Thursday, 3 January 2013

ketua darjah, ketua pengawas sekolah, supervisor, atau line leader

Setiap orang mungkin pernah mengimpikan untuk menjadi  ketua kelas, ketua pengawas sekolah , supervisor , line leader tak  pun manager kilang .Seriously aku tak pernah ada  impian tu semua .Aku tak kisah pun dengan orang yang mempunyai impian menjadi (bajet-bajet) ketua kelas , ketua pengawas , ketua pasukan  di sekolah atau bajet-bajet nak menjadi  supervisor, line leader, dan ketua di kilang  mahupun di pejabat .

Tapi apa yang sedihnya bila  impian orang-orang tersebut tak tercapai mulalah mereka cuba nak menjadi ketua kepada masyarakat sekeliling.Petang semalam aku telah menjumpai orang-orang tersebut.
Beratur tu perkara biasa.


Masa aku dengan yuyi sedang  terintai -intai mencari Firdaus kitaorang hampir panik, terkejut disergah oleh seorang perempuan berbaju kurung biru  yang umurnya  lebih kurang sebaya aku "tahun lepas anak kelas mana." lagak seperti cikgu.  "tahun lepas dia 1 cemerlang,"aku seperti dipukau membiarkan harimau itu menerkam tanpa bertindak. "oh kalau macam tu tak lari dia mesti dua cemerlang."Harimau itu menerkam lagi. Kali ni aku kena bertindak mengikut arahan akal fikiran "awak ni cikgu ke?" Harimah tunduk "tak lah."

The moral of the story impian  dan harapan  perempuan berbaju kurung biru   hendak menjadi sebagai ketua kelas atau   ketua pengawas masa dia sekolah dulu tak pernah tercapai.Katanya yuyi

 Masa kitaorang sampai kat kedai makan ni  semua meja penuh. Nasib baiklah ada sorang pakcik India baru je habis makan. Toleh kiri  toleh kanan kitaorang  terus  cop tempat. Sementara menunggu tukang ambik order sampai  Yuyi lap kan  meja makan kitaorang.Aku pulak tolong  ketepikan  pinggan dan gelas pakcik India tadi . Tengah leka berbual kitaorang hampir  terkejut  disergah dengan suara garau oleh sibaju belang  "lenkali jangan campurkan pinggang dengan gelas, kami basuh gelas kat depan, pinggang ni pulak kami basuh kat belakang, bla bla bla bla." Malas aku nak taip panjang lebar.Perlukah aku kisah dengan semua itu?

The moral of the story impian  dan harapan sibaju belang  hendak menjadi sebagai ketua kelas atau   ketua pengawas masa dia sekolah dulu tak pernah tercapai.Katanya yuyi

Firdaus tengah kusyuk baca buku sekolah .Wajib order air barli kalau makan kat sini
 Firdaus suka bihun goreng 
 mee hailam  untuk aku dengan gula-gula hack
 Masa gula-gula hack kecik dulu  jangan haraplah dia nak makan kat kedai ni. Dah besar nilah dia cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran kedai ni. Siap lap sudu garfu tu : )
Ni  kueh teow  kerang terbakar ; korang belum pernah rasakan?



Last kopek , aku hampir terlupa untuk menyebut nama biskut empat segi dalam senarai orang tersebut. Pagi ni je aku dapat dua miss call,  1 sms dari dia  . Bapak kaulah, ko ingat ko saper nak arahkan aku. Suami aku tak mengarah-arahkan aku macam tu. Silap oranglah  ko.Fed uplah aku nak melayan keranah orang macam ni. Sangkaku  dalam tahun 2013 dia boleh ubah perangai sial dia tu. yang ado baru  3/1/2013 maintain sama.Oh lupa tambah biskut empat segi  ni pengikut setia , okey  aku namakan dia badak berendam di sini , yang ado  tanpa jemu dan tanpa rasa bersalah boleh  pulak  call aku masa aku tengah bercuti ni. Hari tu dia merengek sebab  31/12  tak keluar  bonus., hari ni apalah pulak  agaknya dia nak?




Sekian saje cerita aku dan ketua kelas, supervisor, manager ....the moral of the story tak semua orang yang suka kena sergah, cer bagi salam dulu sebelum sergah orang.


Dari makcik yang tak suka dengan  orang yang cuba nak mengatur-aturkan hidup orang lain.




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang