Thursday, 8 May 2014

Mee goreng : resepi simple dan mudah



Kalau diberi pilihan antara mee goreng dan bihun goreng,dah tentu aku pilih bihun goreng. Bukan tak suka makan mee goreng,cuma aku suka makan masa mee goreng masih panas. Entahlah ,tekak ni macam tak berapa nak menerima mee goreng yg suam suam kuku.  Lain ceritalah kalau perut tengah lapau , mee goreng sejuk pun aku bedal.Okeylah cukup setakat ni member wa  ajak makan , wa cau dulu....




RESEPI MEE GORENG SIMPLE
Bahan-bahan
1)Sebungkus mee kuning[cuci ngan air kemudian tuskan]
2)sedikit isi ayam jika suka boleh campur bahagian  yg bertulang[dicuci berseh]
3)1 pokok sawi[dicuci berseh,siang  dan tuskan]
4)segenggam taugeh[dicuci berseh dan dituskan]
5)6 tangkai cili kering[digunting dan dikisar halus]
6)3 ulas bawang merah & 4 ulas bawang putih[dikupas dan dikisar kering]
7)2 sudu besar kicap pekat & 2 sudu besar sos tiram
8)1 sudu besar gula
9)1 sudu kecil garam
10)Air secukupnya
Cara menyediakannya
1)Panaskan 3 sudu besar minyak
2)Tumis bawang kisar hingga naik bau
3)Masukkan cili kisar diikuti dengan garam dan gula, tumis hingga pecah minyak
4)Masukkan ayam,biar masak sepenuhnya
5)Masukkan sawi,kacau sekejap kemudian masukkan mee kuning diikuti dengan kicap pekat dan sos tiram.Masukkan sedikit air.Kacau sekata hingga mee lembut sepenuhnya.
6)Akhir sekali masukkan taugeh,kacau rebah bangun .Tutup api dan sedia untuk dihidang.



Mee goreng ,selain disaji  sebagai sarapan pagi ,ia juga boleh  disaji sebagai juadah makan malam atau tengahari.



Houk auloh  ciannya dia,lapar ye..........tak salin baju sekolah lagi terus mintak mee goreng










Tarikh : 30 April 2014,Rabu
Lokasi : rumahku syurgaku






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang