Wednesday, 19 February 2025

Semuanya cerita tentang Ah Cheng Laksa : Ah Cheng Laksa update secara pukal

 16 Feb 225(Ahad) Throwback Ah Cheng Laksa Sunway Pyramid 

Petang ahad, lepas cik yuyi dengan cucu balik, makcik ajak Daus potong rambut. Makcik tengok rambut dia dah panjang, makcik cakap dengan Daus, Selasa  final exam STPM, eloklah potong rambut supaya nampak fresh dan kemas. Mulanya dia tak nak, mungkin sebab dah petang. Tapi last-last dia setuju. Dia nak potong rambut kat Huuk, tempat yang dia biasa potong. Selalunya dia pergi Huuk di Pavillion Damansara, tapi kali ni dia pilih Huuk Sunway Pyramid. Dah dekat pukul 5, makcik bawa dia pergi Sunway, dekat je dari rumah makcik. Sebelum keluar rumah, makcik dengan Daus makan dulu, sebab lapar, tengahari  tak makan.

Entah kenapa, bila tengok Sunway Pyramid, hati ni jadi sayu. Tiba-tiba makcik teringat masa cik Yuyi dengan Afis, anak bujang no 3 masih kecik. Makcik selalu bawa dorang jalan-jalan kat sini, lepas tu makan kat Manhattan. Lepas penat jalan-jalan, makcik bawa dorang makan kat Manhattan. Afis sejenis yg suka minum milo ais. Setiap kali makcik tanya dia nak minum apa, mesti dia jawab milo ais. Makcik pun soundlah dia, datang jauh-jauh, rugi minum milo ais fis. Cepatnya masa berlalu, besar dah anak makcik. Umur dorang sekarang dah masuk 30-an, masing2 dah bekeluarga, kecuali Afis ngan Daus, masih single.

Sementara Daus gunting rambut, makcik pegi Jaya Grocer beli barang dapur. Selesai makcik beli beli barang dapur Daus pun  selesai gunting rambut. Kitaorang jumpa  satu tempat. Sebelum balik, makcik ajak Daus makan, perut taklah lapar, saje2 nak makan sikit. Awalnya nak makan Dolly Dim Sum, tapi lepas makcik teringat mee kari Ah Cheng Laksa, terus cancel makan Dolly Dim Sum. Jom dik, kita pergi Ah Cheng makan kari laksa!! 

Lelaki lepas gunting rambut. Ha ha ha


Minum air mineral je


mee kari, chicken roll, puri pisang






Sambal untuk makan dengan mee kari




Dekat Ah Cheng Laksa ada Junior mee kari


22 Dec 2024(Ahad) Throwback Ah Cheng Laksa I city Central


Makcik tak masak hari ni, Cik Yuyi bawak pergi I-City Central. Sampai sana, dia ajak makan kat Sushi Zanmai. Sebenarnya, makcik tak berapa minat makanan Jepun atau Korea ni, tapi sebab anak cucu suka, sesekali layankan selera dorang.

Lepas makan, kitaorang masuk SOGO, shopping sikit. Sebelum balik, singgah Ah Cheng Laksa, isi perut lagi. Haa, cerita hari ni banyak pasal makan je! Nanti kalau ada masa, makcik update  cerita makan2 kat sushi zanmai





Budak bertuah ni tak sah  kalau tak buat muka pelik, masa org ambik gambar . He he he






air mineral  untuk membilas segala minuman manis. arwah mak pesan lepas minum manis bilas ngan air putih.ha ha ha 


Daus minum  air longan


Cik Yuyi  order kari laksa junior, roti kaya,. Makcik tumpang sekaki. Kari laksa memang padu, sedap gila! Banyak kerang lembut




ABC




Pan mee sup tuk cucu



puri pisang, makan masa  panas  sedap



Feveret cucu





Rojak , cik yuyi  suka



tiber nak order keropok lekor




24 Dec 2024 (selasa) throwback) Ah Cheng Laksa Nu Sentral

Dah check-in kat Le Meridien KL, naik bilik simpan barang semua, pastu makcik ajak Daus pergi Nu Sentral. Kitaorang jalan kaki je, sebab Le Meridien ni memang sebelah KL Sentral/Nu Sentral, siap bersambung lagi.
Sampai Nu Sentral makcik cari Ah Cheng Laksa makcik bagitahu Daus yang makcik teringin nak repeat kari laksa Ah Cheng, rasa tak puas makan haritu kongsi dengan akak dekat Ah Cheng  I-City Central.



Senyum dapat minum air longan



Daus order chicken roll ngan ayam goreng



Daus dan air longan berpisah tiada






Kari laksa ni memang kaya rasa, cuma mcm kurang kerang, sebatu satu tak mcm kat i city central. Nama kedai sama, tak semestinya rasa sama, air tangan tak sama nyah Ahhh gitew












Thursday, 23 January 2025

Qi Odyssey | Reflexology & Teahouse Setia City Mall-tempat berehat dan memanjakan diri terbaek

10/1/2025 (Jumaat) - Throwback. Makcik dah rasa bosan, asyik pergi berurut di Ayu Borneo dan Heathland je. Alhamdulillah, akhirnya jumpa tempat baru untuk healing sambil berurut. Kebetulan hari Jumaat, 10/1, makcik ada urusan di Setia Alam. Makcik ajak Daus teman makcik ke sana. Lepas urusan selesai lebih kurang pukul 4.30 petang, makcik ajak Daus singgah di Setia City Mall. Dah lama tak pergi mall ni. Sebenarnya, mall ni agak jauh dari rumah makcik, sebab tu jarang sangat datang. Biasanya, makcik singgah kalau ada urusan di kawasan Setia Alam.

Sampai Setia Alam, makcik bagitahu Daus nak cari kek sebab teringin sangat nak makan. Daus ajak pergi Secret Recipe. Makcik pun ikut dia cari Secret Recipe. Masuk je, makcik terus scan QR code dan order online. Makcik order  red velvet kek, Daus pula order chocolate lava dengan aiskrim. Mula-mula memang plan nak makan kek je, tapi bila tengok menu, terus tambah order. Makcik ambil Caribbean Style Fish Fillet, Daus pula Buttermilk Chicken Chop. Minuman, makcik order air suma, Daus pilih Floral Lychee Cooler. Gambar makan2 takde.Jemu ahhh ambik gambar kat Secret Recipe. Lepas dah kenyang makan, terus pergi Qi Odyssey.

Makcik suka sangat suasana di Qi Odyssey ni. Dengan dekorasi dalaman Cina yang moden, bukan saja ada urutan, tapi ada teh Cina dan snek sekali. Memang tempat yang sesuai untuk cari ketenangan dan manjakan diri.


Makcik cadangkan korang buat tempahan kalau nak rasa pengalaman unik macam urutan, rendaman kaki, dan skrub. Memang berbaloi, staf kat sini pun sangat mesra. Penyambut tetamu pun peramah gila, siap sudi jawab semua soalan kami dan kongsi maklumat pasal harga dan perkhidmatan. Dia tahu betul apa yang ditawarkan. Makcik dengan Daus pilih urutan Monks Feet Massage selama 60 minit. Makcik memang suka sangat, terapis kat sini sangat profesional sepanjang sesi.

Kalau nak cuba urutan dengan terapis yang berkemahiran, tempah sekarang! Qi Odyssey ada promosi Tahun Baru Cina 2025—diskaun 30% untuk semua rawatan urutan. Jangan lepaskan peluang!











Reka bentuk dalaman yang cantik. Kemas dan bersih.



Makcik suka sangat suasana di Qi Odyssey ni. Dengan dekorasi dalaman Cina yang moden, bukan saja ada urutan, tapi ada teh Cina dan snek sekali. Memang tempat yang sesuai untuk cari ketenangan dan manjakan diri.


Kat sini ada macam-macam jenis teh, termasuk teh premium, dengan makanan ringan yang sedap untuk korang lepak santai kat Qi Odyssey. Memang best kalau nak enjoy sama-sama dengan yang tersayang sambil rileks!


Rendam kaki, urut, dan refleksologi kat sini memang best! Makcik rasa super selesa.


Makcik dan Daus pilih rendaman kaki Chinese Herb Bomb/Argyl. Memang pengalaman yang menarik! Secara keseluruhan, makcik puas hati. Terapis makcik memang hebat, langsung tak ada masalah bahasa. Tekanan urutan pun perfect—tak terlalu lembut, tak terlalu kuat. Suasana spa pun sangat tenang, dengan muzik piano yang menenangkan. Akhirnya, ada juga spa yang bagus kat Setia Alam! Makcik sampai tertidur sebab terlalu selesa masa rawatan. InsyaAllah, makcik akan datang lagi! 



Suasana kat sini memang tenang dan selesa. Hidangan kecil yang disediakan pun buat makcik rasa dihargai.

Makcik dah pergi banyak tempat urut, tapi tempat ni paling best! Memang nak datang lagi. ♥️




Qi Odyssey Setia City Mall
L1-L105 Level 1, Setia City Mall 7
Persiaran Setia Dagang, Bandar Setia Alam
Seksyen U13, 40170 Shah Alam