Baru masuk ofis semalam, selepas cuti 2 hari khamis dan jumaat. Masuk je ofis aku nampak kat atas meja ada surat cuti bos aku. Dia tukar syif dengan aku. Dah agak dah dia cuti.Masa aku sampai ofis dah dekat nak pukul 9.30 pagi pun bilik dia masih gelap. Baru saje nak melabuhkan punggung kat kerusi ,ring, ring , ring telefon berdering.Semangat aku angkat telefon .
"makcik tempe you kat mana,? you datang keja ke hari ni,?" suara bos dihujung talian
"ye, saya kat ofis." Habis kau cakap dengan saper , dengan tunggul kayu ke,?" aku terngumpat dalam hati.
"Hari ni saya cuti. You jangan ke mana-mana. You jaga ofis, toilet , pantry ,jangan lupa cuci berseh semua tempat tersebut," suara merdu bos aku di hujung talian memberi arahan.
"okey bos." Aku akur dengan kata-katanya.Adakalanya bersatu atau berdua lebih baik : )
Penat semalam tak habis lagi. Sampaikan nak update blog pun tak ada masa. 2 hari cuti plus cuti sabtu dan ahad, total 4 hari rasa macam tak puas bercuti di rumahku syurgaku . Masa terlalu cepat berlalu, tak sangka selama 4 hari tu aku dah menghabiskan masa bersama-sama anak-anak dengan makan tidur menyembang hingga ke hari-hari terakhir salah seorang anak aku akan berangkat ke obersea dalam waktu terdekat. Huk huk bukan bermakna aku, tak bersedih bukan bermakna aku tak ada perasaan . Bila kita jadi ibu , setiap detik kita akan teringat pada anak kita,setiap kali sembahyang kita tidak pernah lupa untuk mendoakan kebahagian dan kesejahteraan anak kita di dunia dan diakhirat.Kasihan ..bila siibu ni sudah dilimpahi dengan kasih sayang anak adakalanya siibu ni hampir terlupa akan keujudan suami sendiri . Maafkan aku andai aku bersalah : (