Showing posts with label Impiana Casuarina. Show all posts
Showing posts with label Impiana Casuarina. Show all posts

Thursday, 19 December 2013

Semua tentang EMOSI ; Impiana Casuarina


Sepatutnya check in pukul 2 petang, gedebak gedebuk kami sampai di  Impiana Casuarina kira-kira pukul  4 petang.Sampai-sampai je di lobi hotel,kami letak bag,yuyi terus check in. Bila yuyi tanya pasal bilik boleh pulak dorang cakap bilik tak siap lagi . Ingatkan bila lewat check in , bilik kami sudah disiapkan , rupa-rupanya  tak siap lagi. Hal ini tampaknya sangat mengundang kemarahan Yuyi. Macam mana  tak marah dahlah dia tengah penat, ingatkan  sampai hotel boleh rehat terus  sebaliknya lain pulak yang jadi. Marah ni bukan benda seronok. Bila diri perlu marah, marahlah .Marahlah menjadi pengerak kepada seseorang untuk  pembela mereka di hari tua, mempertahankan sesuatu terutama diri sendiri.Tapi marah perlu dikawal kerana marah itu api. Syukur Alhamdulillah,pada masa tu  yuyi tidak dipengaruhi emosi .Mungkin berkat doa dan  ceramah makcik tempe mengenai pentingnya mengurus emosi dengan cara yang betul . *tangan kat dada mata ke atas*

Impiana Casuarina...bersebelahan dengan ibu pejabat  UMNO perak...saje aku tekankan perkataan UMNO di situ.ha ha ha ha
aku syak itu air pereda emosi
Emosi yang baik adalah stabil
Emosi yang sudah stabil
kamar beradu makcik tempe
Perabot hotel sepanjang zaman
Adik tidur untuk menstabilkan emosi 
kamar beradu adik, akak,abang
wechat bantu stabilkan emosi???????

Perempuan, emosi , period saling berkaitan . Yuyi cuba mengstabilkan emosi  aku yang tengah period dengan menyediakan  semug nescafe panas untuk aku
senyum juga  boleh menstabilkan emosi
Aku syak memanaskan diri didepan unggun api pelesu adalah  salah satu cara yuyi menstabilkan emosi
 Menjaga kebersihan diri dan wajah adalah salah satu cara lelaki metroseksual menstabilkan emosi

Setiap kali  menginap dihotel yuyi akan membawa kelengkapan mandinya  dan set penjagaan wajahnya, aku syak  ini juga  salah satu cara yuyi mengstabilkan emosi.






Tarikh : 14 & 15 December 2013, Sabtu & Ahad
Lokasi : Impiana Casuarina




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, 17 December 2013

Gerbang malam Ipoh & nasi vanggey

Kami menghabiskan malam minggu dengan menjelajah ke seluruh pelusuk Ipoh  mencari Gerbang Malam Ipoh dan Nasi Vanggey .Pencarian kami menemui jalan buntu kerana beberapa kesilapan teknikal. Pertama kali menjejakkan kaki ke  bandar Ipoh , kagum aku pada   bangunan-bangunan bersejarah yang masih kukuh dan dipelihara dengan baik . Yang aku pelik cuma bandar Ipoh ni sunyi sepi diwaktu malam terutamanya di pusat bandar,  atas pukul 9 jalan dah lenggang, semua kedai dah tutup kecuali kedai makan.



Kepada bakal pengantin  tunggu apa lagi.................





Sekatan jalan raya ditengah bandar Ipoh


Setelah puas menjelajah bandar Ipoh , kepenatan dan kelaparan mula terasa. Masa untuk makan. Sorry to say kari kau tak boleh dibanggakan
Aneka kari ; kari itik, kari kambing, kari ayam kampung
Yuyi cakap kat aku sambal tu rasa macam daun inai.ha ha ha.

Adik tak suka kari pendek kata apa saje yang berkaitan dengan kaplamyanga adik tak suka. Tak sedar diri bapak kaplamyanga.
Sebelum balik ke Impiana Casuarina aku tapau nasi ayam golek Ipoh mali




Tarikh : 14 December 2013, Sabtu
Lokasi : Bandaraya Ipoh diwaktu malam






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pahit, Manis, Masam, Masin, Tawar ; Impiana Casuarina





 Sempat lagi  bergurau senda sebelum turun bersarapan
Merenung masa depan yang belum pasti

Adik & abang  sedang leka  mendengar akak berceloteh

Sarapan pagi ala kadar je. .tak de mood , otak  asyik teringat nasi  lemak daun pisang /karipap medan selera 

Masa aku tengah khusyuk menyudu quaker oat  ke mulut, adik  merengek  manja nak quaker oat.Aku tanya dia boleh ke makan quaker oat?  Dia kata  boleh makan. Tanpa berlengah aku terus suakan    sesudu quaker oat tadi kat  mulut adik.  Baru nak masuk suapan kedua .spontan, keluar dari mulut adik "yek!!!pahit" .Terkejut mungkin ini  kali pertama adik  merasa makanan "TAWAR".  Yuyi tanya aku, "mak, kenapa kenapa adik cakap quaker oat tu tawar?"  Dia tak tahu apa tu TAWAR dan apa tu PAHIT, dia tak pernah rasa pun, jadi dia main belasah je sebut pahit."  "pandai pun mak,"balas Yuyi  sambil melemparkan pandangan nun jauh ketengah kolam renang . Aku dengan yuyi berpandangan sambil berbalas senyuman sinis.












Tarikh : 15 December 2013, Ahad
Lokasi : Impiana Casuarina,Ipoh
Peristiwa : Breakfast


 






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .