26/9/2024-29/9/2024 Khamis-Ahad(Throwback)
Bersambung kat SINI , hari jadi dua orang cucu makcik bulan September . Cucu sulung makcik tak minta banyak, cukup kalau dapat bercuti ke Krabi sebab dia memang suka sangat berurut. Cucu bongsu pula lain sikit, dia kurang minat urut tapi suka buat aktiviti macam wat rambut, facial, pedicure dan manicure. Jadi, Krabi memang tempat yang sesuai sangat sebab kat sana urut bukan saja murah, tapi kualiti pun memang mantop.he he he
Hari yang ditunggu-tunggu pun sampai, 26 Sept 2024 hingga 29 Sept 2024. Percutian 4 hari 3 malam ni makcik pergi bersama 2 org cucu, anak, menantu, besan bersama anak bongsunya.. Jumlah ahli rombongan Cik Kiah yang ikut trip ke Krabi ni ada 8 orang semuanya .Dari KLIA bertolak pukul 11.20 pagi, sampai di Lapangan Terbang Krabi lebih kurang pukul 1.33 tengah hari. Sampai je, ada driver jemput dan terus bawa kami ke Holiday Inn Resort Krabi, Ao Nang Beach.
Sepanjang kat sini, kami sewa motor yang hotel sediakan untuk jalan-jalan. Kebanyakan masa memang habis dengan makan-makan dan berurut di beberapa tempat. Murah, servis pun memang terbaik. Antara tempat urut yang paling makcik suka ialah Ruen Sukhothai Massage Centre dan Royal Palm Spa.
Makcik tak banyak ambil gambar sebab terlalu seronok layan suasana dan nikmati urutan. Tambah pula harga urut kat Krabi ni memang berbaloi, sampai lupa nak bergambar.
Selain urut, makanan Thai halal kat sana pun memang padu. Makcik jatuh cinta dengan kari udang Massaman – rasa manis pedas sikit, memang lain daripada kari biasa. Tomyam pun sedap sangat, kuah pekat pedas masam dia tu memang buat teringat-ingat. Lepas tu sempat juga rasa banana pancake – panas-panas, lembut dengan topping manis, memang kena dengan selera. Pendek kata, perut pun puas hati, hati pun senang.
Kalau kehabisan barang keperluan, jangan risau—Krabi ada segalanya! Dari kedai kecil tepi jalan, kedai runcit sampai farmasi, semua senang je nak cari Di sekitar hotel, banyak pilihan restoran. Kalau nak beli barang cepat, ada juga kedai 24 jam macam 7-Eleven dan Family Mart. Oh ya, jangan lupa sesuaikan jam korang sebab waktu Thailand lambat satu jam dari Malaysia.
Selamat datang ke Krabi
Bilik kat sini memang selesa. Luas, ada katil empuk, aircond sejuk, bilik air pun bersih. Lepas penat berjalan, memang syok baring.
Lagi satu yang best, setiap bilik ada balkoni. Kalau waktu pagi boleh duduk hirup udara segar, waktu petang pula boleh lepak sambil tengok pemandangan kolam atau taman. Kalau dapat bilik ground floor, lagi senang – buka sliding door terus boleh masuk kolam. Simple tapi puas hati.
Holiday Inn Resort, Krabi ni memang lokasi dia strategik — betul-betul kat kawasan utama aktiviti, dekat dengan pantai, kedai serbaneka, dan restoran.
Bilik dia luas, bersih dan selesa. Resort ni ada dua kolam renang, satu untuk dewasa dan satu khas untuk kanak-kanak. Ada juga gim yang lengkap, pusat spa untuk rileks, dan kawasan permainan untuk budak-budak.
Staf semua ramah dan mesra. Pendek kata, tempat ni memang sesuai kalau nak bercuti santai sambil rehatkan badan dan minda
Kolam renang memang luas dan berliku, ada yang terus sambung dengan bilik ground floor – buka pintu je boleh terjun.
Sekeliling kolam dihias dengan pokok palma, bunga tropika, kerusi malas dan payung besar untuk lepak santai. Ada juga bahagian khas kanak-kanak siap dengan gelongsor kecil. Suasana dia rileks, sesuai untuk berendam atau sekadar baring sambil layan angin laut
Cara makcik makan dengan tenangFokus kat kawasan ada restoran halal dengan logo halal. Pilih tempat ramai penduduk Muslim. Pilih menu yang selamat, macam seafood, ikan, ayam, atau sayur.
Antara semua topping, Nutella lah yang paling popular . Gabungan pancake rangup panas-panas dengan pisang manis lemak dan Nutella pekat tu memang padu gila. Sekali cuba confirm repeat lagi!
Kat Krabi ni memang berlambak kedai yang jual banana pancake. Jalan mana pun mesti jumpa, especially waktu malam kat pasar atau tepi jalan. Setiap gerai ada cara sendiri — ada yang topping coklat, Nutella, madu, susu pekat, sampai la ke campuran kacang atau kelapa.
Memang syok jalan sambil pilih gerai mana nak cuba. Harga pun murah, portion ngam untuk kudapan. Kalau datang Krabi, rugi kalau tak merasa sebab inilah street food paling popular kat sini!
Makcik suka panggil Ruen Sukhothai Massage Centre ni “Berdanau”. Pertama kali cuba urut kaki dan bahu, terus jatuh hati dengan seorang therapist di situ—urut dia memang power, facial pun best. Harga pula murah, servis tip-top!
Kalau ke Krabi bersama ahli rombongan, jangan lupa singgah sini—memang puas hati, lepas penat berjalan-jalan.
Royal Palm Spa memang lain dari Ruen Sukhothai Massage Centre. Dari awal sampai je, terus impressed dengan kebersihan, suasana tenang, dan sambutan mesra di sini. Tempatnya cantik, terjaga rapi, memang terus buat rasa relax.
Stafnya semua baik, profesional, dan sangat attentive. Rasa betul-betul dihargai dan dijaga sepanjang berada di situ. Makcik cuba urutan Thai tradisional, dan memang superb!
Lepas habis, rasa totally relax, segar, dan bertenaga balik. Kalau korang nak pengalaman urut Thai yang asli di Krabi, memang highly recommend tempat ni. Memang melebihi jangkaan. Nak tempat cantik dan selesa, confirm harganya lebih sikit—ingat, harga bukan biashe-biashe. Salah seorang ahli rombongan , sebelum ni dah pernah pergi sini, tapi makcik saja nak cuba buat gelik2 . Lepas ni… tak repeat la la la!