Friday, 29 November 2013

Jangan suka jadi watak kedua yang kononya nak bagi sokongan kat mak hero

 Ekceli hari ni tak de plan pun nak update blog, entahlah tetiba je hati  rasa nak menconteng diblog, harap-harap cerita  ni dapat mereleasekan  tension aku.  Ceritanya begini....pada zaman dahulu  ....damainya suasana, mergastua dan unggas bebas ke sana ke mari  mencari makanan, tapi semenjak mergasmuda berhijrah ke mari suasana kehidupan mula berubah.......bla bla bla.  lemaslah ...aku bukan pompuan  yang gemar  bercerita pasal  anak  kembung perut , anak sembelit  kat jantan. Jujur cakap pompuan kaki sibuk aku boleh terima lagi  tapi kalau jantan ni  geliksss sikit. Susah ..bila tak tegur kata kita sombong bila dah tegur 24jam dia nak tegur kita plak. Setakat tegur tanya khabar aku okey lagi, tapi kalau dah sampai sibuk  nak tanya  pasaipa aku bising pagi-pagi  buta , tu dah macam annoying je  .Bos aku pun tak pernah pedulik apa aku buat, she know better  what i did last summer why you bizi body, Oh my English. ..... Serious talk, sekarang ni kalau dia lalu aku sanggup  tekan-tekan kalkulator  berlakon konon- konon sibuk....Eiiiii  takut bila  dia bukak mulut nanti aku  smash dia  nangisss owhhhh.

Oh my English ,Stop talking nonsense we jump to cerita   dari  rumah puteri pucuk kecubung   kita orang ke Subang Empire ;
Oh my mak english
Apa yang sedang berlaku di sini?
Eiiii rabbit???
macam comel je, macam rabbit je. Rabbit comel . Me memang suka rabbit *me manja macam Lana Nordin tak? cakap sambil usap usap ekor rabbit*
Barley lime
amboi!!! biasa lagi tangan tu nak cilok cumi-cumi goreng gula-gula hacks
Firdaus makan siap mengoreng
Aku makan nasi campur .Interesting dengan  sate lilit tu
Yuyi makan  kambing bumbu

Lepas makan  kitaorang pergi ke Subang Parade di seberang jalan  temankan yuyi beli aksesori untuk dipakai masa annual dinnernya  nanti.
Dari Jay Jay (no that penyanyi 80an ye)  Bukit Tinggi sampai ke Subang Parade mencari aksesori, entah macam mana yang dia nak pilih pun, aku tak tahu
Macam ada unsur unsur kaplamyanga je kat sini : )
 Macamlah  kedai Acheh di  kawasan rumah aku tak de jual axion??????

















Tarikh : 24 November 2013, Ahad
Lokasi : Empire Subang, Subang Parade, Jaya Grocer
Peristiwa : Jalan-jalan hujung minggu









Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, 28 November 2013

Nak kahwin dan nak pergi rumah orang kahwin pun perlu ada persiapan yang cukup

Cerita temankan yuyi pergi shopping baju dan aksesori untuk annual dinnernya belum habis lagi, dah nak menghadap masalah untuk cari baju nak pergi rumah adik kak limah merangkap kawan yuyi kahwin.Aku dah agak dah nanti bila  ajak dia pergi rumah orang kahwin   sepuluh kali kejap  dia akan call tanya aku   nak pakai baju apa?kasut apa? aksesori apa?, Yuyi ni excited setiap kali aku ajak temankan  pergi rumah orang kahwin .Tapi yang peliknya, orang excited gila nak pergi rumah orang kahwin tulah  yang suka buat muka sempudal , rimasss bila diasak dengan soal kahwin dan pakwe.

Yuyi  ni pelik sikit , bukan pelik sikit tapi banyak .Jujur cakap, anak aku ni tak pandai politik jadi bila tak pandai politik kurenglah  kawan . Dia juga suka mengelak dari bertemu dengan kawan  terutama spesis kawan yang suka sibuk -sibuk tanya pasal  kahwin atau hal-hal peribadi .Sekiranya lah  masa  jalan-jalan dia terserempak spesis macam tu ,  alamatnya mood dia meragam dan tak boleh nak dipujuk  : ) kalau orang yang tak kenal  akan lebel dia sombong tapi bila dah kenal  betul-betul ,SubhanaAllah terus jatuh cinta dengan karektornya yang gila-gila tapi dalam gila-gila masih menebal sifat pemalu, bersahaja, tak control cun ,humble, dan yang penting dia pemurah dan tak pernah berkira dengan keluarga mahupun kawan-kawan.Kepada lelaki -lelaki di luar sana if terbaca entry ni dan  mula menyimpan perasaan  pada yuyi , satu je nasihat aku, lengkap diri korang dengan teknik seni mempertahan diri dulu,sila percaya dia panas baran bila dah mengamuk habis pinggan mangkuk periuk belanga melayang, tapi jangan risaulah dia  terbangkan harta benda dia je. Aku salute lah dengan lelaki nak jadi salah seorang  lelaki yang boleh tahan dengan perangai yuyi  : )
akak pakai moisturizer, dia pun sibuk nak pakai, hambik ko mengelupas kulit muka
Gula-gula hacks pun nak jugerr pergi  rumah orang kahwin
Yuyi kata Ieqa Rahim good girl, tak banyak bunyik  sebab tu dia terpilih dalam senarai walimatul urus yang dia wajib hadir. Brengsettttkan statement tu. Anywhere  Selamat Pengantin Baru : ) semoga kekal bahagia till jannah
Yang pasti, dalam ramai-ramai blogger aku lah yang paling kerap mengambil  gambar tanpa arah tujuan
Tuan puteri pucuk kecubung akak kepada pengantin baru bersama dengan  Datin Poji(mama pengantin)
Kuat betul insting yuyi, sampaikan  kamera  aku  ni pun tak berapa mesra dengan seseorang tu .
Muka malu-malu kucing yuyi bila siphotographer suruh dia berdiri kat sebelah pengantin.
oh Ieka Rahim renungan mu fuhhh  menusuk kalbu

Suapkan makcik sikit.............










Sekadar luahan hati

1) Esok genaplah  setahun Ieqa Rahim tak update blog , aku tahu password blog dia esok jangan sampai  aku update gambar kahwin dia.

2)kahwin ! kahwin!!! eeee gembiranya aku Johan Asa'ari nak kahwin dengan Lana Nordin. Yang pasti jodoh tu rahsia Allah SWT..Hidup bukan dilihat dari permulaan tetapi pengakhiran.






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .