bertambah 6 balang. Coklat Chip dengan tart nenas , InsyaAllah buat hari sabtu nanti.


Resepi  Samperit bunga dahlia ni cik ina cilok  dari blog che mat Gebu
BAHAN-BAHANNYA :-) 
1)300 g mentega 
2)160 g gula aising (cik ina guna  140 g) 
3)2 kuning telur 
4)1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose) 
5)240 g tepung gandum* 
6)100 g tepung jagung* 
7)160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak
8)Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan 
CARA MEMBUATNYA :-) 
1)Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
2)Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
3)Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
4)Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

























Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .