25 May 2024 Sabtu, makcik ajak Daus temankan makcik gi AEON Bukit Tinggi, beli wokpan. Sampai AEON, Daus cakap nak potong rambut. Makcik hantar dia kat tempat potong rambut kemudian makcik gi beli wok pan ngan gi beli barang basah kat market 1st floor. Lepas selesai beli barang, Daus call makcik, dia bagitau dah siap potong rambut. Makcik suruh dia turun ke market . Selesai bayar barang, makcik ajak Daus makan KFC.
Tuesday, 28 May 2024
Sedapnya makan ayam KFC OR panas2
Thursday, 23 May 2024
Warung Roti Canai Shahril. Roti canai mak mertua no. 1 shedap, shahril no 2
19 May 2024 sabtu kul 8.45 pagi Daus ada latihan menari untuk persembahan hari guru Jumaat ni. Jadi sebelum dia gi latihan makcik ajak dia sarapan dulu kat warung shahril. Daus suka ayam goreng shahril. Makcik sampai org tak ramai lagi. Lega, boleh duk sesuka hati, yg penting ayam goreng panas bertimbun.
Warung roti canai Shahril, kul 7.30 pagi dah penuh orang. Makcik datang pepagi sebab nak cop tempat ngan cop ayam goreng baru angkat daripada kuali. He he he
Monday, 20 May 2024
Nandos, peberet selamanya
Saturday, 11 May 2024
Old Town White Coffee, Old town asam laksa sedap
4 May 2024 Sabtu, lepas brepes dalam kul 10, makcik ajak Daus gi AEON Bukit Tinggi, nak tukar sreen protector hp makcik yg dah separuh terkopek.
Selalu gi naik grab, tiber rasa nak suruh Daus bawak makcik naik motor.
Sampai AEON makcik masuk 1 kedai yg ada wat servis pasang screen protector tapi tak boleh finger print plak. Makcik masuk moss concept store, lega dia ada screen protector yg boleh finger print. Mantaplah moss, teliti kerja dorang. Ada bubble sikit, dia ulang wat. Ambik masa lama tapi berbaloi. Lepas setel, temankan Daus cari baju tab dia. Lama dah dia cari baju tab, akhirnya jumpa.
Lepas setel semua, jam kat kul 12.30, misi mencari tempat makan. Sejujurnya cari tempat makanlah yg paling susah . Makcik duk depan johnny, rasa mcm nak makan Johnny. Daus cakap, mak sebenarnya tak nak makan johnny kan.Pandai betul Daus baca fikiran makcik. Hahaha. Makcik beredar dari situ, terus gi Oldtown coffee.