Friday, 6 March 2026

Kembali ke Cameron Highlands Selepas 13 Tahun – Singgah Iftar di Stellar GoldenHill Cameron -stellar cafe

 Feb 2026  Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Terakhir makcik ke Cameron Highlands pada tahun 2013.Cerita lama makcik masa ke Cameron Highlands tahun 2013 dulu masih ada dalam blog ni. 

Kalau nak baca balik, makcik letak link di bawah:

Cameron Highland 1
Cameron Highland 2

Cameron Highland 3

Masa tu umur Daus baru 8 tahun. Percutian keluarga masa tu memang ada kenangan yang makcik susah nak lupa. Sepanjang perjalanan balik dari Cameron Highlands, Daus pening kepala dan muntah tak berhenti. Dari situ makcik terus trauma sikit dengan jalan berliku Cameron tu. Lepas kejadian tu, makcik memang terus buat keputusan tak nak datang Cameron Highlands lagi.

Diam tak diam, rupanya dah 13 tahun berlalu.

Akhirnya pada bulan February 2026, makcik kembali juga ke Cameron Highlands. Kali ni datang semula bila umur Daus dah 21 tahun. Dah besar panjang dah budak tu, tak macam dulu masa kecil selalu pening kepala bila lalu jalan berliku.

Makcik pun fikir, mungkin dah sampai masa untuk bagi peluang balik ke Cameron Highlands. Nak tengok balik tempat-tempat lama, hirup udara sejuk Cameron, dan tengok sama ada jalan Cameron masih buat makcik trauma atau tak.

Satu hari di bulan February, makcik berbuka puasa di Stellar GoldenHill, Cameron Highlands. Kat sini ada set menu berbuka, iaitu Menu 1 dan Menu 2. Makcik pilih Menu 1.

Dalam set tu ada soup kambing, ikan patin tempoyak, udang sambal, ayam percik, taufu telur, sayur jawa, rojak buah dan juga ulam-ulaman. Untuk air pula, makcik dan Daus minum teh tarik dengan ais kosong.

Soup kambing memang sedap. Daging dia lembut dan kuah pun padu. Udang sambal pun best, udang fresh dan isi manis. Ikan patin tempoyak pun not bad, kuah dia agak pekat dan rasa tempoyak memang terasa.

Ayam percik tu makcik tak sempat rasa sebab Daus yang makan. Dia kata ok-ok je.

Harga pula bagi makcik berpatutan dengan portion makanan yang dapat. Keseluruhan set memang puas makan dan sesuai untuk berbuka.



Di Stellar GoldenHill bukan sekadar tempat makan sahaja. Kawasan dia agak luas dan ada beberapa kemudahan untuk pengunjung yang datang makan atau menginap.

Di sini ada glamping dengan beberapa jenis khemah, selain caravan untuk penginapan. Ada juga kafe dan kawasan makan dengan konsep santai.

Untuk yang menginap, mereka juga boleh buat BBQ atau steamboat. Selain itu ada juga outdoor cinema dan beberapa aktiviti santai seperti board game, dart dan tengok bintang.

Secara keseluruhan, Stellar GoldenHill memang sesuai untuk datang makan, lepak santai atau menginap sambil menikmati udara sejuk Cameron Highland





Walaupun dah gelap, sempat lagi Daus posing ambil gambar



Dekorasi di Stellar GoldenHill nampak simple tapi cantik. Konsep dia lebih kepada outdoor, jadi suasana memang santai. Meja makan banyak di kawasan luar, jadi boleh makan sambil rasa udara sejuk Cameron Highlands.

Waktu malam suasana lagi cantik sebab ada lampu-lampu hiasan yang digantung di sekitar kawasan. Bila lampu dah menyala, tempat ni nampak cozy dan tenang.

Di kawasan sini juga ada glamping, caravan dan tapak khemah, jadi nampak lain sikit daripada restoran biasa. Keseluruhan tempat dia memang sesuai untuk datang makan sambil lepak santai dengan keluarga atau kawan-kawan.



Kat satu sudut ada juga disediakan bahan bacaan. Kalau nak duduk santai atau tunggu makanan, bolehlah baca-baca dulu



Sementara tunggu makanan sampai, Daus sempat juga ambil sebuah buku 




 Makcik nampak juga orang yang sewa glamping dan caravan santai kat sini. Suasana nampak tenang je, memang sesuai untuk lepak-lepak.






Teh tarik dia kurang kaw sikit, tapi bolehlah. Cuma bagi makcik rasa manis sikit







Daus cakap patin tempoyak dia pun not bad. Kuah tempoyak agak pekat dan rasa sedap juga. Isi ikan lembut, makan dengan nasi panas memang ngam.



Popia dan karipap dia nampak warna tak berapa menarik, tapi rasa dia sedap juga. Kulit rangup dan inti pun ok. Kadang-kadang rupa biasa je, tapi rasa memang sedap






Alamat:
Stellar GoldenHill
Lot 13 & 9, Jalan Golden Hills 1
Golden Hills
39000 Brinchang, Cameron Highlands
Pahang, Malaysia