Thursday 26 December 2013

ikan talang goreng cili cuba keluar dari klise "ikan talang masin"

Sebut saje ikan talang tentu berkait rapat dengan ikan kering@ikan masin dan sejujurnya aku belum pernah lagi makan ikan kering@masin talang  samada digoreng atau digulai. Kari atau gulai ikan talang masin ni  kalau tak silap aku  memang glamer  kat  belah utara terutama kat majlis kenduri. Cakap pasal gulai  tetiba  kecur air liur aku. Talang ni jarang dijual dipasar sebagai ikan basah atau mentah. Ia kurang permintaan dan tak popular seperti ikan lain sebab isinya agak tawar dan sedikit nipis . Tapi usah risaulah  jika kena cara masaknya  InsyaAllah sedap .

Ikan talang goreng cili
Bahan  sos, dari kiri ;  kicap cair, Kicap pekat keramel ,sos tiram dan sos cili  Life

Isi ikan talang yang telah digaul dengan kicap cair  dan dalam  bancuhan sebiji telur


Celupkan isi ikan di dalam tepung jagung satu persatu sebelum digoreng dalam minyak panas
Pastikan bahan tumis benar-benar layu dan naik bau
1) isi ikan talang yang telah diasingkan daripada tulangnya  dibasuh dahulu sebelum dipotong(anggaran 25-30 ketul isi ikan talang)
2) isi ikan talang dipotong sederhana besar (Anggaran 2cm & 3cm)
3)Gaulkan isi ikan dengan  kicap cair  kemudian di dalam bancuhan sebiji telur .Isi ikan tadi digaul dengan  Sebelum digoreng dalam minyak panas satu persatu..
4)3 sudu besar kicap pekat
5)4 sudu besar sos cili Life
6)3 sudu besar sos tiram
7)1 labu bawang  Holland [dipotong baji]
8)3cm halia [ dihiris bulat-bulat]
9)5 tangkai cili kering [dipotong 2cm]
10)Sedikit air
Cara menyediakannya
1)Panaskan minyak dan tumiskan halia, bawang besar  dan cili kering sehingga berbau harum[masa menumis better guna api sederhana]
2) Selepas itu masukkan sos cili dan sos tiram. kacau rata[better guna api kecil]
3)Masukkan kicap pekat , diikuti dengan isi ikan talang yang telah digoreng tadi [gaul secara kaup balik]
4) Masukkan sedikit air(anggaran 100ml) dan kacau sekejap
5)Tutup api dan angkat . Masukkan dalam bekas, kalau suka boleh taburkan daun bawang.

Kacau perlahan secara kaup balik sehingga  ikan dan bahan sos bergaul  mesra
 ikan talang goreng cili 












Tarikh : 25 December  2013, Rabu
Lokasi : Rumah sendiri






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )