Friday, 6 March 2026

Kembali ke Cameron Highlands Selepas 13 Tahun – Singgah Iftar di Stellar GoldenHill Cameron -stellar cafe

 Feb 2026  Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Terakhir makcik ke Cameron Highlands pada tahun 2013.Cerita lama makcik masa ke Cameron Highlands tahun 2013 dulu masih ada dalam blog ni. 

Kalau nak baca balik, makcik letak link di bawah:

Cameron Highland 1
Cameron Highland 2

Cameron Highland 3

Masa tu umur Daus baru 8 tahun. Percutian keluarga masa tu memang ada kenangan yang makcik susah nak lupa. Sepanjang perjalanan balik dari Cameron Highlands, Daus pening kepala dan muntah tak berhenti. Dari situ makcik terus trauma sikit dengan jalan berliku Cameron tu. Lepas kejadian tu, makcik memang terus buat keputusan tak nak datang Cameron Highlands lagi.

Diam tak diam, rupanya dah 13 tahun berlalu.

Akhirnya pada bulan February 2026, makcik kembali juga ke Cameron Highlands. Kali ni datang semula bila umur Daus dah 21 tahun. Dah besar panjang dah budak tu, tak macam dulu masa kecil selalu pening kepala bila lalu jalan berliku.

Makcik pun fikir, mungkin dah sampai masa untuk bagi peluang balik ke Cameron Highlands. Nak tengok balik tempat-tempat lama, hirup udara sejuk Cameron, dan tengok sama ada jalan Cameron masih buat makcik trauma atau tak.

Satu hari di bulan February, makcik berbuka puasa di Stellar GoldenHill, Cameron Highlands. Kat sini ada set menu berbuka, iaitu Menu 1 dan Menu 2. Makcik pilih Menu 1.

Dalam set tu ada soup kambing, ikan patin tempoyak, udang sambal, ayam percik, taufu telur, sayur jawa, rojak buah dan juga ulam-ulaman. Untuk air pula, makcik dan Daus minum teh tarik dengan ais kosong.

Soup kambing memang sedap. Daging dia lembut dan kuah pun padu. Udang sambal pun best, udang fresh dan isi manis. Ikan patin tempoyak pun not bad, kuah dia agak pekat dan rasa tempoyak memang terasa.

Ayam percik tu makcik tak sempat rasa sebab Daus yang makan. Dia kata ok-ok je.

Harga pula bagi makcik berpatutan dengan portion makanan yang dapat. Keseluruhan set memang puas makan dan sesuai untuk berbuka.



Di Stellar GoldenHill bukan sekadar tempat makan sahaja. Kawasan dia agak luas dan ada beberapa kemudahan untuk pengunjung yang datang makan atau menginap.

Di sini ada glamping dengan beberapa jenis khemah, selain caravan untuk penginapan. Ada juga kafe dan kawasan makan dengan konsep santai.

Untuk yang menginap, mereka juga boleh buat BBQ atau steamboat. Selain itu ada juga outdoor cinema dan beberapa aktiviti santai seperti board game, dart dan tengok bintang.

Secara keseluruhan, Stellar GoldenHill memang sesuai untuk datang makan, lepak santai atau menginap sambil menikmati udara sejuk Cameron Highland





Walaupun dah gelap, sempat lagi Daus posing ambil gambar



Dekorasi di Stellar GoldenHill nampak simple tapi cantik. Konsep dia lebih kepada outdoor, jadi suasana memang santai. Meja makan banyak di kawasan luar, jadi boleh makan sambil rasa udara sejuk Cameron Highlands.

Waktu malam suasana lagi cantik sebab ada lampu-lampu hiasan yang digantung di sekitar kawasan. Bila lampu dah menyala, tempat ni nampak cozy dan tenang.

Di kawasan sini juga ada glamping, caravan dan tapak khemah, jadi nampak lain sikit daripada restoran biasa. Keseluruhan tempat dia memang sesuai untuk datang makan sambil lepak santai dengan keluarga atau kawan-kawan.



Kat satu sudut ada juga disediakan bahan bacaan. Kalau nak duduk santai atau tunggu makanan, bolehlah baca-baca dulu



Sementara tunggu makanan sampai, Daus sempat juga ambil sebuah buku 




 Makcik nampak juga orang yang sewa glamping dan caravan santai kat sini. Suasana nampak tenang je, memang sesuai untuk lepak-lepak.






Teh tarik dia kurang kaw sikit, tapi bolehlah. Cuma bagi makcik rasa manis sikit







Daus cakap patin tempoyak dia pun not bad. Kuah tempoyak agak pekat dan rasa sedap juga. Isi ikan lembut, makan dengan nasi panas memang ngam.



Popia dan karipap dia nampak warna tak berapa menarik, tapi rasa dia sedap juga. Kulit rangup dan inti pun ok. Kadang-kadang rupa biasa je, tapi rasa memang sedap






Alamat:
Stellar GoldenHill
Lot 13 & 9, Jalan Golden Hills 1
Golden Hills
39000 Brinchang, Cameron Highlands
Pahang, Malaysia



Thursday, 12 February 2026

Suasana Kampung & Masakan Sedap di Aunty Aini’s Garden CafĂ©[Hidden gem]

 Makan2 pada 18 OCT 2025(Sabtu)  Memang dah lama makcik teringin nak makan kat Aunty Aini’s Garden Cafe. Asyik tengok orang post je sebelum ni. Tapi makcik pernah try dulu versi pop-up Aunty Aini kat DC Mall.

Perjalanan dari Klang ke Nilai hari tu memang ok. Masuk highway, traffic pun tak teruk, tak jem gila. Drive pun rasa chill je. Pemandangan sepanjang jalan biasalah highway, tapi mood hari tu memang best.

Lebih kurang sejam lebih, dah sampai area Nilai. Rasa macam cepat je.

Sampai kat Aunty Aini’s Garden Cafe, terus rasa vibe dia. Tenang betul. Banyak pokok hijau, redup, nyaman. Memang jenis tempat yang buat kita rasa relax automatik.

Konsep garden dia memang cantik. Duduk makan pun rasa macam tengah lepak dalam taman. Dekorasi pun simple je — perabot kayu, style rustic & tradisional. Tak over, tak serabut.

Suasana dia memang santai. Tak bising macam cafe bandar. Memang sedap nak duduk lama-lama.

Datang sini rasa bukan sekadar keluar makan, tapi macam recharge sekali. Memang nyaman.


Masa sampai tu, boleh tahan juga kereta yang ada. Nampak gaya memang ramai orang datang



Hidden gem vibes




Makcik gi ngan si bongsu

Dalam cafe pun meriah. Ramai orang, siap ada jugak orang putih


Kat sini memang boleh rasa masakan Melayu Negeri Sembilan yang autentik. Setiap hidangan dimasak dengan elok dan penuh rasa, memang puas hati makan. Suasana pun cantik dan tenang, cuma tak ada penghawa dingin. Banyak pokok sekeliling, konsep macam makan dalam taman.Kat sini tak panas, santai je sebab dikelilingi pokok-pokok hijau. Cuma sekarang cuaca panas, tak taulah selesa ke tak bila lama-lama duduk sini



Dinding penuh gambar. Banyak kenangan & cerita kat sini.



Air kosong, teh tarik ais, dan tapai pulut. Teh tarik sedap, tak manis sangat. Tapai pun ok, sejuk dan menyegarkan



Sagu gula Melaka dia bolehlah. Sagu masak cantik, santan lemak, gula Melaka pun ok. Taklah wow sangat, tapi sedap untuk cuci mulut



Jenahak tempoyak ni memang sedap. Kuah dia pekat, rasa masam lemak cukup balance — tak terlalu kuat, tak hambar. Ikan jenahak pun fresh, isi lembut, tak hanyir. Makan dengan nasi panas, memang ngam. Simple tapi puas hati

Kerabu pucuk paku dia memang buat makcik tersenyum sendiri. Rasa dia segar, cukup lemak dari kelapa parut, masam pedas semua balance. Pucuk paku pun lembut, tak liat.Bila makan, terus teringat kerabu pucuk paku arwah mak. Rasa dia ada vibe yang sama — simple, tapi penuh rasa. Jenis yang sekali suap, terus datang memori lama.Kerabu nampak biasa, tapi untuk saya, dia lebih dari sekadar lauk



Ayam goreng kampung dia memang sedap. Luar garing, dalam lembut dan juicy. Rasa ayam kampung tu memang best, tak keras. Makan panas-panas memang layan. Simple tapi puas hati.Sambal belacan dia memang kena. Rasa pedas, masin, masam semua balance. Yang best, tak rasa manis bergula — rasa dia lebih asli. Cicah dengan ulam atau makan dengan nasi panas, memang sedap


Lauk kampung macam ni memang tak pernah gagal
Makcik akan repeat Aunty Aini. Kalau teringat sambal belacan dia, memang tak boleh move on




📍 Alamat: Batu 16, Kampung Chelet, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
📞 Telefon: +60 6‑799 1276




Wednesday, 4 February 2026

Perut Lapar, Hati Puas: Makan Best di Kampung Heritage Johor Bahru

Assalammualaikum buat semua. Selamat tahun baru 2026

Sedih bila teringat dah lama makcik tak update blog. Blog ni makcik sayang sangat-sangat. Inilah tempat makcik meluah rasa, tempat makcik mencurah semua suka duka perjalanan hidup makcik. Bila penat, bila hati serabut, blog inilah yang jadi pendengar setia.

Kadang-kadang makcik rindu saat menaip tanpa fikir apa orang nak kata. Tulis je apa yang hati rasa, apa yang makcik lalui. Blog ni bukan sekadar cerita, tapi sebahagian daripada hidup makcik sendiri. Insya-Allah makcik nak mula aktif balik, perlahan-lahan. Tak kisah kerap atau tak, asalkan makcik jujur dengan rasa hati sendiri

Hampir sebulan  kita berada dalam tahun baru 2026, baru hari ini makcik rasa ada kekuatan untuk kembali mencatat sesuatu di sini. Alang-alang itu, Makcik nak ucapkan Selamat Tahun Baru buat korang semua walaupun dah agak lewat.

Jujurnya, permulaan tahun 2026  ni agak berat dan sedikit menyedihkan buat Makcik. Hanya selepas melepasi tarikh 22/1/26  dan 23/1/26 ,   barulah Makcik rasa lapang dan kembali gembira. Bila hati dah mula rasa ringan, barulah Makcik ada semangat nak berkongsi coretan di sini semula.

Pada 22/1/26 (Khamis), kami ke Segamat. Kami pergi berlima — makcik, Daus, Cik Yuyi dan dua orang anaknya. Kami bermalam satu malam di VIP Hotel Segamat untuk menyelesaikan urusan yang perlu dibereskan.Urusan itu bukan mudah dan tak boleh ditangguhkan. Walaupun hati terasa berat, kami lalui semuanya perlahan-lahan, ikut kemampuan emosi masing-masing. Bukan semua perkara perlu diceritakan, cukup kami yang tahu dan simpan kemas dalam hati.Urusan ni elok kita simpan je, sebab ada kaitan dengan hidup orang lain. Untuk jaga hati, biarlah ia kekal rahsia." Pada 23/1/26, selepas urusan di Segamat selesai, kami meneruskan perjalanan ke JB untuk bercuti. Perjalanan pulang kali ini terasa sedikit lebih ringan, dengan jiwa yang lebih tenang.

Di JB, kami menginap di Trindade by  Wyndham JB dari 23/1/26 (Jumaat) hingga 25/1/26 (Ahad). Sepanjang di sana, kami banyak luangkan masa bersama—bawak budak jalan-jalan ke Legoland, biar mereka puas main dan gelak ketawa. Lepas penat berjalan, rutin wajib mestilah makan-makan. Cuba makanan sekitar JB, yang simple pun jadi sedap sebab makan ramai-ramai. Tak kejar itinerary sangat, janji tenang, enjoy masa bersama dan simpan kenangan kecil yang manis.


Pagi 24 Jan 2026 kami sarapan kat hotel. Tengah hari pula lunch ringkas kat Legoland. Tapi bila masuk waktu malam, perut masing-masing dah mula berbunyi  rasa macam setahun tak jumpa nasi berlauk. Kebulur betul, nak makan yang betul-betul sedap.

Korang nak tahu macam mana makcik boleh jumpa Kampung Heritage JB? Ceritanya mudah je. Mula-mula makcik buka Google, taip “makan malam sedap di JB”. Dalam pencarian makcik jumpa "Kampung heritage" Lepas tu makcik baca satu-satu review orang. Ada yang puji, ada yang biasa-biasa, makcik tapis betul-betul. 


Perjalanan dari Trindade Wyndham Hotel JB tempat kami menginap ke Kampung Heritage ambil masa lebih kurang 20 minit Sampai sana, Cik Yuyi berjaya dapat parking, cuma agak jauh sikit dari kedai. Bila kami sampai, Kampung Heritage  memang penuh orang. Pekerja kedai bagitahu kena tunggu dalam 20 minit.

Tak apa lah, kami pun tunggu je. Orang dah ramai, mesti ada sebab kan. Lagipun, asal sedap sudah 
Sambil menunggu tu, sempatlah tengok sekeliling, layan perut lapar dan sembang-sembang ringan. Dalam hati masing-masing dah pasang harapan tinggi… harap penantian ni berbaloi. Ha ha ha.





Makna di sebalik pokok besar itu masih belum jelas.la la la


cucu makcik yg terpaling keletah

Selepas 20 minit berdiri depan pintu sambil tengok orang ramai tengah makan, air liur kami pun menitis… ha ha ha . Akhirnya tiba giliran kami untuk masuk dan duduk.

Settle duduk, kami pun mebelek-mbelek menu sambil berdiskusi nak pilih apa. Tengok-tengok, kedai dah nak tutup, banyak menu dah habis. Kalau ikut hati malam tu, makcik nak sangat order siput sedut masak lemak… ha ha, nampak sedap kan! Tapi ikut logik sikit, kami sebulat suara pilih: sambal udang petai, sambal ayam petai, sotong goreng kunyit, dan bendi goreng cili.unuk pemanis mulut sagu gula melaka

Untuk budak tecit cucu tersayang makcik, kami tak order apa-apa sebab sebelum datang Kampung Heritage, Cik Yuyi dah bagi anak dia makan kat hotel. Dia siap order sup daging kegemaran anak dia guna Grab lagi, jadi anak dia memang dah kenyang



Sesantai itu, cucu makcik bukak penutup botol guna baju dia je




Sambal udang petai, sedap sgt, makcik suka balance, semua rasa cukup boleh tak  10/10


Ayam sambal petai, sedap sgt, makcik suka balance, semua rasa cukup boleh tak  10/10



Sagu gula melaka, presentation ok, sagu tu kena belajar lagi dik ya



Overall, semua makanan sedap gila
Sambil menikmati tu, tak lupa kami tanya dengan lembut, bila nak buka cawangan kat Selangor—harap-harap cepat lah datang ke sini!


Sotong goreng kunyit dia, makcik tak rasa



bendi goreng cili




Tengahari kat Legoland, anak2 banyak minum air manis, jadi malam ni kena order air kosong je… 


Sesantai tu, makcik ambil gambar anak-anak dan cucu depan Kampung Heritage pukul 10.20 malam, sambil menahan nafas sebab bau longkang kecil kat tempat makcik pijak… ha ha, kelakar tapi tetap jadi kenangan!


Terima kasih buat yang masih sudi singgah membaca. Doakan yang baik-baik untuk perjalanan Makcik tahun ini, dan Makcik juga sentiasa doakan yang terbaik untuk korang semua. Semoga tahun 2026 ini tetap membawa bahagia buat kita walaupun permulaannya agak berliku.


Kampung Heritage

54 Jalan beringin, Taman Melodies, 80250 Johor Bahru

Johor Darul Takzim

011-69639091