Tuesday, 1 January 2013

Back to school fashion 2013 ; from 70 an to 90an and 00an

Abaikan tajuk yang sangat menganiaya. Berbeza ke kelengkapan sekolah 70an dan 00 an , rasanya tak  banyak berbeza pun kelengkapan sekolah dulu dan sekarang  cuma yang berbeza  mungkin dari segi harga .Kita KIV dulu cite pasal kelengkapan sekolah. Ada perkara yang lebih mustahak nak aku kongsikan di sini.

Hari ni aku tak de keja lain dari pagi sampai ke petang duk menghadap lappy . 1st thing yang aku buat pada 1/1/2013 ialah  menyetelkan segala cukai kerajaan yang tertunggak  . Sebelum membuat pembayaran melalui online Maybank2u kita kena semak bil dulu.

1)Bil hasil tanah online (Selangor) 
2)Bil Indah Water online 
3)Bil cukai pintu online (Klang)


Mudahkan , segala-galanya dihujung jari anda *tetiba pada tahun 2013 akulah rakyat Malaysia yang bertanggung jawab* Sejujurnya aku adalah  orang yang berkira bab membayar cukai -cukai yang dikenakan  oleh kerajaan terutama   cukai  makan pizza hut atau ayam KFC atau makan di mana-mana restoran mewah dan berhawa dingin. *makcik tempe golongan marhaen*

Berbalik pada cerita "Back to school fashion 2013"  aktiviti petang minggu lepas jalan-jalan cari  kelengkapan sekolah Firdaus. Baju , seluar dengan kasut sekolah dia,  aku dah beli  dua minggu lepas.
"yes, hari ni  aku boleh beli beg sekolah idaman aku." Firdaus kata dalam hati.
 Seriously aku membantah bila yuyi belikan   beg sekolah Firdaus dengan harga yang aku nak sebut pun tak kuasa . Nak beroda bagai macamlah dia  pergi sekolah jalan kaki.Zaman aku sekolah dulu  nak bertukar beg dua tahun sekali pun payah. Rezeki budak sekarang, kalau tak jadi doktor atau cikgu tak pek den nak kaborkan. *nak doktor dengan cikgu je*
 Nampat sangat yuyi tak sihat masa ni, tapi masih ada selera nak menyoping baju.cis

Dah penat membeli dan belah kitaorang makan kat Restoran Black Canyon Coffee
 Tak sempat sampai ke  rumah dah dilambakkannya kat atas meja makan
 minuman berais tak padan yang selsema 

Aksi model bersama pencil case baru 
 pencil case musim sejuk
 pencil case musim bunga
pencil case musim salji
 
musim nak kena penampar
 ayam serai 
 nasi ikan masin
 kueh teow  goreng ; aku dengan yuyi punya minat yang sama
 Nasi bersama green chicken curry
 Tak sah kalau tak beli  pokok bunga.ko mampu beli pokok bunga kat Jaya jusco.*poyo disitu*


Sekian saje cerita aku dan "back to school fashion 2013 dan Restoran Black Canyon yang makanannya  hebak-hebak dan  sedap-sedap  belaka cuma servisnya menghampakan .


Dari makcik tempe yang benggang dengan  pekerja restoran yang  tak mesra  terutama pekerja-pekerja restoran yang dikenakan cukai oleh  kerajaan. *tetiba arghh geram*



Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Party sambutan tahun baru 2013 bersama rozita che two

 Banyak kau punya party .Selamat tinggal tahun 2012, Selamat datang tahun baru  2013. Cerita pasal celebrate New year , ye aku mengaku yang seumur hidup aku belum pernah lagi celebrate new year, jadi aku tak dapatlah nak bercerita lebih-lebih pasal celebrate new year ni. Tak celebrate bukan  bermaksud yang aku marah atau tak suka orang yang  celebrate new year , Rasanya tak salah pun  kalau nak pergi celebrate tapi pandai-pandailah kita menjaga adab dan tata susila kita  sebagai masyarakat  timur .

Bebalik pada cerita party sambutan tahun 2013 yang aku adakan malam tadi ; hebak-hebak belaka dalam pada  deman selsema tu aku boleh pergi meredah hujan renyai mencari satay dan yong tau fu sup Marisa. Bukan aku je demam , anak-anak aku pun demam sekali , hebak betul  penangan tahun baru.

Satay ayam opss terlupa pulak tambah gula kat belakang perkataan ayam  tu: (  tak sesuai tau , sangat menganiaya rozita che two.
 Set 1 untuk 3 orang makan.ha ha ha ha 
 Yong tau fu sup Marisa ; layan 
Budak yang menyangka  sessi persekolahan 2013 yang akan bermula 2/1/2013 akan ditangguhkan   akibat banjir. *sangkaan yang tak senonoh*



Setiap orang ada impian dan harapan setiap kali tahun baru tak terkecuali  juge dengan aku. Impian dan harapan aku tak delah mengunung sangat cuma membukit je.

1) Moga anak-anak dan suami  dikurniakan kesihatan yang baik dan dilindungi Allah SWT
2) Moga anak-anak aku dan suami beroleh kebahagian di akhirat dan dunia.
3)Alam sekitar, bukit -bukau dan gunang- ganang kita kekal terpelihara  . Sesungguhnya Allah SWT menjadikan bukit -bakau dan gunung- ganang sebagai pasak bumi yang meneguhkan kedudukan bumi. *nak sangat duk tempat tinggi pegi buat rumah  atas pokok* aku marah ni, sila takut.





Sekian saje cerita aku ,party tahun baru 2013 dan impian dan harapan tahun  2013 untuk masa ni...........next entry  kita cerita pulak mengenai "back to school fashion 2013" *mesti korang ada rasa loya tekak macam nak muntahkan*






Dari makcik yang sedang terharu (hampir menitiskan air mata) bila bukak inbox dapat ucapan Selamat tahun baru 2013 dari Datuk Teh Kim Poo.*aku tengah tunggu najib & kak ros   bagi ucapan"Selamat tahun baru 2013* #hebakhebakbelaka#





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .