Tuesday, 28 May 2024

Sedapnya makan ayam KFC OR panas2

25 May 2024 Sabtu, makcik ajak Daus temankan makcik gi AEON Bukit Tinggi,  beli wokpan. Sampai AEON, Daus  cakap nak potong rambut. Makcik hantar dia kat tempat potong rambut  kemudian   makcik gi beli wok pan ngan gi beli barang basah  kat market 1st floor. Lepas selesai beli barang, Daus call makcik, dia bagitau dah siap potong rambut. Makcik suruh dia turun ke market . Selesai bayar barang, makcik ajak Daus makan KFC. 


Saper suka makan panas2 ayam KFC OR thigh & drumstick, angkat tangan. Tiber teringat pestime  makan  ayam KFC OR kat KFC Jalan Taiping Klang. Masa tu makcik form 5. Demi nak makan kfc, makcik  tibai dulu  duit yuran asrama makcik. Lepas tu jenuh menganti
. Huk huk huk

Wajib ambik  Sos cili



Makcik suka makan coleslow  ngan whipped potato campur sos cili



 

Thursday, 23 May 2024

Warung Roti Canai Shahril. Roti canai mak mertua no. 1 shedap, shahril no 2

 19 May 2024 sabtu kul 8.45 pagi Daus ada latihan menari untuk persembahan hari guru Jumaat ni. Jadi sebelum dia gi latihan makcik ajak dia sarapan dulu kat warung shahril. Daus suka ayam goreng shahril. Makcik sampai org tak ramai lagi. Lega, boleh duk sesuka hati, yg penting ayam goreng panas bertimbun. 



Warung roti canai  Shahril, kul 7.30 pagi dah penuh orang. Makcik datang pepagi sebab nak cop tempat ngan cop ayam goreng  baru angkat daripada kuali. He he he

Warung roti canai sahril  betul2 berhadapan dengan Tanah perkuburan Selat Kelang 


Model blog makcik, redho je Daus



Daus tengah cut sugar.  Makcik je ntah bila  nak cut sugar. Setiap pagi  meronta- ronta nak minum  nescafe tarik


Wajib makan 2 keping
Daus suka makan ayam goreng sahril. Sedap betul. 


Makcik makan nasi lemak telur mata, sambal kerang. Sedapnya sambal kerang dia





Warung Roti Canai Shahril
37, Jalan Sireh Tamabahan 16
Kampung Sungai Sireh Tambahan
42000 Pelabohan Kelang
Selangor Darul Ehsan