Kalau diberi pilihan antara maggi berkuah dan maggi goreng,aku pilih maggi berkuah.Tetapi memandangkan aku nak jadi isteri mithali maka kenalah utamakan tekak suami kan. Biasalah bila kita dah kahwin, selera tekak sendiri tidak lagi menjadi keutamaan.Aku percaya para ibu di luar sana bijak, kebanyakkan mereka peka dan tahu apa makanan kegemaran suami dan anak-anak. Percaya tak adakalanya para ibu ni rela memendam keinginan untuk menikmati makanan kegemaran mereka demi untuk memenuhi tuntutan selera tekak anak-anak . Lihatlah wahai anak-anak betapa kalian adalah insan paling istimewa di dalam hidup insan yang bernama ibu. Cakap pasal ibu ni tetiba aku teringat dengan arwah mak, Pejam celik pejam celik hampir 18 tahun arwah mak pergi meninggalkan aku. Walaupun masa kecilku tidak seindah dan semewah orang lain namun aku bangga mempunyai seorang mak yang sanggup berkerja keras membanting tulang 4 kerat demi untuk membesarkan kami adik beradik. Sejujurnya, Pengalaman hidup masa lalu membuat aku lebih menghargai kehidupan. Entahlah, setiap kali teringat arwah mak , aku tak mampu menyembunyikan kesedihan ni. Percayalah mak,,hari demi hari yang aku lalui tak pernah sedetik pun hatiku melupai mak. woiiiiii woiiiiiiiiiii makcik tempe wake uplah,much dramalah u ni. Maafkan makcik ye anak-anak ,makcik terlebih sudah.
Mohlah kita buat maggi goreng ayam
Resepi maggi goreng ayam, ko ado?????
Bahan-bahan
1)3 bungkus maggi kari[celur sampai lembut dalam air panas mendidih. Curahkan air sejuk dari peti ais ke atas maggi sejurus selepas dituskan, kemudian gaulkan dengan sedikit minyak bijan .Ketepikan.2)1 biji tomato[dipotong baji]
3)1/2 batang carrot [kupas kulit dan potong baji]
4)4 ulas bawang putih & 4 ulas bawang merah [dihiris & dicincang]
5)2 biji telur
6) 1 1/2 bungkus perencah maggi kari
7)dua ketul ayam goreng [dipotong sederhana besar]
Cara menyediakannya
1)Panaskan dua sudu besar minyak masak plus 1/2 sudu besar minyak bijan dan tumis bawang hingga naik bau dan agak garing
2)Tumis tomato dan carrot hingga empuk
4)Masukkan maggi diikuti dengan perencah maggi kari, kacau sekata
5)Akhir sekali masukkan ayam goreng dan kacau rata sebentar
6)Tutup api dan sedia dihidang
Aku syak teknik mencurahkan air sejuk dari peti ais ke atas maggi yang telah dicelur akan menyebabkan tekstur maggi menjadi kenyal .
Untuk mendapatkan maggi goreng yang rasa tidak hanyir pastikan telur garing sepenuhnya
Maggi goreng ayam yang telah sedia untuk dihidang
Maggi ayam goreng
ko ado maggi goreng telur mata kerbau pulak
Adik suka makan maggi goreng telur mata kerbau
Tarikh : 11 January 2014,Sabtu
Lokasi : Rumah Sendiri
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL TAHUN 1435H/2014
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .