Thursday, 13 November 2025

Cuti Santai 2 Hari 1 Malam di Aloft Kuala Lumpur Sentral: Makan, Rehat & Lepas Penat!

24 Feb  2024- 25 Feb 2024 Sabtu & Ahad  

Dah jadi rutin, dua minggu sekali kalau Cik Yuyi free, dia datang rumah makcik. Dulu tiap-tiap minggu dia datang, tapi makcik tak bagi — makcik pun nak rehat juga. Makcik masih kerja, jadi hujung minggu tu lah masa nak berehat ,tenang2kan diri. Bunyi macam makcik ni kejam tak bagi anak datang, tapi bagi makcik tak apa — asalkan makcik rasa tenang dan bahagia. Tak perlu paksa diri jaga hati orang kalau akhirnya hati sendiri yang sakit. Hidup ni, kena jadi diri sendiri, kan?

Kadang orang luar tak faham, ingat kita ni macam tak sayang anak. Padahal bukan macam tu — makcik sayang, cuma makcik pun manusia, perlukan ruang sendiri. Dah penat kerja, balik rumah nak tenang, bukan nak fikir banyak benda. Bila badan dan hati cukup rehat, baru boleh layan anak dengan betul, dengan ikhlas giteww

Makcik selalu fikir, tak salah pun nak jaga diri sendiri dulu. Kalau asyik fikir nak puaskan hati orang, lama-lama kita sendiri yang penat dan hilang diri. Hidup ni pendek — kalau benda kecil macam nak rehat pun kita kena rasa bersalah, sampai bila nak bahagia, kan?

Sekarang makcik belajar untuk pilih apa yang buat makcik tenang. Anak-anak pun nanti akan faham — mak dia bukannya tak sayang, cuma nak jaga diri supaya boleh terus kuat untuk mereka juga.

Tak semestinya hujung minggu lepak rumah makcik je. Kadang-kadang makcik dengan Cik Yuyi rancang bawak budak-budak tidur hotel — dua hari satu malam pun jadilah. Janji dapat tengok dunia luar sikit, nyah. Bosan juga kalau asyik terperuk kat rumah je


Gambar percutian 2 hari 1 malam tu dah lama tersimpan dalam draft blog, baru sekarang makcik nak update, nyah. Tak kisahlah ambik masa lama, janji makcik update juga. Setiap kali pergi KL Sentral, makcik memang selalu perati je hotel Aloft ni — harga dia pun boleh tahan. Makcik ada bagitau Cik Yuyi, makcik rasa macam nak bawak cucu datang sini. Lepas makcik riki-riki, tengok pool dia pun dah tahu cucu-cucu mesti suka. Jadi makcik pun terus book. Mak suka betul, nyah — bilik dia ada dua katil queen, memang berbaloi dengan harga!





Lokasi yg sgt   baik, bersambung dengan KL Sentral dan  pusat membeli belah NU Sentral. Tempat yg sangat disyorkan untuk dikunjungi  untuk bercuti dan menerokai Kuala Lumpur yg berdekatan


Daus  melayan siantu


Masa ni Daus form 6


Suasana hotel yang moden dan bersemangat membuatkan kita  berasa sangat selesa , gitew


Disediakan kemudahan tambahan seperti minibar atau mesin pembuat kopi untuk keselesaan tambahan. Daus  suka  sgt  dengan mesin pembuat kopi tu.ha ha ha












 Bilik mandi dilengkapi dengan pancuran mandi yang menyegarkan dan kemudahan lain seperti sinki yang elegan dan cermin besar.








 Suasana keseluruhan bilik mandi sangat menyenangkan dan memberikan pengalaman yang santai setelah seharian beraktiviti. 




Terdapat juga ruang kerja yang baik dengan meja dan kerusi yang sesuai untuk bekerja atau bersantai. 




kemudahan di dalam  bilik seperti penghawa dingin berfungsi dengan baik, televisyen dengan pelbagai saluran, dan WiFi yang laju  . Makcik akan masukkan dalam senarai hotel untuk direpeat.he he he



Bilik yg luas dengan 2 katil bersaiz queen






Sekarang ni mereka bertiga tengah giat belajar berenang. Mana tahu, satu hari nanti mereka jadi perenang negara pulak. Matilah nak, huk huk huk!


Cucu makcik  tak sabar nak mandi pool terutama siantu.ha ha ha









Balik dari main pool masing2 penat. Cik yuyi tidorkan sipecot .Siantu  penat tapi  tak nak tido. Dia  layan melukis . Lepas sipecot  bangun tido, kitaorang gi makan kat  SINI 








Aloft KL Sentral
5 Jalan Stesen Sentral
Kuala LUmpur Sentral
50470 Kuala Lumpur







Monday, 10 November 2025

Kedai Makan Cantik di Bangi, Lauk Pauk Meriah & Sedap Teruk-update secara pukal

 13 & 20 September 2025 & 31 Oct 2025 Makcik sanggup datang Bangi semata-mata nak makan kat Kedai  Makan  Cantik ni, asyik naik je kat TikTok buat makcik terliur. Sampai-sampai dah petang, perut pun dah berlagu orkestra. Kau rasa makcik nak sibuk ambik gambar dulu? Memang taklah nok, isi perut tetap nombor satu! 

Masuk je kedai, terus rambang mata. Lauk dia melambak—ayam, seafood, sayur, ulam-ulaman, kerabu, pencuci mulut—semua nampak sedap gila. Sampai makcik berdiri lama depan lauk, tak tahu nak pilih yang mana dulu. Alhamdulillah, semua memang padu. Harga pun masih ok ikut lauk apa yang kita ambik. Kalau seafood tu haa, memang boleh tahan jugak harganya, tapi berbaloi dengan rasa.

Makcik dengan anak pulak memang lebih tertarik dengan menu ikan. Dari siakap stim, ikan bakar sampai sup ikan, semua buat kecur air liur. Anak makcik siap tambah nasi sebab seronok makan ikan fresh-fresh macam tu. Memang puas hati betul.

Yang paling penting, persekitaran kedai memang bersih. Toilet pun makcik sempat singgah, bersih jugak nok! Singki tempat cuci tangan pun tip top. Makcik siap perati pekerja dia kerap bersihkan. Ko giler sampai tahap tu pun makcik tengok . Sebab kebanyakan kedai makan yang makcik pernah pergi, singki tu selalu lah berlendir, geli nok! .

Lepas kenyang, baru la makcik sempat ambik gambar sikit-sikit untuk kenangan. Confirm nanti datang lagi, sebab lauk dia terlalu banyak nak habiskan sekali makan. Next trip boleh try lauk lain pulak. Memang tak rugi datang, janji perut kenyang hati pun senang 



Kalau pergi tengahari confirm parking penuh. Makcik pergi je petang, dalam pukul 2 macam tu. Santai je, gerak dari rumah lepas zuhur.



Rambang mata nyah


Banyak betul kuih-muih, pencuci mulut, dengan buah—sampai tak tahu nak mula makan yang mana dulu!






Makcik dan ikan memang tak boleh dipisahkan—dah ambil ikan kerisi goreng berlada, boleh pula tambah sup ikan merah! 


Daus dan ayam berpisah tiada.he he he









sup ikan merah dia sedap



peria , terung , bendi rebus cicah sambal belacan mangga, perghh sedap



kangkung goreng














Model blog makcik dari tahun 2008 hingga kini. He he he.





Daus ambik sayur campur







Ada macam-macam lauk ketam, tapi makcik cuma tertarik dengan ketam masak sambal



Setiap kali datang, tak pernah sekali pun makcik  tak ambil terung dengan peria ni




sedap



ni pun sedap


tamak nyah, ambik ikan tenggiri  berlado 



last2 ikan patin tempoyak terpaksa makcik bungkus bawak balik. 











Kailan belacan




Ayam salted egg & ikan bilis belacan








Kedai Makan Cantik (Seksyen 15, Bandar Baru Bangi)
1 & 3 Jalan 15/1 D, Seksyen 15
43650 Bandar Baru Bangi Bangi, Selangor