Thursday, 19 December 2013

Semua tentang EMOSI ; Impiana Casuarina


Sepatutnya check in pukul 2 petang, gedebak gedebuk kami sampai di  Impiana Casuarina kira-kira pukul  4 petang.Sampai-sampai je di lobi hotel,kami letak bag,yuyi terus check in. Bila yuyi tanya pasal bilik boleh pulak dorang cakap bilik tak siap lagi . Ingatkan bila lewat check in , bilik kami sudah disiapkan , rupa-rupanya  tak siap lagi. Hal ini tampaknya sangat mengundang kemarahan Yuyi. Macam mana  tak marah dahlah dia tengah penat, ingatkan  sampai hotel boleh rehat terus  sebaliknya lain pulak yang jadi. Marah ni bukan benda seronok. Bila diri perlu marah, marahlah .Marahlah menjadi pengerak kepada seseorang untuk  pembela mereka di hari tua, mempertahankan sesuatu terutama diri sendiri.Tapi marah perlu dikawal kerana marah itu api. Syukur Alhamdulillah,pada masa tu  yuyi tidak dipengaruhi emosi .Mungkin berkat doa dan  ceramah makcik tempe mengenai pentingnya mengurus emosi dengan cara yang betul . *tangan kat dada mata ke atas*

Impiana Casuarina...bersebelahan dengan ibu pejabat  UMNO perak...saje aku tekankan perkataan UMNO di situ.ha ha ha ha
aku syak itu air pereda emosi
Emosi yang baik adalah stabil
Emosi yang sudah stabil
kamar beradu makcik tempe
Perabot hotel sepanjang zaman
Adik tidur untuk menstabilkan emosi 
kamar beradu adik, akak,abang
wechat bantu stabilkan emosi???????

Perempuan, emosi , period saling berkaitan . Yuyi cuba mengstabilkan emosi  aku yang tengah period dengan menyediakan  semug nescafe panas untuk aku
senyum juga  boleh menstabilkan emosi
Aku syak memanaskan diri didepan unggun api pelesu adalah  salah satu cara yuyi menstabilkan emosi
 Menjaga kebersihan diri dan wajah adalah salah satu cara lelaki metroseksual menstabilkan emosi

Setiap kali  menginap dihotel yuyi akan membawa kelengkapan mandinya  dan set penjagaan wajahnya, aku syak  ini juga  salah satu cara yuyi mengstabilkan emosi.






Tarikh : 14 & 15 December 2013, Sabtu & Ahad
Lokasi : Impiana Casuarina




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang