Wednesday 19 December 2012

lif cum toilet awam

    

 ikhsan google ;toilet awam atau lif?

Malam tadi sepanjang malam  aku tak dapat melelapkan mata. Macam -macam ado dengan Firdaus selsema teruk sampaikan nafas dia berbunyi masa tidur , dengan tangan sebelah kiri aku terasa kebas semacam.Tulang temulang terasa lenguh , aku rasa macam sakit urat dibahagian kaki dan tangan, rasa macam demam pun ada. Nanti kalau aku bagitahu suami yang aku demam mesti suami  aku tanya dah makan ubat  ke belum? entah kenapa bila masuk bab ubat je  aku lemah  aku  malas nak panjang-panjangkan cerita, aku jawab dah je. Seriously setiap kali selepas ambik ubat badan aku bertambah lemah  nanti  pasti aku   sakit -sakit badan dan  susah nak bangun. Itu belum lagi aku ambik ubat sebelum tidur malam  memang  alamatnya  keesokkan hari  aku kena ambik cuti tak pun MC.


Bila mata  aku  tak boleh lelap yang jadi mangsa  alarm handphone. Aku biasa set  alarm pukul  4.30 pagi  ,ya alarm berbunyi tepat pada waktunya , aku bangun kemudian aku set pulak  alarm  pukul 5 pagi  alarm berbunyi tepat pada waktunya aku set alarm lagi Begitulah seterusnya sampai ke pukul 6 pagi. The moral of the story aku tidur ayam je malam tadi.


Hari ini, seperti hari-hari  berkerja  yang lain ; Rutin setiap pagi aku hantar  Firdaus ke rumah pengasuh . Barang-barang yang perlu dibawa bekal  untuk sarapan dan makan tengahari serta dua biji bantal peluk  busyuk masam yang diusung ke hulu dan ke hilir.Mission complete . Lepas tu giliran suami  pulak hantar aku ke flat MIL kak limah. Selalunya dia hantar aku dalam 7.40 pagi tapi pagi ni tercepat pulak.Turun dari motor suami  aku jalan dah   macam orang mabuk jalan pun melelong .Penangan  tak tidur semalaman  dasyatkan. Pada aku biar kurang makan jangan kurang  tidur  entahlah badan dan otak  aku  rasa semacam je bila kurang tidur.


Selepas sampai ke blog  MIL   Kak limah,  aku terus masuk ke dalam lif. dan secara tiba-tiba aku ada bau sesuatu yang tak menyenangkan dalam lif .  Bau tu bau hancing bancing  dan aku pasti   datangnya dari arah belakang lif. Dah sah-sah ada orang yang kencing dalam lif. toilet awam, lif, toilet awam, lif perkataan yang berlega-legar dalam kepala aku .Seyes aku tak de masalah dengan orang terberak serta tertinggal najis  kat tangga  inikan pulak dengan orang terkencing dalam lif atau terkencing dalam seluar.Kes-kes yang  biasa kita dengar ye dak : )






Sekian saje laporan "lif kena kencing"



dari perempuan tak suka kencing orang







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

No comments:

Pengikut Tegar : )