Friday, 30 August 2013

Rumah terbuka Aidilfitri 2013 Datin Ros di Pandamarans Height.....ko ado

Lama sungguh rasanya  aku  tak  berkunjung ke open house teman ofis . Seingat aku lah,  kali terakhir  aku ke open house rumah Datin Odah   masa hari  raya tahun lepas.  I love  that time , walaupun datin Odah dah pergi meninggalkan company besar namun  dia tetap dihati ku. *Cakap sambil kesat air mata*. Barang lepas jangan dikenang kalau dikenang tentulah sedih ye dak.

Berbalik pada cerita  open house Datin Ros, maka petang  sabtu yang   lepas bergondong -gondonglah kami anak beranak  menerjah open house rumah Datin Ros. Anak-anak aku ni memelik, jemputan open house kawan sekerja dorang tak nak pergi  tapi bila ajak ke open house  kawan aku laju je dorang nak  ikut. Next... tak de sesiapa ke  nak jemput  aku  ke open house minggu ni???? *dasar nak makan free*


Rumah terbuka  Datin Ros  terletak di Pandamarans Height  atas sikit Damansara Height

Fesyen rambut anak muda zaman sekarang ni....
Datin Ros dan Datuk Zul
Siadik tak puas hati setiap kali  aku ambik gambar siakak dengan siabang ketika siadik sedang leka menonton tv  siakak dengan siabang  mengambil kesempatan bergambar
Sampai je aku terus bedal biskut yang bertanda anak putih. cer teka biskut apa? arghhh lambatlah korang ni teka .jeng  jeng  kuih tiram dengan tart nenas
Yuyi beli baju kebaya ni  bulan 12  tahun lepas selepas  hampir setengah  tahun  terperap  dalam almari dia baru nak pakai   masa  open house rumah kawan aku sabtu lepas ,  sabau jelah.............
makcik tempe and family  with   ofis fren. pui pui  nak terbelit  lidah aku bila  bercakap bahasa omputih.Awat muka makcik tempe macam cucuk  sana sini????
makcik tempe's family
Yuyi bajet cun, glurpppp
Juadah  open house  disediakan oleh Baizurah katering, tak gitu datin Ros  kalau info ni salah minta maaf ye
glurppppp Dibawah khemah disuatu sudut  berkali-kali aku   menelan air liur  .Aku hanya mampu memandang dengan pandangan yang kosong  ketika rakan yang lain  sedang enak meratah  kambing panggang *realitinya makcik ketinggian darah *
Gambar juadah ku cilok dari facebook datin Ros


Datin Ros belah kiri ; sedang melawat kawasan jajahan untuk memastikan majlis open housenya berjalan lancar.
Daging Palembang air tangan datin Ros makan dengan nasi himpit sedap wa cakap lu
Yati sweet 17, gula gula  hacks sibuk nak usha (perkataan usha bermaksud kacau , tackle adalah perkataan era 70an-80an)
Gendang gendung tali kecapi
Kenyang perut senang hati

Akhir kata terima kasih daun keladi, kalau sudi lain kali jemput lagi : )








Tarikh : 24 Ogos 2013, Sabtu
Lokasi : Pandamarans  Height
Peristiwa Open house Datin Ros & Datuk Zul





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang