Monday, 11 November 2013

Kuali ; Resepi sup ayam kampung tanpa MSG ; sambal kicap

Semenjak dua menjak ni, semenjak Yuyi dengan gula-gula hacks berdiet tanpa nasi , kononnya ...tak perlu lagi aku nak bersilat di dapur.Kalau masak pun masak yang simple -simple je macam sup sayur, ayam atau ikan  : ) yang penting makanan tu seimbang dan berkhasiat.  *aku tak de dalam senarai pendiet*

Dua hari lepas masa pergi rumah yuyi , aku sempat singgah ke  pasar tani  yang berdekatan .Selalunya kalau pergi sini aku memang tak pernah miss beli ayam kampung .  sambar dua ekor, sekor aku dah buat  sup yang sekor lagi ingat nak masak kari.

Resepi sup ayam kampung tanpa MSG
Carrot, kentang , dan tomato cherry honey
Bahan-bahan tumis
seekor ayam kampung sederhana besar
jangan lupa tumis bahan tumisan sehingga garing dan naik bau
Bahan-bahan
1)sekor ayam kampung  di potong sederhana besar dan dicuci berseh
2)5 ulas bawang merah dan 4 ulas bawang putih, 2cm halia dikupas kulit dan diketuk kasar
3)1 sup bunjut adabi
4)sebatang kayu manis dan 3-4  kuntum buah pelaga
5)1 1/2 sudu besar rempah sup adabi(dibancuh dengan sedikit air)
6)1 liter  air
7)3 biji kentang sederhana besar  dan sebatang carrot sederhana besar dikupas kulit dan dipotong baji
8)lebih kurang 15 biji tomato chesrry honey
9)1 1/2 sudu besar rempah sup adabi(dibancuh dengan sedikit air)
10)Sedikit hirisan daun saderi dan daun bawang
11)Garam
Cara menyediakannya
1)Panaskan kuali dengan  sesudu  minyak  kemudian tumiskan bahan 2,3 dan 4 sampai naik bau
2)Setelah semua bahan tumis naik bau, masukkan rempah sup  diikuti dengan kentang , carrot , tomato dan ayam.Kacau sebati semua bahan
3)Bila bahan dah sebati masukkan air. 
4)Reneh sup ayam dengan api perlahan  hingga ayam ,carrot dan kentang empuk
5)Kaup sebarang buih dan minyak daripada sup ayam mengunakan senduk
6)Akhir sekali perasakan dengan garam.Tutup api dan taburkan dengan  hirisan daun bawang &  daun saderi.

Sambal kicap
Bahan-bahannya
1)15biji cili api
2) 2 ulas bawang putih 
3)Kicap kipas udang lemak manis
4)Sedikit kicap cair
Cara menyediakannya
1)Kisar sampai lumat  cili api bersama bawang putih  
2)Masukkan bahan kisar ke dalam bekas dan curahkan  kicap kipas udang lemak manis diikuti dengan sedikit  kicap cair.
3)Kacau rata
4)Sedia untuk dihidangkan

nak jugak sup yam kampung tanpa sambal kicap
Sup ayam kampung dengan sambal kicap











Sekadar luahan hati


Seburuk-buruk aku pun, aku sedar dimana aku berada dan  berpijak ketika ini.InsyaAllah setakat ni  belum pernahlah lagi  aku  mengagungkan & memuja-muja bagai nak rak orang luar berbanding  ahli keluarga sendiri.Kalau tak makan cabai burung kenapa rasa pedas????????Tulah susah jugak kalau terlebih pandai dan kedepan ni kan. 













Tarikh : 10 November 2013, Ahad
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : Juadah makan tengahari









Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang