Tuesday 25 June 2024

Dari kedai makan Ah Chew Banting ke Food Festival Pantai Morib 14 Jun 2024 hingga 23 Jun 2024

15 June 2024  Sabtu, Dalam kul 11 , "makcik cakap ngan Daus, jom keluar". "Daus balas , ekk? ingatkan hari ni mak nak duk umah je".  Makcik tanya, "Daus ada nak buat apa-apa ke? Nak belajar ke? Atau ada tutor online ke? Daus cakap takde. Daus tanya, "Mak nak gi mana? "Makcik balas, "Adalah, ko siap cepat!" "Kalau boleh, mak nak sampai tempat tu sebelum kul 2."

Pukul 11.56, makcik gerak dari rumah. Makcik naik Indriver. Dalam keta, makcik bagitau Daus, "Dik, mak nak gi kedai Ah Chew nak makan mee hailam. Lama dah mak tak makan mee hailam, tiba-tiba teringin plak. 

Terakhir mak makan mee hailam kedai  Ah Chew, tahun 2010. Adik makan nasi goreng cina. Masa tu adik 5 tahun, sekarang adik dah 19 tahun. Maksudnya, dah 14 tahun mak tak gi kedai Ah Chew ."Sambil bercerita, makcik tunjuk kat Daus gambar dia tengah makan nasi goreng cina kat kedai Ah Chew. Bambam sungguh Daus pada masa tu, ha ha ha.




Masa makcik kecil dulu, arwah ayah selalu  bawak kami sekeluarga makan di sini. Sekitar tahun 70an dorang berniaga dalam Pasar Banting , kalau tak silap makcik


Sedang merenung masa depan.ha ha ha



Daus 2024.Abaikan acne patch Daus


 Daus 2010, 14 tahun dulu, di tempat makan yg  sama, cuma  tahun, masa dan hari berbeza. 



Kalau korang perasan , garpu ngan sudu direndam dlm air panas  cam wajib ada kat kedai hailam kan.


Kedai Hailam dan air barli  berpisah tiada



Wajib order roti bakar majerin kaya



Daus makan nasi goreng ikan masin


Lamanya tak makan mee hailam daging. Oklah cuma rasa tak sama cam dulu



Memandangkan hari tu panaih lit lit, 2  gelas barli ais tak cukup, tambah lagi segelas





Dari kedai makan Ah chew, makcik ambik grab ke Dataran pantai morib, kat sana ada event  Food Festival, berlangsung 10 hari dari 14 June 2024 hingga 23 June 2024. Jomlah pakat2 datang beramai2 memeriahkan event ni .Ada artis bandi amuk, chombi wat persembahan kat sini. 


Banyak giler pilihan makanan, ada lebih kurang 70 vendor yg menjual makanan yg sedap2.  Apa je korang nak, makanan viral, makanan tak viral semua ada. Berbagai jenis  jeruk, desert, makanan berat2, makanan melayu, makanan thai, buahan segar,jeli ball, kambing gril, ayam spicy korea, chicken ice krim, makanan korea, air viral, penat makcik  nak taip satu2, ada lebih kurang 100 jenis makanan  dijual kat sini. 



Masa makcik gi, org tak ramai. Makcik syak dorang datang malam, siang panas lit lit 



Tangmo pernah makan sekali kat kedai  kukus jalan tepi sungai klang. Rasa boleh tahan sedap. 



Baguslah dorang rajin datang 




Makcik beli buah potong kat sini. Sedap buah2 dia, manis. 


Makcik perasan, ada banyak tong sampah disediakan. senang nak buang sampah. Bagus lah mcm tu takde pengunjung buang sampah merata-rata. 


Daus terai samyang ayam cheese pedas



Makcik perasan, zaman sekarang ni,kebanyakan perniaga makanan  memikat pengunjung dengan lagu2. Ha ha ha



Sedap, daging lembut, cukup semua rasa
 

Kambing gril ni Rm25 tuk  2 org makan. Sepanjang event kalau korang berbelanja lebih dari RM20 korang berpeluang  memenangi kereta. Lepas makcik bayar kambing gril, owner port ratu kambing bagi makcik kupon cabutan bertuah, Makcik  suruh  Daus isi  kupon dan masukkan dalam kotak cabutan bertuah. Mana tau ada rezeki dapat kereta. Insyaallah



Kat event ni ada juga  taman Dinasour, mini zoo, rumah hantu, apa lagi ye, tak ingatlah. Korang gi jelah, sempat lagi. 23 Jun ni last. 



Hamster, sugar glider


Kucing  dikira haiwan eksotik ke. Ha ha ha 



Macam2 haiwan eksotik ada cth ular sawa, sugar glider, hamster, kura, lipan, biar betul, lipan ke. Makcik agak je. Ha ha ha Korang datang sendirilah, tengok. Makcik tak boleh nak fokus dek kerana menahan nafas. Boleh tahan bau pering. Ha ha ha


Pestime makcik tengok iguana


Kambing pun ada ko. Ha ha hal





Bayaran masuk RM5, tahan nafas sikit, boleh ambil gambar, video,  nak apa lagi kan. 


Food Festival Pantai Morib
Dataran Pantai Morib





 

Tuesday 18 June 2024

TGI Fridays mengamit memori kami sekeluarga

 9/6/2024 Ahad, Cik yuyi ajak makan kat luar so makcik gantung kuali periuk belanga lah kan. Mulanya cadang nak makan sukiya I city central sebab masa gi raya kedua hari tu tak ramai org. Sampai sukiya tengok  org beratur sampai keluar, hurmm cancel makan sukiya.  Makcik ngan  anak2 sekepala, 5-6 org beratur pun tak sanggup haihhh terutama beratur untuk order makan. Nak makan je, berlambak kedai lain. Tu pendapat makcik, seper yg suka beratur tuk order makan , teruskan beratur. 

.

Cik yuyi tanya makcik nak makan mana. Makcik cakap  ikut budak tecit. Walaupun, tujuan asal cik yuyi nak  belanja besday boy, tekak budak tecit  kena di beri keutamaan. Kalau ko happykan tekak budak tecit insyaallah happylah  hidup korang. Ha ha ha tu  pendapat makciklah kan. 

Akhirnya TGI Fridays kita. Huk huk huk  TGI ni banyak kenangan  mengamit memori sungguh terutama TGI Subang parade ngan TGI  The Garden, entahlah... 



Besday boy  6/6/2005 19 tahun, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, jadi anak soleh. Amin.. 



Cajun pasta, Daus cakap sumpah sedap giler , sampai speechless. Makcik rasa sikit, memang sedap



Fish N Chips. Makcik makan fish, chips nya sipocet ngan siakak makan. He he he



Cik yuyi makan chili shrimp




Quesadilla, sedap makan bersama  sos pencicah putih dan merah, hijau dan salsa. Bertambah sedap bila makan panas2


Brownies ngan sekerim. Macam kecik je sekerim itew



Oren jus manis, kena tambah banyak ais


Mineral water


sipocet makan kid  marinara. Geram ngan sipocet,beria - ia makan. 




Sikakak makan Kid  alfredo





TGI Fridays

L1-09 & L1-09S, Level 1

Central I City Shopping Centre 1

Persiaran Multimedia, Seksyen 7

Jalan Plumbun 7/102 I City

40000 Shah Alam

Selangor