Rasanya dah hampir 4 tahun aku tak jejak kaki kat KLCC. Kalau tak kerana nak ke Aquaria memang tak delah aku nak jejak kaki ke KLCC. Aku dengan yuyi ni memang tak suka window shopping atau merayau ke shopping komplek tanpa sebarang tujuan lagilah ke shopping komplek yang gah gah glamour, yang pengunjungnya orang-orang berada seperti Pavillion, KLCC ..Kalau nak ukur baju kenalah pada badan sendiri ye dak?Aku syak Jaya Jusco Bukit Tinggi jelah bersesuaian dengan badan aku.Lagi pun Jaya Jusco Bukit Tinggi yang berdekatan dengan rumah aku ni yang terbesar kat Asia Tenggara tak kan ye aku nak ke KL atau ke PJ nak mencari shopping komplek yang lebih besar dari tu, ye dak *edisi riak*..
Kehulu kehilir dalam Aquaria, perut masing-masing dah kelaparan. Alamaklumlah dah lama tak jejak kaki kat KLCC jenuh yuyi cari tempat makan, cari punya cari akhirnya yuyi bawak kitaorang makan kat nyonya colours.Oleh kerana dia dah kerap makan kat nyonya colours setiap kali ke Jaya Jusco Bukit tinggi maka selepas makan dan lepak hampir sejam di Taman Mainan KLCC , dia bawak kitaorang kat port dia lepak Tupai tupai KL
Tempat lepak yuyi waktu rehat makan masa bekerja.Aku , gula-gula dengan Firdaus first time jejak kaki kat sini.
yuyi : Apasal dorang ni?tak pernah lambat ambik order macam ni?
Gula-gula hacks : Releklah kak, benda boleh bawak berbincang
yuyi : berbincang abahmu...........
Mak!!!, mana teh limau o ais saya?
Abaikan dua orang yang tengah benggang menunggu makanan yang di order sampai.Orang benggang tu bukan makan pun.ha ha ha."adik ,saper suruh order teh limau o ais. kalau nak air minuman cepat sampai lenkali orderlah air watermelon juice cam mak.
Tomyam feveret saya. Saya suka makan tomyam dengan nasi.tedap -yang benar makcik tempe
Telur bungkus ni saya dengan Firdaus makan bersama nasi dengan tomyam
Saya makan kuey teow kungfu....senyuman saya ni melambangkan kesedapan kuey teow kungfu ni..
Anyway , bagi aku tempat ni best untuk lepak dan makan.Kat sini memang banyak pilihan makanan, masakan panas, western, steamboat , harga pun boleh tahan.Cubalah , cuma masa aku pergi ramai pekerjanya sedang bercuti, tu yang nampak kelam kabut .
Tarikh : 30 March 2013, Sabtu
Lokasi : NO 551 A & B, JALAN BUKIT PETALING, OFF JALAN ISTANA,
50460, KUALA LUMPUR
TEL : 03-21432525 FAX : 03-21445921
Peristiwa : Jalan-jalan cuti sekolah
******************
CAWANGAN YANG LAIN
BANGI : LOT 1513-A, KG. SG. TANGKAS, BT 18, JALAN BANGI,
KAJANG, 43000, SELANGOR
TEL / FAX : 03-89222525
SHAH ALAM : NO 2, JALAN LOMPAT TINGGI, 13/33 SEKSYEN 13, 40100,
SHAH ALAM, SELANGOR
TEL / FAX : 03-51262525
AMPANG : NO 1, JALAN AWF 1, AMPANG WATERFRONT, 68000,
AMPANG, SELANGOR
TEL : 03-42923333 FAX : 03-42921332
Sekadar luahan hati
Ni aku geram ni............aku nak undi Tok Mun lah sebab Tok mun tak delah sepuluh kali kejap hantar sms. Muntah pitam dengan semua sms yang berbau politik.Apa kejadahnya tengah malam buta nak tanya soalan cepu emas melalui sms kat aku . Aku yang tertekannnnnnnnnn.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .