Monday, 17 August 2020

Isnin datang tanpa diundang

Isnin  hari malas aku. Dengar bunyik alarm kul 5, aku bangun hanya semata-mata untuk ubah alarm ke pukul 5.45. Aku sambung tido.Ya Allah , tak laratnya nak bangun apatahlah lagi  nak masak. Aku  terus wasap akak  jual nasi lemak

akak ni suka tau,org  wasap  3 patah perkataan, dia jawab berjela2.serabut. aku tak balas pun, tak pandai aku  nak reka ayat.

Nak tak nak aku  gagahkan diri untuk bangun wat sarapan. Aku bukak peti ais, keluarkan roti baki hari tu ,ada tinggal 6 keping ,Cukuplah tuk 2 org anak bujang aku.


Aku didihkan air, dah mendidih aku masukkan telur  4 biji,rebus 7 minit. Aku perasan,aku ni sejenis yg tak tau mengagak, apa kejadahnya 6 keping roti , rebus sampai 4 biji telur.hurmmm malas pikir.


Telur tu aku lenyek2, letak mayonis, tabur sedikit garam ngan sedikit lada hitam berperisa aji shio.sambung lenyek sampai hancur.done. Sapukan permukaan roti ngan butter.Letak telur hancur, ratakan, katupkan roti.

Tada....siap brekpes.Syukur Alhamdulillah.

No comments: