Monday, 17 December 2012

Arnab suka makan carrot , arnab tak suka makan biskut empat segi serious

Bercintanya aku nak keja hari ni bila mengenangkan perangai haram jadah biskut empat segi tempoh hari. Seriously aku fedup  setiap kali dia tertinggal kunci dan aku yang menjadi penjaga kunci yang tak  bergaji sering menjadi mangsa. Bapak kaulah macam dalam bilik kau tu ade harta karun dan wang menimbun sepuluh kali kejap kau nak kunci pintu. Kenapa yek aku perhatikan orang susah baru nak jadi kaya selalu berperangai macam tu .Lepas ni kau jaga sendiri kunci bangang kau tu. Spesis chayanunalif  agama simfimpangfang emfempatfat bak kata suami aku bangsa dorang ni suka pusing-pusing cakap.

Berbalik pada tajuk entry aku hari ni ; arnab adalah salah satu haiwan yang Firdaus suka . Aku pernah memelihara dua ekor arnab  tiga tahun lepas kalau tak silap aku masa tu umur Firdaus  3 tahun. Setahun kemudian arnab tu mati , punca kematian masih belum  dapat dikenal pasti sampai ke hari ni.Itu je aku nak bagitahu sudi sudikanlah untuk melihat gambar Firdaus bersama haiwan kesayangan.
















Sekian sahaja cerita arnab tak suka makan biskut empat segi.



dari perempuan yang suka mencicah biskut empat segi dalam air kopi panas.





Sekadar luahan hati


arwah mak pernah cakap yang aku ni degil dan suka buat  sesuatu ikut perasaan dan ikut kepala sendiri..







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, 13 December 2012

resepi pizza Hawaiian chicken & tuna paling mudah

Pizza!Pizza! dalam minggu ni dah dua kali aku makan pizza.Malam senin layan pizza hut degan anak-anak, malam  tadi beli  bawak balik pizza hut. Nampak di situ tak de maknanya aku buat sendiri  pizza kat rumah ye.Seumur hidup aku belum pernah lagi tangan aku ni menguli doh pizza.
Omak bukan tak nak buat pizza sendiri omak tak pandai je.

Bila mengenagkan harga pizza yang mencekik darah mahu je aku belajar buat doh  pizza sendiri.  InsyaAllah mana tahu satu  hari nanti aku pandai buat doh  pizza korang tengoklah masa tu mahu setiap hari aku membako pizza : ) ekceli aku  kureng dengan pizza ni, anak -anak je yang suka terutama gula-gula hacks.

Di Pizza Hut memang banyak pilihan pizza yang sedap dan lazat serta bermacam-macam toping, apa lagi  sila terjah pizza hut yang berdekatan anda atau call 1300-88-2525 itulah yang aku maksudkan "paling  mudah".

Walaupun pizza hut ada  bermacam -macam jenis  pizza yang sedap dan lazat serta bermacam-macam toping , entah kenapa family aku ni  dari dulu kini dan selama-lamanya tetap memilih hawaiian tuna pizza dan hawaiian chicken pizza .

Hawaiian chicken pizza
 Hawaiian tuna pizza
Abaikan budak baju merah yang berhidung kombang di situ. Sila fokus pada water tumbler; dapatkan  pek colgate beserta  tom & Jerry  3D water tumbler dipasaran sekarang sebelum kehabisan stok.
8 ketui honey bbqchicken
 2 mangkuk mushroom soup

Tetiba entry pizza terselit sardin goreng cili yang tak berapa pedas bersama kentang.Sardin ni aku masak pagi tadi untuk Firdaus bawak bekal ke rumah pengasuh.

Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .