Friday, 27 January 2017

Selamat membugilkan bulu dengan waxing

Sesaper  yang teringin membugilkan  bulu sempena  CNY boleh berwaxing di  Buluu wax Spa  Aeon Big Bukit Rimau  (Ground floor depan Watson) . Waxing ni ibarat membuang bulu secara nyaman, tercepat, termudah dan tidak membuat ketiak hitam .Cuma   lepas waxing , kulit akan terasa gatal dan beruam sikit tapi jangan risau  dua tiga hilanglah gatal dan ruam tu. Apa pun aku suka waxing sebab membugil  bulu sampai akar, bulu lambat tumbuh. Bulu yang akan kembali tumbuh pun bulu lembut dan halus gituuu.



Cik yuyi yang kenalkan aku  dengan Buluu wax sapa. Dia dah sain kontrak sampai mati  dah. Aku baru pestime nak cuba .

Buluu wax spa

Aku suka amoi  Buluu wax spa ni baik tak sombong, dia buat kita rasa selesa nak berwaxing .Dan yang penting dia terlatih dan  mengutamakan standard kebersihan gituuu.


Selepas berwaxing  bagai perut mesti lapar, jangan risau dihadapan Buluu wax spa ada Pak Hailam Kopitiam. Dekat situ  menu  best, servis best,  rasa pun not bad.






Sekian terima kasih. Selamat Tahun Baru Cina 2017 dan selamat  membugilkan  bulu dengan waxing.












Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .