Thursday, 23 January 2025

Qi Odyssey | Reflexology & Teahouse Setia City Mall-tempat berehat dan memanjakan diri terbaek

10/1/2025 (Jumaat) - Throwback. Makcik dah rasa bosan, asyik pergi berurut di Ayu Borneo dan Heathland je. Alhamdulillah, akhirnya jumpa tempat baru untuk healing sambil berurut. Kebetulan hari Jumaat, 10/1, makcik ada urusan di Setia Alam. Makcik ajak Daus teman makcik ke sana. Lepas urusan selesai lebih kurang pukul 4.30 petang, makcik ajak Daus singgah di Setia City Mall. Dah lama tak pergi mall ni. Sebenarnya, mall ni agak jauh dari rumah makcik, sebab tu jarang sangat datang. Biasanya, makcik singgah kalau ada urusan di kawasan Setia Alam.

Sampai Setia Alam, makcik bagitahu Daus nak cari kek sebab teringin sangat nak makan. Daus ajak pergi Secret Recipe. Makcik pun ikut dia cari Secret Recipe. Masuk je, makcik terus scan QR code dan order online. Makcik order  red velvet kek, Daus pula order chocolate lava dengan aiskrim. Mula-mula memang plan nak makan kek je, tapi bila tengok menu, terus tambah order. Makcik ambil Caribbean Style Fish Fillet, Daus pula Buttermilk Chicken Chop. Minuman, makcik order air suma, Daus pilih Floral Lychee Cooler. Gambar makan2 takde.Jemu ahhh ambik gambar kat Secret Recipe. Lepas dah kenyang makan, terus pergi Qi Odyssey.

Makcik suka sangat suasana di Qi Odyssey ni. Dengan dekorasi dalaman Cina yang moden, bukan saja ada urutan, tapi ada teh Cina dan snek sekali. Memang tempat yang sesuai untuk cari ketenangan dan manjakan diri.


Makcik cadangkan korang buat tempahan kalau nak rasa pengalaman unik macam urutan, rendaman kaki, dan skrub. Memang berbaloi, staf kat sini pun sangat mesra. Penyambut tetamu pun peramah gila, siap sudi jawab semua soalan kami dan kongsi maklumat pasal harga dan perkhidmatan. Dia tahu betul apa yang ditawarkan. Makcik dengan Daus pilih urutan Monks Feet Massage selama 60 minit. Makcik memang suka sangat, terapis kat sini sangat profesional sepanjang sesi.

Kalau nak cuba urutan dengan terapis yang berkemahiran, tempah sekarang! Qi Odyssey ada promosi Tahun Baru Cina 2025—diskaun 30% untuk semua rawatan urutan. Jangan lepaskan peluang!











Reka bentuk dalaman yang cantik. Kemas dan bersih.



Makcik suka sangat suasana di Qi Odyssey ni. Dengan dekorasi dalaman Cina yang moden, bukan saja ada urutan, tapi ada teh Cina dan snek sekali. Memang tempat yang sesuai untuk cari ketenangan dan manjakan diri.


Kat sini ada macam-macam jenis teh, termasuk teh premium, dengan makanan ringan yang sedap untuk korang lepak santai kat Qi Odyssey. Memang best kalau nak enjoy sama-sama dengan yang tersayang sambil rileks!


Rendam kaki, urut, dan refleksologi kat sini memang best! Makcik rasa super selesa.


Makcik dan Daus pilih rendaman kaki Chinese Herb Bomb/Argyl. Memang pengalaman yang menarik! Secara keseluruhan, makcik puas hati. Terapis makcik memang hebat, langsung tak ada masalah bahasa. Tekanan urutan pun perfect—tak terlalu lembut, tak terlalu kuat. Suasana spa pun sangat tenang, dengan muzik piano yang menenangkan. Akhirnya, ada juga spa yang bagus kat Setia Alam! Makcik sampai tertidur sebab terlalu selesa masa rawatan. InsyaAllah, makcik akan datang lagi! 



Suasana kat sini memang tenang dan selesa. Hidangan kecil yang disediakan pun buat makcik rasa dihargai.

Makcik dah pergi banyak tempat urut, tapi tempat ni paling best! Memang nak datang lagi. ♥️




Qi Odyssey Setia City Mall
L1-L105 Level 1, Setia City Mall 7
Persiaran Setia Dagang, Bandar Setia Alam
Seksyen U13, 40170 Shah Alam





Wednesday, 8 January 2025

Percutian 4 Hari 3 Malam ke Johor ; Restoran Kelab Kopi Lama Kempas Johor, boleh repeat lagi...

16 June  2023(Jumaat)-19 June 2023(Isnin)(Throwback) Jumaat -Isnin


Bersambung dari SINI

Tak ingat hari ke berapa di Johor makcik  makan tengahari di sini. Makcik jumpa  Kelab Kopi Lama ni hasil pencarian tempat makan sedap kat Johor di  TikTok. Zaman sekarang, semua info kat hujung jari kan. 





Kelab Kopi Lama, kopitiam bertema tradisional di Kempas, Johor Bahru, terkenal dengan suasana kopitiam lama dan pilihan makanan pelbagai yang dihidangkan sepanjang hari.



Makanan semua sedap gila & banyak pilihan dalam menu. Tempat bersih & selesa dengan suasana yang best.



Tempat ramai orang tapi servis laju gila



Tempat lauk-pauk tersusun rapi, dengan persekitaran yang bersih. Hidangan lauk-pauk kelihatan segar dan sangat menyelerakan.




Di kaki lima kedai, ada tempat bakar-bakar. Kalau nak rasa roti bakar atas arang atau sate panas-panas yang terus dihidang ke meja, sini lah tempatnya!



Kedai makan popular untuk sarapan dan makan tengahari. Banyak pilihan makanan Melayu. Yang bestnya, roti bakar arang yang unik gila.

Makcik makan terung berlado, ulam kobis dengan asam pedas ikan pari. Makcik sejenis yg tak pandai makan nasi dengan banyak lauk. Paling banyak lauk yg makcik ambik 3 atau 4 jenis je



Daus  makan nasi dengan lauk kobis goreng,tahu telur, asam pedas ikan, lupa dah ikan apa. 




Lauk pauk dia sedap, cukup rasa. 





Sedap dan murah. Laksa Johor, Mee kari  wajib try kat sini!


Tak sah kopitiam tanpa set ‘standard’ – Roti Bakar, Telur Separuh Masak, dan Kopi O. Dekat Kelab Kopi Lama, ‘Set Kopitiam’ dia siap ada goreng pisang,jemput-jemput ikan bilis sekali. Padu!

Roti Bakar Arang yang rangup kat luar, lembut gila dalamnya, memang sempurna bila dicelup dengan Telur Separuh Masak yang cair dan berlemak. Memang fav Daus!



Masa ni si Antu baru 6 tahun, tengah semangat gila nak belajar. Pantang jumpa kertas dengan pen,  dia nak  menulis. Hahaha!




Masa ni si Pecot baru 2 tahun, kiut gila! Kejap kacau sini, kejap kacau sana. 😂


Tengok muka sipecot tiber rindu sipecot, hampir 2 minggu dah tak jumpa dia. 







Restoran Kelab Kopi Lama