Tuesday, 2 April 2013

Dari Bora Ombak ke Tehran Restaurant; Ampang aku nak terbe...............

Hari ni aku cuba mencuri sedikit masa untuk mencoret  di sini.Terasa rindu dengan blog sendiri.. Entah kenapa? semenjak dua menjak, aku rasa ada sesuatu je yang menghalang aku dari mendekati blog ni.......... atau itu hanya imiginasi kosongku.Tak de benda menarik pun yang aku nak cerita cuma cerita jalan-jalan cuti sekolah je.Yuyi teringin nak bawak Firdaus ke Aquaria KLCC dan aku pulak teringin  nak bawak diri ke zoo negara .ha ha ha Maka hari Ahad hari tu terlaksanalah impian kecilku nak ke Zoo negara .Setelah menghabiskan masa hampir setengah hari di Zoo negara,masing-masing kelaparan. Dari Zoo negara , Yuyi terus drive ke Ampang Sport Planet, ,dia ingat nak bawak kitaorang makan kat Bora Ombak cafe yang terletak bersebelahan dengan sport planet  tapi tak sangka pulak cafe tu mula beroperasi pada pukul 5 petang, ketika itu jarum jam baru je  menunjukkan hampir  pukul  2 petang,perut masing-masing dah mula me
ngalunkan irama keroncong..Jadi dari situ dia terus pecut ke Ampang Point cari tempat makan.Cari punya cari ....akhirnya  Yuyi jumpa Restoran Tehran ianya terletak berhadapan dengan Ampang point shopping centre)

Ini kali pertama aku  menjejakkan  kaki ke  Middle east restoran.
Gula -gula Hacks dengan   facebook tak dapat dipisahkan
 
Yuyi agak  terkilan tak dapat makan kat Bora Ombak
appetizer ; kashk-o bademjan ; Tumisan eggplant topped with a mixture of kashk (dried yoghurt), fried garlic, onions and mint. Kalau dimakan  macam tu saje memanglah kurang  sedap.Ia sangat sedap dimakan dengan nan bread
Nan bread 
Stewed lamb shank feveret yuyi
Kasihan Firdaus, terbantut dia nak makan nasi bila asyik tergigit berries masam tu.
 Yuyi order Special Iranian rice  yang dipanggil  dill  rice dengan lima bean dihidang bersama stewed lamb shank ....kesudahannya gula-gula hack yang tukang habiskan nasi yuyi, yuyi  makan lamb shank je.
Chic berry rice..............OMK masamnya  barberries tu.

Yuyi orderkan jus honey dew untuk kitaorang dan jus roselle campur cherry plus apa ke bendanya (anak panah kaler putih)untuknya sendiri, itu pun atas suggestions pelayan restoran yang cantik manis.Aku pun ada cilok sedikit jus roselle kepunyaan yuyi.

Dalam kereta, dalam perjalanan dari  jalan Ampang menuju ke RnR Awan besar , jalan sedikit sesak, tetiba rasa perutku memulas, spontan aku menjerit Ampang aku nak terbe...........diikuti dengan yuyi (gara-gara jus roselle ke?)

The moral of the story ; Aku tak berapa berkenan dengan Restoran middle east ni kerana portion nasinya yang banyak.Entah kenapa dengan mata aku ni, tak boleh memandang nasi yang banyak masa tu otomatik perutku kenyang.









Tarikh : 31 March 2013, hari Ahad
Lokasi ; Tehran Restaurant, Jalan Ampang Utama, (opposite Ampang Point shopping centre), Selangor
Peristiwa : Jalan-jalan cuti sekolah







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang