Friday, 26 July 2013

juadah sahur : Langkah demi langkah membuat nasi goreng kampung yang sedap

Tajuk yang ala ala memuji diri sendiri tu aku harap korang dapat menerimanya dengan hati yang tabah. Jika terasa macam nak termengutuk aku maka cepat-cepatlah kembali mengingati bulan Ramadhan ,bulan yang penuh  berkat ini adalah bulan kita mengandakan kebajikan,no mengumpat no mengutuk ye kengkawan ku semua*mata ke atas tangan kat dada*

Okey okey nak resepi nasi goreng kampung sedap buat juadah sahur tak?kalau nak syyyy jangan ngumpat aku dosaaaa.Kalau korang nak mengumpat juge sila banyakkan beristigfar dan berwirid.


Bahan-bahan untuk membuat nasi goreng kampung yang sedap

1) dua biji telur
2)3-4 batang sawi hongkong-disiang dan dibersehkan
1)7-8 ulas bawang merah-dikisar kering
2)lebih kurang 10 biji cili api-dikisar halus
3)sengenggam ikan bilis-dibersehkan dan dikisar kering
4)secubit serbuk perasa

Nasi sejuk /nasi baki makan malam digaul sekata dengan sedikit garam
Cara menyediakannya
1)Tumis bawang kisar hingga naik bau dan agak garing
2)Tumis cili kisar hingga agak garing
3)tumis ikan bilis kisar hingga naik bau


4)ketepikan bahan tumis ketepi kuali, pecahkan dua biji telur dan kacau hingga agak garing
5)Masukkan sawi hongkong-kacau sekejap
6)Besarkan api dan masukkan nasi sejuk.Kacau dan balik-balikkan supaya nasi bergaul mesra dengan bahan tumisan.
7) Bila nasi goreng dah mengeluarkan aroma yang membangkit selera , masukkan serbuk perasa kemudian  kacau hingga rata
8)Selesai tutup api dan angkat

masa menumis guna api sederhana dan sentiasa mengacau dengan rapi



Nasi goreng kampung sedap dimakan bersama ikan bilis goreng
                                                               Deep fried ikan bilis 
                         Simpan ikan bilis goreng dalam bekas kedap udara supaya tak lemau/masuk angin

nasi  goreng kampung ; Cadangan hidangan juadah sahur : )



Tarikh : 25 July 2013, Khamis
Lokasi : Rumah
Peristiwa : Juadah sahur


Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang