Showing posts with label Biskut Raya. Show all posts
Showing posts with label Biskut Raya. Show all posts
Thursday, 9 July 2015
Koleksi biskut raya kegemaran keluarga, Samperit bunga dahlia
Salam Ramadhan,
Rindu serinduya dengan blog sendiri. Tak update blog 2 minggu macam 2 tahun . Semakin dekat nak Raya semakin banyak pulak kerja cik ina. Mana nak buat persiapan raya ,nak baiki tingkap pintu rumah yang dimakan anai-anai ,semua kerja datang serentak .Penat jangan cakap ,hanya Allah saje yang tahu. Bukan cik ina nak merungut cuma nak mengadu manja pada sahabat blogger yang dikasihi.hehehe. Syukur Alhamdulillah selesai sudah semuanya. InsyaAllah ada rezeki touch up lagi sikit.
Macam mana dengan persiapan raya sahabat semua? Baju raya, biskut raya, duit raya semua dah siap ?persiapan raya cik ina ala kadar je sama macam tahun-tahun sebelumnya .
Macam comel je, akak bertungkus lumus buat samperit, adik kat sebelah syok makan samperit.
Malam tadi punya cerita., selepas berbuka dan menyelesaikan kerja apa yang patut cik yuyi dengan dibantu oleh cik ina menyambung projek samperit bunga dahlia cik yuyi yang tertangguh kerana ovennya tak berapa nak berfungsi. Mak jugak. Pasal semperit, cik yuyi sanggup bersengkang mata .Penat dia tolak tepi. Cadangnya nak buat 4 balang je biskut samperit tapi entah macam mana boleh bertambah 6 balang. Coklat Chip dengan tart nenas , InsyaAllah buat hari sabtu nanti.
Resepi Samperit bunga dahlia ni cik ina cilok dari blog che mat Gebu
BAHAN-BAHANNYA :-)
1)300 g mentega
2)160 g gula aising (cik ina guna 140 g)
3)2 kuning telur
4)1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)
5)240 g tepung gandum*
6)100 g tepung jagung*
7)160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
8)Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
1)Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
2)Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
3)Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
4)Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Tuesday, 22 July 2014
Almond London sedap ; resepi secubit garam
Salam Ramadhan...............
Hari Raya semakin hampir, macam mana dengan persiapan Raya kengkawan?mesti dah 90% siap.. Persiapan raya aku macam tahun tahun sebelumnya ala kadar je. lip lap lip lap lampu terus nyala Entahlah tahun ni macam tak larat , mana nak fikir urusan kerja , urusan rumah lagi ...makanya Raya tahun ni dan Raya akan datang bab biskut raya untuk rumah aku , untuk pelanggan tetap , aku suruh cik yuyi kita take over. InsyaAllah dia boleh handle lah. Tapi takde lah aku lepas tangan macam tu je InsyaAllah setiap pagi sabtu sepanjang bulan Ramadhan ni sementara menunggu adik habis kelas mengaji whole day aku duk rumah yuyi habiskan masa tolong dia buat biskut raya.
Okeylah, sekian saje cerita persiapan raya saya tahun ni................sempoi je kan
Sebahagian daripada tart nenas yang telah disiapkan oleh cik yuyi
Sejukkan dulu baru boleh susun dalam botol
Nilah hasil titik peluh kami hari sabtu hari tu
RESEPI ALMOND LONDON
Sumber : Kak Nor Secubit Garam
Bahan:(150 biji)
250g mentega
125g gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50g serbuk badam (optional)
200g tepung jagung}
300g tepung gandum}
1 sudu besar tepung beras}
1 sudu teh baking powder}-ayak bersama
200g kacang badam,digoreng tanpa minyak
50g badam cincang untuk hiasan
+/- 700g cokelat compound
Cara;
1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
Masukkan serbuk badam.Kacau.
2.Masukkan tepung yang telah diayak tadi,gaul rata.
3.Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.
4.Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
5.Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit.
6.Cairkan coklat dengan kaedah doubel-boiler.Celupkan biskut tadi dan letak dalam
kertas cawan.Taburkan badam cincang di atasnya.Biarkan ia kering.Siap disimpan.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Subscribe to:
Posts (Atom)




