Monday, 7 January 2013

Status pemilik blog malam ni................


Rock will never die , aku setuju sangat dengan statement cheryl samad pengacara Anugerah Juara Lagu yang ke 27  tu. Cuma yang aku tak setuju lagu Mohd Faizal Maas menang tempat ketiga. Lagilah bila lagu dia tu dibawa oleh penyanyi yang aku memang tak berapa nak berkenan  . Ha ha ha kepada  peminat penyanyi tu  tolong jangan marah dengan statement aku ni. Biasalah tu  politik ada dimana-mana saje. Tapi aku still berasa gembira bila  lagu ombak rindu pulang dengan tangan kosong. Itu yang penting. *mata pandang atas tangan di dada*


Bila melihat persembahan Amy Search dan Joey BPR tadi otak aku duk menerawang teringat  peristiwa aku bersama 3 orang teman sebilik  curi-curi keluar asrama hanya  semata-mata untuk menyaksikan dorang buat persembahan  kat  tapak fun fair. Jangan pandang keji ye, zaman aku dulu fun fair meriah happening gitu. Sila percaya , masa aku kat  funfair tu,amy search yang pada masa tu berbaju lengan panjang putih dan berseluar ketat  kaler putih berbelang hitam lalu kat depan aku  . Tak sia-sia aku curi-curi keluar asrama.


Sekian saje cerita aku dan Anugerah Juara lagu ke 27.............






bye bye bye bye















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang