Saturday, 17 February 2024

Padi House The Curve, jauh berjalan semalam

 16 Feb 2024  Jumaat, Semalam makcik gi Maybank PJ, nak collect dokumen. Daus temankan makcik. makcik ambik komuter gi subang, sampai subang ambik LRT gi Taman Jaya. Keluar dari LRT Taman Jaya ,makcik turun  ke A&W PJ, dari situ makcik ambik grab tuk  ke Maybank PJ. 

Sampai Maybank PJ dalam kul 12. Staf yg makcik nak jumpa tu kuar lunch. Nasib baik dia tinggalkan dokumen makcik  kat rakan sekerja dia. Takde lah makcik kena tunggu lama.

Nak balik umah awal sgt,makcik ajak Daus gi The Curve. Dari Maybank makcik ambik grab gi The Curve. Sampai The Curve, kat pukul 2. Perut lapau, malas nak cari2 tempat makan. Nampak Padi, terus masuk makan kat situ je.



Padi House The Curve



Sesuai ngan nama Padi House,ada pokok padi kat depan kedai.


Makcik order nasi goreng petai bersama hirisan cili api.




Masa makan Padi House kat SINI takde keropok


Makcik order mongolian lamb cutlet with garlic sauce. Penamakkan makcik, order sampai 2 menu.



Lupa nak order butter cake.Huk huk huk



Daus order Tomato rice with salmon fillet



cian, budak tak pernah minum root beer . Selama ni, dia ingat root beer tak boleh minum


Bagi can budak pestime minum root beer float Ha ha ha




Fatimah Thai Food Port Klang , wajib cuba

8 Feb 2024 Khamis   2 kali repeat makan malam   kat  Fatimah  Thai Food  . Kedai dia   biasa2 je,sama cam  kedai tomyam  yg lain . Ok lah kena  ngan tekak makcik terutama nagi goreng cili api dia, makcik mintak pedas, dia bagi pedas, sampai berpeluh2 makan . Makcik suka kedai ni sebab berseh dan boleh nampak tempat  masak dan tempat penyediaan makanan.

 


Kedai  dia betul2 tepi jalan. Pandai2lah cari parking terutama yg datang naik kereta



Kedai ni baru buat  renovation 




Environment nampak aesthetic cuma panas sikit, mungkin sebab  bumbung kedai dia guna zink



Makcik sejenis yg suka makan nasi goreng  ngan tomyam dan telur dadar atau telur mata.




Daus makan kuey teow garing ngan telur mata





Fatimah Thai Food
Persiaran Seri Junjung, Kawasan 14,
42000 Pelabuhan Klang, Selangor