Wednesday, 12 December 2012

mee goreng yang simple lagi sedap ; masak- masak sebelum majlis resepsi pertama

Bukan masak-masak di majlis resepsi di sini  maksud aku ialah masak-masak  kat rumah aku sebelum kitaorang berangkat  ke majlis resepsi belah family suami .Entahlah dari  zaman arwah mak aku masih  ada lagi kitaorang dah biasa kenyang-kenyangkan perut dulu kat rumah  sebelum pergi ke mana-mana majlis .Bukan apa nanti tak delah family aku nampak lahap datang ke majlis orang terus makan.Sebelum berangkat ke majlis belah suami , aku sempatlah mengoreng mee yang simple lagi sedap gitu, siap buat  cili api jeruk sekali "yang ado"

mee goreng ku yang  bertambah sedap bila dimakan bersama cili api jeruk*tekan butang naik  lif sendiri*

Bahan-bahan

Basuh dulu 1 1/2 bungkus mee kuning , kemudian tuskan, (tips mengelak mee goreng  menjadi kering)
siang seikat sawi, cuci beseh dan tuskan
2 keping tahu ikan -hiris nipis
sedikit taugeh- tak suka taugeh , boleh tukar sayur lain
sos tiram-dua sudu besar
kicap kipas udang -lemak manis
kicap pekat-sesudu besar
5 tangkai cili kering kisar
6 ulas bawang putih ketuk , pecah dan buang kulit

Garam tak diperlukan ketika mengoreng mee sebab sos tiram dan kicap kipas udang lemak manis  dah cukup memberi kesan masin pada mee. sila percaya

cara-cara membuatnya

1)tumiskan bawang putih hingga naik bau dan kekuningan
2)Tumis cili kisar hingga pecah minyak

3)Masukkan hirisan tahu ikan -kacau sekejap
Guna api sederhana
4)masukkan sedikit air
5)Masukkan sawi-kacau dan kaup balik
6)Masukkan mee kuning -kacau sekata,
7)masukkan kicap kipas udang lemak manis dan kicap pekat serta  sos tiram,rasa ikut citarasa sendiri
8)Last sekali masukkan taugeh, taugeh digoreng rebah bangun je.Angkat sedia dihidang

cili api jeruk ko mampu?

Bahan-bahan

15 tangkai cili api kampung-hiris halus
cuka makan
garam
gula
air panas mendidih

1)Letakkan hirisan cili api ke dalam tapis kemudian curahkan air panas mendidih
2)Masukkan hirisan cili api ke dalam botol kaca
3)curahkan cuka makan ke dalam botol tadi 
4)masukkan sedkit garam dan dua sudu besar gula
5)kacau hingga gula dan garam sebati.
6)kacau serata dan siap untuk dimakan bersama mee goreng





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

A Malaysian Bistro ; De Palma Cafe SACC Mall ; sesekali layan okeylah juge

 Petang sabtu aku dengan anak-makan makan kat  De Palma Cafe SACC  Mall  .Ini merupakan kali kedua kitaorang makan kat sini ,kali pertama 4 bulan yang lepas . Aku pun tak tahu kenapa kaki kitaorang ni boleh melangkah masuk ke sini sedangkan di SACC Mall ni berlambak lagi tempat makan yang sedap -sedap. Adakah ? argh malas aku nak percaya benda karut marut ni.

Pada aku makanan kat sini tak delah berapa sedap sangat tapi kalau sekadar nak mengisi perut yang tersangatlah lapar bolehlah kot.Memang betul pun masa kitaorang makan kat sini perut masing-masing pun tengah lapar.
model lelaki  yang berjaket kulit warna coklat  dan  lelaki yang berkemeja kotak biru putih bukan orang  yang sama.
akak dan adik yang sentiasa menghuru harakan keadaan
root beer float gula-gula hacks
milo ais yuyi
nasi kukus ayam percek gula-gula hacks ; aku konpius dengan ayam percek yang terlebih garing lagi terlebih hitam sampaikan rasanya ala ala sedikit kayu arang
yes, aku makan tomyam lagi bersama nasi putih ; tomyamnya membuatkan aku kopius,  spesis tomyam negara mana pun aku kurang pasti.
Fish & chip Firdaus 
lamb chop yuyi



Cuti selang sehari ni yang buat aku lemah nak pergi kerja . Nasib baiklah aku tak de cuti kalau tidak aku kaut cuti dari hari senin.





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .