Showing posts with label Domino's Pizza online. Show all posts
Showing posts with label Domino's Pizza online. Show all posts

Wednesday, 1 January 2014

Pada tahun 2014 ni, kebanyakan orang hanya nampak kuman diseberang laut tapi gajah dihadapan mata mereka tak nampak






Selamat datang tahun 2014, happening giler ye kengkawan kita menyambung kedatangan tahun baru 2014 malam tadi. Aku duk rumah je membuta. Entahlah....dari aku anak dara sampai dah jadi mak dara ni belum pernah lagi  sambut  tahun baru  diluar rumah apatah lagi berada di lokasi yang ramai manusia ditengah malam ,  memang tak ahhhh .Biarlah  nak kata aku kolot,  memang aku kolot pun. Aku mengaku,hakikatnya  aku seorang yang agak pemalu  dan  aku kurang selesa berada dikhalayak ramai. Kalau pemalu atau kurang selesa berada dikhalayak ramai bukan  bermaksud aku  sombong senang cite aku spesis cepat bosan berlama-lama dengan orang,facebook, twitter ke, apa jelah benda yang aku rasa buang masa dan mengjengkelkan. Entahlah,kadang-kadang aku sendiri tak faham dengan perangai aku apatah orang sekeliling.Relax sudah............

Berbalik pada  tajuk entry aku ; Tadi suami aku tanya aku kalendar tahun 2014.Aku cakap kat dia tak de, bos tak bagi  tak kan aku nak mintak. Bercakap pasal kalendar tahun 2014.tetiba aku teringat mak jemah bos busat,minggu lepas kemain banyak kalendar dan diary 2014 dia suruh aku bungkus dan hantar ke HQ.Amboiii sanggup dia ketepikan aku dari senarai penerima kalendar dan diary 2014. Ek eleh dia ni aku mintak dia cakap   nanti lah saya kasi tapi sampai la ni habuk pun tak de. Malas nak tanya lagi  spesis aku ni tak pandai mintak dan tak pernah mintak , orang nak bagi aku ambik, tak bagi aku buat bodoh je.

Bangga aku ,permulaan baik pada tahun baru ,aku buat benda  baru, buat mee segera goreng mengunakan mee goreng Indomie, tapi pada orang lain mungkin benda ni dah lama , kalau sifu mee segera baca entry ni mesti dia pakat gelak. Tapi tak pelah tu pun I learned from you.

 Punyalah pemalas nak didihkan air , aku boleh rendam dalam air  panas yang tak cukup panas.
Lagi teruk  aku masak je bila aku  tahu mee segera ni dah expired 4 bulan lepas, lapar punya pasal bedal je.
 Tuan dan puan inilah dia  mee goreng segera kejung 

Hari ni aku tak masak sebab sibuk  menyiapkan keja-keja  pejabat .Tak payah khuatir sekarang ni semua dihujung jari, cakap je nak makan apa? apa cer nenek kat kampung pun pandai order pizza.

 makcik ni  tradisional  order pizza klasik je

 Mak jemah tak ingat kat aku tak pe, janji Domino's ingat

 Terima kasih Domino's
Hari tu masa pergi MPH, sempat aku pau yuyi belikan diary. Setakat rega belas ringgit aku okey lagi nak mengepau  tapi kalau yang rega dolar US tak gamak lagi rasanya .
 Amboiiiii, esok sekolah boleh relax lagi  santai -santai makan pizza depan tv.







Tarikh : 1 January 2014, Rabu
Lokasi : Rumahku syurgaku







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Sunday, 13 October 2013

Luahan hati Fasha Misha paris

Petang  semalam sekali lagi fasha Misha Paris kecewa..............kecewa  kerana tak berjaya   mengorder pizza hut melalui hotline 1300-88-2525,jawapan yang  pihak pizza hut beri agak mengecewakan fasha........

Aku : cik saya nak order pizza

operator : pernah order tak sebelum ni?

Aku :  bulan 12  tahun lepas saya  pernah order  tapi tak berjaya. huk huk huk (dalam hati)

operator :  Okey , boleh saya dapatkan area cik   tinggal ?

Aku : Kat Taman bla bla, Pelabuhan kelang

Operator : cik tolong tunggu sekejap ditalian ye, saya nak check samada pizza hut ada cover area ni atau tak.
Setelah hampir seminit aku menunggu dihujung talian
Operator : Maaflah cik , pihak pengurusan pizza hut memang tak cover sampai area tuuuuuuuuuuuu

Perbualan ini mungkin antara operator pizza dengan seorang makcik yang tinggal diceruk pendalaman  dengan tiada kemudahan elektrik dan air huk huk huk makcik itu kuciwa  lalu jari-jemarinya  pantas mendial 1300-888-333  selepas menunggu selama 30 minit pizza yang menjadi idaman makcik tu pun sampai. Sekianlah cerita  makcik tempe dan pizza.


 ini bukan mamat penghantar pizza.Amboiiii somi aku masa  nilah dia nak wat dada berketui-ketui  .glurpppp
 2 large pizzas RM50
Pizza tuna temptation, classic hand tossed tambah cheese
Roasted chicken drummet 12 ketui








Tarikh : 12 Oktober 2013, Sabtu
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : Juadah makan malam







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Saturday, 12 January 2013

Fasha Misha Paris dah boleh senyum sampai ke telinga !!!!!! Tetiba I LOVE DOMINO'S PIZZA

Pada 26 December 2012 Fasha Misha Paris kecewa ,impiannya  untuk meng order  pizza hut melalui online dan telefon  tidak tercapai . Selepas kejadian  tu fasha telah  berpaling tadah kepada Domino's Pizza. Dan akhir  pada  1 January 2013   fasha telah berjaya  meng order  Domino's pizza melalui  telefon Sila percaya nilah pertama kali dalam hidup fasha , fasha  meng order pizza melalui telefon.opsss malunya Fasha.

Mudahnya order Domino's Pizza tekan 1-300-888-333 mula buat tempahan , sambil bercakap mata  kita boleh  melilau mencari  jenis pizza , sauce pizza , size pizza, crust pizza yang kita suka   di SINI .Yang bestnya kita boleh tambah side order di sini dan tambah beverages di sini 

Selepas urusan meng order setel ,kita duk goyang kaki kat rumah  selepas  30 minit pizza sampai di depan pintu rumah. *dasarkan*

Apa tunggu lagi?
Banana kaya dessert 
 Pizza Tuna temptation
 BBQ chicken drummet


Sekian saje cerita aku, fasha Misha Paris dan Domino's Pizza


Dari pengemar  pizza  hut tegar *sila percaya*





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .