Friday, 20 September 2024

Absolute Thai, port lepak makan sedap-One Utama Damansara

 16 Sept 2024 Isnin(Throwback)  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Makcik dapat rasakan , dunia TT  bukan dunia makcik. Dunia makcik di sini, di blog. Sejujurnya makcik selesa selama berada di sini. Aman damai, Tak serabut perut, tak serabut kepala . Tak macam dunia TT, bukak2 je serabut nok. Ramainya manusia terpaling. Anda  nak terpaling apa, Anda namakan anda mendapatkan.Terpaling lawyer, terpaling doktor, terpaling chef, terpaling pakar, terpaling parenting, terpaling kak nam, mulut hansuang , korang nak jadi apa??? Boleh tak duduk diam2, jaga mulut, jaga adab. Sebelum mulut tu nak mencaci maki orang, muhasabah dan cermin lah diri dulu. Fuhhh lega, lama dah simpan.

Sabtu, ahad, senin, selasa kemana korang. Makcik makan angin dekat shopping mall. Saje jalan hirup udara segar. Terperap je dekat rumah, boleh giler dibuatnya. 



Absolute Thai One Utama
Dah lama tak makan dekat Absolute Thai, last makan ,tahun lepas Jun 2023 dekat Absolute Thai JPO Johor 

Daus ajar makcik, kalau nak dapatkan gambar yang cantik tik top, kita ambik gambar banyak2, yelah Daus mak mengikut arahan





Menu  banyak, makcik order yang biasa makcik makan


Siakap kukus dengan cili, bawang putih dan limau

Teh hijau Jasmine dan air suam



Salad mangga dengan udang kering, dia bagi free. Tiber murah rezeki makcik. Syukur Alhamdulillah




Kailan hongkong goreng kilas dengan bawang putih


Freshnya rasa mental health, body health makcik, selepas makan  siakap kukus dia, cukup rasa masam, pedas,manis, terbaek. 





Absolute Thai
1 Utama Shopping Centre
Lot  LG 351, Lower Ground Floor
Lebuh Bandar Utama
478000 Petaling Jaya
Selangor












Thursday, 19 September 2024

Restoran Dapor Che Lah , Port lepak makan sedap di Shah Alam

30 June 2024 Throwback(Ahad)   


Makcik search lauk kampung dekat Tik Tok, jumpa  tik tok Dapor Che Lah. Makcik forward  dekat cik yuyi. Makcik cakap dengan  cik yuyi teringin nak makan tengahari lauk2 kampung.Jemu, hari bekerja asyik makan dekat  kedai tomyam. Dekat area makcik tinggal, boleh kira dengan jari kedai makan jual lauk kampung. Kedai tomyam seafood bersepah. 

Demi makcik yang teringin  nak makan lauk kampung dihujung minggu,kenalah  cik yuyi kejutkan anak2 dia bangun awal.  Sebelum keluar rumah,semua orang  wajib isi perut dulu  mana tau kot2  jalan jam ke, tak lah kelaparan. Santai2 sudah.


Masa sampai Dapor Che Lah, hujan renyai. Orang boleh tahan ramai almaklumlah  waktu makan tengahari. Jenuh jugak mencari meja kosong. 



Belah bawah penuh, makcik suruh Daus naik dulu tingkat atas, cari meja kosong. Kami follow dari belakang. Syukur Alhamdulillah, dekat atas ada meja kosong


Talapia bakar datang bersama ulam ulaman, air asam cabai picit, kicap cili sedap, boleh repeat. 




Minuman ais kosong, barli ais, belah kiri sekali, makcik lupa air apa. Huk huk huk


Kami order set talam  siput sedut masak lemak, dalam talam ada siput sedut masak lemak, 1 jenis kerabu, kerabu jantung pisang, ayam kampung goreng, , ikan masin goreng, telur masin.   

Makcik cakap dengan cik yuyi, dia dengan Daus kurang  makan jantung pisang,telur masin, ikan masin, lepas ni kalau makan dekat sini, jangan order set talam, order menu yang dorang suka. 


Daus tambah order ayam goreng kunyit, terbaek



Siput sedut masak lemak sedap, cukup rasa


order tambahan untuk siantu, sup daging, pedas sikit, siantu tak makan pedas, pedas sikit pun , dia tak tahan. 


 Ayam kampung goreng dia sedap.Tu yang  kena kokak dulu sebelum makcik ambik gambar. 

Dapor Che Lah boleh repeat, Restoran 2 tingkat sudut tepi, ruang makan luas, bersih, ruang parking luas,menu lauk2 kampung sedap cuma  perkhidmatan agak lambat pada hujung minggu. Masa untuk makanan dihidangkan sedikit lambat jadi  Dapor Che Lah haruslah menambah baikan bahagian hidang menghidang. Pengalaman makcik sendiri, ikan talapia bakar dihidang selepas kami selesai makan. Apa2 pun Dapor Che Lah, makcik sekeluarga akan repeat. Insyaallah



Restoran Dapor Che Lah
87, Jalan Lawan Pedang 13/27
Seksyen 13
40100 Shah Alam
Selangor






Sunday, 8 September 2024

Hyatt Alila Bangsar Kuala Lumpur best hotel ever

 3 Feb 2024-4 Feb 2024(throwback) Sabtu & Ahad. 


Bulan Aug/Sept ni, makcik sibuk dengan pelbagai urusan. Salah satunya, urusan pindah rumah. Sejujurnya, berpindah diusia sebegini sangat  memenatkan fizikal dan mental. Tapi nak buat macam mana? pindah tetap kena pindah jadi terus pandang ke depan tak nak  banyak fikir. Go go chaiyok makcik. Ha ha ha

Cerita throwback comeback. Date throwback makcik  highlightkan di atas. Sebenarnya makcik dah lama teringin nak menginap di Alila  Bangsar tapi setiap kali tengok Agoda, full, kalau ada pun bilik  yang  boleh dikatakan mahal lah jugak. Mahal ni subjektif. Kadang tu bukan mahal tapi tak mampu atau tak perlu. He he he

Salah satu hotel kegemaran makcik. Reka bentuk yang cantik dengan gaya moden minimalis, bilik-bilik hotel semua berada di tingkat tinggi, dan lokasinya sangat strategik di Bangsar. Kakitangan hotel mesra dan peramah.  Yang penting boleh ke pusat membeli-belah dengan cepat menggunakan public transport.



Dari  rumah ke LRT  Subang, makcik naik Grab. Sampai LRT Subang, makcik ambil   LRT menuju ke LRT   Bangsar Bank Rakyat.  Dari  situ makcik berjalan kaki ke Alila Bangsar. Jauhnya 2 -3 minit  jarak berjalan kaki  dari LRT Bangsa ke Alila.



Masa ni  LRT  tak berapa sesak,  ada 2 3 tempat duduk  kosong


Syukur Alhamdulillah, masih sudi menemani makcik kemana-mana .he he he



Melangkah masuk LRT, semerbak bau aroma kopi

Owh lupa sebelum pergi Alila, kami  pergi Aquaria KLCC. Makcik beli tiket  dekat Agoda.Selepas menghabiskan masa lebih kurang 2 jam di Aquaria, makcik ajak Daus makan  dekat cafe dalam KLCC, lupa nama cafe tu. 


Kalau tak silap makcik, kami order nasi tomato ayam masak merah. 



Tiber nak makan roti canai . Sedap jugak roti canai dengan kuah dal dia. 

Selesai makan, makcik ambil grab pergi Alila Bangsar


Lokasi Alila Bangsar, sangat mudah diakses, berdekatan dengan bandar Kuala Lumpur dan terletak di kawasan KL Sentral yg popular dengan tempat menarik seperti Taman burung KL, Mid Valley Megamall, Muzium Seni Islam . Alila Bangsar di hubungkan terus dengan Stesen LRT Bangsar, ia juga terletak 1.2 batu dari NU Sentral dan stesen kereta api KL Sentral.




Permandangan Alila dari laluan pejalan kaki LRT  Bangsar Bank Rakyat.



Permandangan dari bilik kami 








Bilik  kat sini  terletak di tingkat tinggi (tingkat 35-40) dengan pemandangan yang indah ke sekitar Bangsar.  Dihiasi dengan suasana elegan dan berkelas dengan campuran logam kuningan, batu, dan kayu.

Satu-satunya kelemahan adalah lif, bingung dibuatnya,  lobi terletak di tingkat 41 dan bilik-bilik di bawahnya. Kita  perlu menukar dua kali lif untuk sampai ke bilik. Ok je janji  permandangan cantik







Permandangan dari bilik makcik  tingkat 35



Di tengah2 lobi tingkat 41



Laluan pejalan kaki


Lokasi sangat mudah;   boleh berjalan kaki terus dari Bangsar LRT Bank Rakyat ke Hotel  melalui  laluan beratap.



Bilik-biliknya sgt sunyi dan selesa















Makcik suka reka bentuk bilik di Alila, sangat moden. 


King bed studio, 1  king bed dan 1 sofa bed 





Alila guna botol kaca yang boleh diisi semula di bilik-biliknya, bukan botol plastik



Bilik  mandi dan tandas berasingan





Bilik mandi  sangat luas dengan sinki dua bahagian di bilik mandi.







Pool   bersih, senyap, permandangan   cantik. 


Tepi pool di sediakan  tempat rehat boleh baring2 sambil menikmati permandangan dari tempat tinggi gitu












Pemandangan yang menarik dari tingkat 40/41. Boleh melihat seluruh bandaraya KL dari dek kolam renang di tingkat 40. Suasana yang tenang dan menenangkan!



Gym dan hotel berpisah tiada. He he he


Beria2 Daus


 Mesin kopi serta makanan ringan disediakan di setiap tingkat hotel


Heaven sangat, kalau dekat rumah ada mesin kopi layan diri, macam ni



Lepas check out  dari  Alila Bangsar, makcik naik lrt Bangsar pergi LRT KL Sentral. Daus cakap dia nak cuba naik beam scooter dekat KL Sentral

Daus dah daftar dalam app sewa beam scooter, tapi  bila sampai lokasi beam, ada masalah dengan beam Hurmm tak tahu lah, samada beam bermasalah atau Daus tak tahu cara betul guna beam scooter. Kasihan Daus, tak dapat naik .Takde rezeki, lain kali pergi KL, naik ya







Alila Bangsar
58, Jalan Ang Seng
Brickfield
50470 Kuala Lumpur
Wilayah Perseketuan