Thursday 22 August 2024

Port lepak santai makan ; Repeat TGI Fridays I City Central

 18 Aug 2024(Ahad) Throwback  Selepas menghabiskan masa seharian di rumah  makcik, cik yuyi  ajak  makcik  dengan Daus  pergi  I City Central.  Cik yuyi tanya makcik nak makan mana. Makcik cakap ikut dekat mana anak2 dia suka makan. Dia cakap TGi lah, apa lagi. Makcik ok je. Sampai I City Central  dekat pukul 6, kami terus  pergi TGI.



TGI Fridays I City Central,Daus rindu zaman  kanak2  kot lah. Ha ha ha


Cik yuyi  ngan sipecot yg tengah lalok. Masa dalam kereta dia tidur. Tak puas tidur letew.


Baca menu macam baca buku sekolah


Setiap kali makan kat sini, mesti dapat meja yg sama. Rezeki



Kebanyakan pekerja2 dekat TGI  I city Central ni  mesra alam



Sipecot makan makanan  peberet dia, spagetthi kid marinara



Siantu makan menu  sama macam sipecot


Air oren dapat free. Makcik bawak air mineral water besar dari rumah, jadi cik yuyi tak order air. 


Quesadilla sedap makan masa panas2. Makcik cakap dengan cik yuyi, tak payah order, takut tak habis. Dia nak order jugak. Syukur Alhamdulillah, habis. 



Daus repeat cajun shrimp pasta



 Cik yuyi makan chili garlic shrimp pasta. Makcik rasa sikit, boleh tahan dia punya pedas. He he he



Makcik suka dia punya Fish N chips, chipsnya makcik bagi dipocet dengan siantu




Daus nak makan brownies ngan sekerim, hurmm Daus ko kenyang letew lepas makan lalok

Friday 9 August 2024

Port lepak makan sedap di Nale- update secara pukal

 1 June 2024 Sabtu (Throwback), Makcik  dengan Daus  pergi  Pavillion Damansara.  Daus wajib jumpa hair stylist   kegemarannya sebulan sekali.  Sebulan sekali takpe,  sebulan 2 3 kali matilanak. Selesai  Daus  gunting rambut, makcik mengajaknya mencari tempat makan. Makcik ternampak Nale dan tergerak hati nak singgah. Sebenarnya setiap kali pergi ke Central I City, makcik lalu-lalang depan Nale tapi tak pernah tergerak hati nak makan dekat Nale. Tiba pulak dekat  Nale  Pavillion makcik rasa teringin bebeno nak singgah makan. 



NALE-Pavilion Damansara
Walaupun makcik dah agak lama berkecimpung dalam dunia blog, perasaan malu untuk mengambil gambar di tempat awam masih susah nak  dibuang.  Daus selalu jadi tukang ambik gambar  untuk makcik.



Takde order air manis, kami minum air sejuk dengan  hirisan lemon



Makcik makan, nasi kukus beef gulai, sedap cuma gulai dia tak berapa  pedas sebab tu dia bagi sambal kot.


Daus makan  nasi kukus ayam goreng. Dia cakap sedap. 


Sambal terung ikan bilis ini memang sedap, cuma manis sedikit. Gatal tangan nak order, tapi nasib baik ada ikan bilis goreng untuk mengimbangkan kemanisannya.


Nasi kukus beef  gulai.he he he, repeat gambar yg sama


Lokasi NALE
Lot 1.36.00 Level 1
Pavillion Damansara Height
Kuala Lumpur



3 August 2024 Sabtu(Throwback). Pukul 8.45 pagi, daus hantar makcik kat Rehab. Makcik ada  temujanji fisio pukul 9.30 pagi. Daus tunggu, sampai makcik selesai fisio. Makcik bawak Daus makan dulu kat area berdekatan rehab. Lepas makan terus  pergi jumpa agent rumah sewa. Urusan selesai dalam  pukul 4. Perut lapar, singgah makan  KFC kat area situ2.  Lepas makan terus balik rumah.  Selesaikan apa yang patut diselesaikan, makcik bersiap2  untuk pergi ke  I city central. Makcik ada buat temujanji dengan Thai Odyssey pukul 6 .  Selesai berurut di Thai Odyssey i city central.  Selesai berurut perut lapar.  Makcik ajak  Daus makan, dia cakap masih kenyang. Arghh tak peduli, makcik paksa  jugak dia makan. Makcik makan kat Nale, repeat kali kedua. He he he




NALE-I City Central

Nale central i city, selalu lalu lalang je, akhirnya singgah jugak makan




Tempat makan yang selesa dengan banyak ruang, memudahkan kita untuk bergerak ke sana ke sini


Daus minum Japanese green tea




Makcik minum pandan coconut.Sedap, bau wangi daun pandan





Daus makan indomie ayam  bakar, Daus cakap mee tu  rasa kosong. Nasib baik Daus order sambal,takde lah mee tu rasa kosong sangat. Ayam bakar  dan telur  boleh jugak  meningkatkan rasa  mee . Ceh wah, ada macam komen chef tak? he he he 




Makcik makan nasi lemak klasik, nasi lemak biasalah.he he he




makcik order sambal tempe ikan bilis, saje nak buat makan dengan nasi lemak 










Lokasi NALE
Central i city 
LG34-B
Shah Alam














Saturday 3 August 2024

Port lepak makan best area Petaling Jaya- Serai Paradigm Mall

 31 July 2024 Rabu, Makcik ambik cuti, ada urusan dengan pihak bank. Ikut badan yang tak berapa nak sihat ni rasa nak berehat sepanjang hari dekat  rumah . Pakkal ada urusan penting dengan pihak bank yang harus diselesaikan dengan kadar segera. Makcik gagahkan diri jugak pergi dengan ditemani Daus. Selesai urusan dengan pihak bank dalam pukul 12 tengahari. Perut takdelah lapar sangat. Memandangkan makcik dah buat tempahan  urut di Ayu Borneo pukul 1, jadi sebelum berurut kenalah isi perut sedikit


Makcik dengn Daus makan dekat Secret Recipe area bank yg makcik berurusan. Kami order menu yang ringan2 je. Tengok jam, dah pukul 12.15, takut tak sempat sampai Ayu Borneo pukul 1.Masa tengah makan, makcik call Ayu Borneo untuk tukar waktu berurut dari pukul 1 ke pukul 1.30.


Selesai makan, terus ambik grab pergi Ayu Borneo Bandar Sri Petaling. Selesai 1 1/2 jam berurut dalam pukul 3,terus ambik grab pergi Paradigm Mall. Selesai membeli barang keperluan, makcik ajak Daus makan dekat Serai. Salah satu restoran kegemaran makcik. 


Makcik suka Serai, menu dia sedap2. Menu dia pelbagai jenis masakan Malaysia  dari yang tipikal hingga spaghetti dan salad ada . Western , Masakan Thai dan dessert pun ada jugak. 

Halah2 buat2 tak perasan. He he he



Dah lama tak buat perangai, ambik gambar buku menu. He he he



Daus minum Milky bandung dengan Ais Kosong, makcik minum air suam je. 


Dulu, masa makcik makan di Serai dekat  Jaya Shopping Centre, makcik makan mushroom soup dengan garlic bread, sumpah sedap giler. Jadi makcik nak  repeatlah dekat sini, takde plak, menu soup bergilir2 mushroom soup  dengan pumpkin soup. Masa makcik order giliran pumpkin soup. Takpe lah janji sedap. Syukur Alhamdulillah


Makcik tak sedap perut, tak sedap badan, jadi makcik order comfort food , beef tenderloin noodle soup



 Daus cakap sedap.. Conformlah sedapkan, patty nya juicy Australian beef, double cendawan portobello, double cheese melt,grilled onion, tomato 




Daus makan  Double cheese burger served dengan steak fries





Serai Paradigm Mall
Lot-GB-15 & 15A, Ground Floor
Boulevard Paradigm Mall