Hari ni aku tak de keja lain dari pagi sampai ke petang duk menghadap lappy . 1st thing yang aku buat pada 1/1/2013 ialah menyetelkan segala cukai kerajaan yang tertunggak . Sebelum membuat pembayaran melalui online Maybank2u kita kena semak bil dulu.
1)Bil hasil tanah online (Selangor)
2)Bil Indah Water online
3)Bil cukai pintu online (Klang)
Mudahkan , segala-galanya dihujung jari anda *tetiba pada tahun 2013 akulah rakyat Malaysia yang bertanggung jawab* Sejujurnya aku adalah orang yang berkira bab membayar cukai -cukai yang dikenakan oleh kerajaan terutama cukai makan pizza hut atau ayam KFC atau makan di mana-mana restoran mewah dan berhawa dingin. *makcik tempe golongan marhaen*
Berbalik pada cerita "Back to school fashion 2013" aktiviti petang minggu lepas jalan-jalan cari kelengkapan sekolah Firdaus. Baju , seluar dengan kasut sekolah dia, aku dah beli dua minggu lepas.
"yes, hari ni aku boleh beli beg sekolah idaman aku." Firdaus kata dalam hati.
Seriously aku membantah bila yuyi belikan beg sekolah Firdaus dengan harga yang aku nak sebut pun tak kuasa . Nak beroda bagai macamlah dia pergi sekolah jalan kaki.Zaman aku sekolah dulu nak bertukar beg dua tahun sekali pun payah. Rezeki budak sekarang, kalau tak jadi doktor atau cikgu tak pek den nak kaborkan. *nak doktor dengan cikgu je*
Nampat sangat yuyi tak sihat masa ni, tapi masih ada selera nak menyoping baju.cis
Dah penat membeli dan belah kitaorang makan kat Restoran Black Canyon Coffee
Tak sempat sampai ke rumah dah dilambakkannya kat atas meja makan
minuman berais tak padan yang selsema
Aksi model bersama pencil case baru
pencil case musim sejuk
pencil case musim bunga
pencil case musim salji
musim nak kena penampar
ayam serai
nasi ikan masin
kueh teow goreng ; aku dengan yuyi punya minat yang sama
Nasi bersama green chicken curry
Tak sah kalau tak beli pokok bunga.ko mampu beli pokok bunga kat Jaya jusco.*poyo disitu*
Sekian saje cerita aku dan "back to school fashion 2013 dan Restoran Black Canyon yang makanannya hebak-hebak dan sedap-sedap belaka cuma servisnya menghampakan .
Dari makcik tempe yang benggang dengan pekerja restoran yang tak mesra terutama pekerja-pekerja restoran yang dikenakan cukai oleh kerajaan. *tetiba arghh geram*
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .