Friday, 5 July 2013

sehari tanpa nasi lemak aunty cat lovers ; Idea kreatif untuk menu sahur

Aku set  alarm handphone pukul 4.30pagi  dengan harapan agar aku  sentiasa rajin menyediakan  sarapan pagi buat keluarga pada setiap hari . Harapan tinggal harapan ,setiap kali alarm  berbunyi aku dengan selambadak matikan alarm kemudian tidur  balik.Itulah diriku semenjak kebelakangan ni. Ku akui yang aku tak serajin dulu tapi masih berbisa membuat mereka menelan air liur sendiri apabila melihat juadah yang aku masak terutama di bulan Ramadhan. InsyaAllah , bulan Ramadhan ni aku tak perlu khuatir tentang kelaparan apatahlagi kepedihan perut kerana dengan ber-wirid mengunakan   tasbih hadiah dari mama kak limah ia dapat memberi energy lebih pada tubuh  ... tak gitu kak limah???

Semenjak dua menjak ni aku selalu letih ,lesu,malas,  sampai satu tahap bercakap  pun aku  rasa penat, mungkin faktor umur agaknya atau aku dah tak lama lagii. Sejujurnya aku sendiri agak  jengkel dengan statement  sendiri : ( Tapi tak pelah dalam seminggu ni  ada sehari aku istiqamah bangun awal ,   Alhamdulillah  hari isnin hari tu aku tersenyum puas dapat  menyediakan nasi goreng  untuk suami dan  Firdaus. Rasanya tak sanggup  dah  hampir setiap pagi  menyaksikan   mereka  menala  nasi lemak sendu sendawa  aunty cat lovers  depan rumah .

Nasi goreng kampungku ; masak dari hati InsyaAllah pasti jatuh dihati


Bila dah goreng nasi pandai-pandailah goreng ikan bilis

Habit suami dan Firdaus  menala nasi goreng, bihun goreng dan mee goreng bersama ikan bilis goreng.

Bahan-bahannya

1)Semangkuk nasi sejuk digaul 1/2 sudu besar garam
2)7ulas bawang merah-hiris dan kisar kering
3)segengam cili merah pedas kebabom-kisar kering
4)segengam ikan bilis-basuh, disejat airnya kemudian dikisar kering
5)telur dua biji
6)secubit serbuk perasa

Cara menyediakannya

1) Panaskan minyak.,tumis bawang kisar sehingga naik bau
2)Tumis cili api kisar hingga pecah minyak
3) Masukkan ikan bilis kisar, tumiskkan sekejap  lagi
4)ketepikan bahan tumisan ke tepi kuali kemudian  pecahkan telur  -kacau  seketika sehingga telur agak garing
5)Setelah telur agak garing ,masukkan nasi dan kacau hingga sebati
6)Sebelum angkat masukkan secubit serbuk perasa

Menala bihun goreng bersama ikan bilis goreng. Kalau dia makan sesuap bihun goreng bersama dengan  sesudu ikan bilis goreng, korang rasa  tauke arnab pun jual kandang tak?. aku kasi binatang comel sikit tapi itu bukan tandanya aku  saiko






Tarikh : 3 July 2013, Isnin
Lokasi : Dapurku syurgaku
Peristiwa : Sarapan pagi

Wednesday, 3 July 2013

AKIL

Malam tadi aku sedikit bizi. Balik je terus masak untuk makan malam  sambil menyambil membasuh kain baju bertimbun-timbun Syukur Alhamdulillah dalam masa tak sampai 3 jam  segala urusan aku beres. Selepas segala urusan beres aku pun  terus masuk ke bilik termenung untuk mandi koboi. Selepas mandi koboi  dan menguruskan diri , aku terus masuk bilik . Masa tu  adik  tengah leka menyusun bongkah-bongkah  kayu dengan lego.Aku tanya adik.

"Malam ni adik nak tengok cd tak?
"tak nak lah,! kenapa mak tanya? mak nak tengok cd ke,?" tanya  adik sambil menyusun bongkah-bongkah kayu.
"ye, adik tolong bukakkan mak cd cite KIL." Malam tadi masuk malam kedua aku tengok cite tu.
"mak tengok cite KIL ni lagi? Adik tersenyum sambil  memasukkan cd dalam cd/dvd player.
"ye. kenapa,? adik  ada masalah ke?  Aku senyum jer kat dia  sambil membaringkan badan di atas katil.
"saja je,"jawab adik selamba 
"adik!! lepas main simpan elok -elok mainan tu  dalam bekas. Kalau boleh tolong  tutupkan  lampu tu sekali ye.Mata mak ni cepat silau."
Dalam tengah aku leka melayan siaKIL adik cakap nak makan nasi.Aku yang sedang   asyik mashyuk melayan  siAkil seolah-olah tidak mahu berganjak walau selangkah pun.......
"mak!!adik nak makan, "jerit adik dari dapur.
"okey!!I'am coming."   Aku bergegas keluar bilik menuju ke meja makan. Aku cedukkan nasi dengan lauk untuk adik. Demi  AKIL aku  paksa adik makan kat dalam bilik. LA LA LA LA LA



Adik yang pandai buat sepah tapi liat nak kemas
Terkangkang

Tengok KIL sambil mengudap  keropok kacang hijau 
                                                         
                                                          Hero dan heroin masa depan
Hero yang tidak  perlu aku  perkenalkan lagi 
Dalam filem ada filem