Showing posts with label Marisa Yong tau fu. Show all posts
Showing posts with label Marisa Yong tau fu. Show all posts

Friday, 5 July 2024

Marisa yong tau fu sup tak pernah tak sedap

 Salam Jumaat, Dalam minggu ni je, 2 kali repeat  nasi goreng ayam marisa, Ekceli marisa dia punya  siganature dish  yong tau fu sup, tu yg nama kedai dia marisa yong tau fu sup. 

Dulu makcik selalu order marisa  kat grab tapi lately ni macam suka plak walk in kedai dia. Selera sikit, makan panas2. Selain dari makanan goreng2, marisa, ada laksa, mee kari, bihun soto, nasi ayam, berjenis-jenis asam pedas, banyak lagi. Kalau nak tau gi sendiri. 



Marisa buka 10.30 pagi tutup 10.30 malam



Budak cut sugar, tiber nak minum air sirap bandung


Masa Order wajib mention "nak ayam peha,takde peha, thigh pun boleh". Thigh  mesti nak cakap omputih sebab dalam dlm BM tak tahu nak sebut apa. Ha ha ha



Sup sedap, hirup panas2. Nasi goreng ayam sedap cukup rasa, ayam goreng isi dalam lembut makcik . rating 10/10




Marissa yong tau fu sup
222,Jalan Sungai Berteh
Jalan Teluk Pulai
Klang
Selangor Darul Ehsan
41250


Thursday, 29 November 2012

obsessed dengan kecantikan ?? tak lah ikan , tempe dan yong tau fu je

Aku sendiri pun tak tahu macam mana  dalam banyak-banyak makanan yang melambak kat Malaysia ni  aku boleh begitu obsessed  dengan ikan,tempe dan yong tau fu .Tak kiralah samada yong tau fu sup atau bersambal, ikan pulak  mestilah  yang distim atau berkuah dan tempe dah semestinya tempe goreng cili.

Berbalik pada cerita yong tau fu ; Malam tadi suami bawak aku ke kedai ayamas untuk  beli  ayam honey atau  ayam black peper  untuk dia. Kebetulan plak masa pergi ayamas tu suami lalu kat depan gerai Marisa Yong Tau F apa lagi bila terpandang je ayat "yong tau fu " je  aku  ajak suami balik ambik Firdaus kemudian terus bawak makan kat situ.excitedkan : )

 Terima kasih kepada Ambrynaa yang sudi menaja gambar untuk entry kali ni: )



Marisa Yong Tau Fu Sup 
 Simpang Empat 
Teluk Pulai, Klang

Bermacam-macam pilihan yong tau fu di Marisa ni. Rambang mata dibuatnya.

Yong tau fu sup yang  aku makan malam tadi lebih kurang macam ni. Yong tau fu sup ni yang specialnya ia dihidang bersama sos/kuah yong tau fu. Ikut cara tekak kitalah nak makan cara macam mana sekalipun.

Masa ni suami tak nak makan dia kata dia kenyang lagi. Aku orderkan  untuk Firdaus jelah  nasi goreng cina dan ayam goreng seketul.Tapi sekali nasi goreng cina yang aku order tu sampai mak haih aku nampak  cili api lebih kurang 1/2 cm  merata alam.Aku asingkanlah cili api yang ada pada nasi goreng tu tapi belum pun habis  aku asingkan suami aku terus ambik nasi goreng tu  dan  kemudian  dia suruh aku order  nasi goreng yang sama cuma tak nak  letak cili api.Tapi dari wajah suami aku yang sedikit kelat tu  aku dapat mengagak apa yang sedang bermain dimindanya. Aku tahu  mesti dia bengang dengan perempuan yang ambik order tadi sebab tak alert dengan benda-benda cam tu.......takkan lah dia tak  tahu yang  nasi goreng tu untuk kanak-kanak .Aku kenal sangat dengan suami aku........... kalau dia  diam je maksudnya dia benganglah tu.



Pesanan khidmat masyarakat penyayang


putubambu  ; apa khabar? nak tunggu tahun 2013 ke baru nak update blog?





 Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .