Tuesday, 2 July 2013

Resepi ayam black pepper lazi ; resepi simple dan mudah

Pada suatu malam , aku buat ayam black pepper untuk juadah makan malam. Suami dan firdaus  tak nak makan .Masing dah mengantuk, kenyang bagai  bila ayam  siap dibakar maka  aku pun terus simpan ayam bakar  tu dalam tudung saji. Dari dalam bilik aku  dengar bunyi tudung saji  dibuka  tutup. Aku mengintip dari lubang kunci .Rupa-rupanya Firdaus curi-curi makan ayam yang aku bakar tadi.

Keesokkan harinya Gula -gula hack  dengan yuyi  datang rumah aku . Sampai je rumah dia terus bukak tudung saji  "Mak masak apa tu? macam lain macam je, " tanya yuyi sambil membelek ayam bakar  baki makanan malam sebelumnya.Dia semakin berminat  ingin bertanya.Mungkin dia pelik dengan keadaan sayur yang semakin kecut selepas   dua kali diperhangatkan.

"Alahhhh masak besa-besa je.Ayam black pepper plus sayur, 2 +1 nama diberi." Aku tersenyum sumbing.Ayam tu tak menarik perhatian yuyi untuk makan. Tudung saji ditutup kembali.  
 

Bahan perap untuk separuh ekor ayam


1)Bahan kisar ; 3 ulas bawang merah + 3 ulas bawang putih + 2 cm halia
2)1tbsp kicap cair
3)2tbsp brown sugar atau 2 tbsp madu
4)2tbsp lada hitam dikisar sederhana halus
5)1tbsp sos tiram

Perap ayam dan ikan bersama bahan perap selama 3 jam atau ikut suka berapa lama  korang nak  perap.Kelar-kelarkan di bahagian yang agak tebal terutama di bahagian peha.Bakar ayam pada suhu 190 darjah celcius selama 1 jam . Lebihan bahan perap tu kita  simpan nanti boleh  kita campurkan ke  dalam black pepper sos .

Inline image 3
untie lazi perap dalam bekas  yang dicaber dengan pelastik



cadangan untie lazi untuk orang yang lazi macam untie lazi 


Inline image 4
Bahan-bahan untuk black pepper sos
1) Lebihan bahan perapan
2)2 tbsp sos tiram
3)2tbsp sos tomato
4)3 tbsp black pepper yang dikisar sederhana
5)1 kiub pati ayam
6)2tbsp brown sugar

masak dalam periuk bersama ngan 300 ml air hingga agak mendidih.Sebelum angkat pekatkan black pepper sos ngan bancuhan air tepung ubi.


Inline image 5


cadangan hidangan ; curahkan black pepper sos  ke atas ayam black pepper





Sekian terima kasih



 
Ikhlas dari untie lazi.

Untie lazi cakap adakala diam itu lebih membawa maksud dari berkata-kata : )
















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang