Sunday, 7 July 2013

Ayam panggang makcik lazi terbaek -bukan aku kata

Maaf ye kengkawan sebab makcik lazi  tak dapat menunaikan janji  manis untuk menyambung cerita semalam. Semua ni gara -gara suami makcik lazi dengan tanpa segan silu  memuji kesedapan ayam panggang yang makcik  buat tengahari tadi. Bak kata Harith Iskandar , lelaki mengeluarkan  hanya 7,000 perkataan sahaja sehari  , samalah macam suami makcik ,dia  jarang bercakap tup tup tup sekali bercakap dia puji memuji masakan makcik sedap.Mahunya  tak terkasima, tak  terpempam kata kau ? itu sebabnya aku terus nak up cerita ayam panggang yang telah mendapat pujian dari suami . Jijik sungguh makcik lazi, tak pe ye dik sesekali bagi tubuh  makcik lazi  diawang-awangan .Makcik  lazi janji akan up  sambungan cerita semalam malam ni InsyaAllah.
Kacang buncis yang telah dihiris bersama dengan bawang putih. Angkat tangan, saper yang tak kenal bawang putih

Bahan -bahan
1)lebih kurang 15-20 tangki kacang buncis-dibersehkan dan dihiris nipis
2)8 ulas bawang putih sederhana besar-diketuk, dibuang kulit dan dicincang
3)sekeping dada ayam-dibasuh dan dipotong kecil, kemudian digaul dengan kicap cair  dan tepung jagung
4)sesudu besar sos tiram

Cara menyediakannya
1)Panaskan minyak, tumis bawang puth cincang hingga naik bau-guna api sederhana
2)Masukkan  isi ayam -tumis hingga ayam kecut
3)Masukkan kacang buncis-goreng kacang hingga empuk
4)Masukkan sos tiram, kacau sekejap
5)Sebelum angkat masukkan sedikit air.


                                                       Kacang buncis goreng dengan isi ayam
                                                          Bahan perap yang telah dikisar
Bahan-bahan untuk perap ayam seekor
1)1 cm kunyit hidup
2)5 ulas bawang merah
3)4 ulas bawang putih
4)2cm halia
semua bahan dikisar
5)4 sudu besar cili kisar
6)santan dari  sebiji kelapa
7)6 helai daun limau purut
8)3 batang serai -dititik
9)3 sudu besar gula merah
Garam secukup rasa

                                                                       Cili kisar
 Cara meyediakannya
1)Perap ayam dengan semua bahan
2)Biarkan selama  satu jam-Perap lebih lama akan meninggalkan rasa yang lebih enak
3) Apabila selesai diperap pangganglah ayam hingga masak


                                         Aku panggang ayam mengunakan chefal cosway

                           Ayam panggang boleh dibuat sebagai juadah berbuka puasa
Bahan-bahan untuk sos pencicah
1)6 biji cili besar merah
2)2 ulas bawang putih
3)1/2 inchi halia
semua bahan dikisar halus
Cara menyediakannya
1)Masak bahan kisar bersama dengan 200 ml air-kacau sentiasa  dan biar agak mendidih
guna api sederhana
2) Masukkan sesudu besar cuka untuk memberi rasa masam pada sos
3)Masukkan gula dan sedikit serbuk perasa .Pandai-pandailah seimbangkan rasa
3)Pekatkan sos pencicah dengan sesudu kecil bancuhan tepung jagung atau tepung ubi

 Ayam panggang makcik lazi
Reviews

Firdaus
Perut Firdaus terus lapar bila tengok ayam yang mak masak
Sedap, lenkali mak masak ayam macam ni lagi ye

Suami
"Ayam ni awak panggang kat mana,?"tanya suami sambil menyuap ayam panggang ke dalam mulut.
"Panggang kat dapur belakang, pakai chefal." Aku terang dengan nada bersungguh  "kenapa,? Aku tanya suami
 "lenkali panggang macam ni .Sedap. Kalau macam ni punya masak saya nak keluar rumah pun malas,"

"Ada aku kesah,"aku kata dalam hati.

Maaf ye  kengkawan  , dua orang je  situkang review  buat sementara ni : )
                                           Makanlah dik apa tunggu lagi, kata lapar

                                                                      Jemput makan






Tarikh : 7 July 2013, Ahad
Lokasi : Rumah
Peristiwa : Menu makan tengahari








Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .









Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang